Toi 'The Bamboo Shaker'

The third runner-up of Astro’s Akademi Fantasia season six, Khairul Nizam Baharom or Toi, is not just a singer. He is also a multi-talented performer and musician who won 2 Gold Medals in the World Championship of Performing Arts in Hollywood in 2005 for playing the Angklung.

Toi has been playing the scintillating traditional bamboo musical instrument for 13 years and the guitar for 11 years. Singing and dancing are in his blood, especially traditional dances such as zapin and joget. Besides performing in Hollywood, Toi has also played the angklung in Denmark, Dubai and Jakarta.

Nowadays, he is a favourite choice when it comes to cultural performances overseas to help promote the country.

*Credit to nst.com.my

Tuesday, December 28, 2010

Toi & Hyper Acts, GBOB 2010/2011

Info terkini aktiviti Toi bersama Hyper Act boleh dilihat pada link di bawah:
1. GBOB Music Community
2. Keroro-Heartless


Press party, 21 Dis 2011, Solaris Mont Kiara

Credit to keroro-heartless.blogspot.com (pictures)

Sunday, December 26, 2010

Toi @ Gempak Astro Revo, 26 Dis 2010


26 Disember 2010, Taman Bandar Pasir Gudang, Johor, dari pukul 9.00 pagi hingga 12.00 malam. Gempak Astro Revo mengabungkan 3 genre muzik, menampilkan artis-artis popular seperti Amy Search, Taufik Batisah, Zahid, Faizal Tahir, Jaclyn Victor, Adira, Ana Rafali, Hunny Madu, Meet Uncle Hussain dan Hazama, Lisa Surihani, Zainal Alam Kadir juga artis-artis Gempak.

Kredit to http://www.astro.com.my/gempak/

Saturday, December 4, 2010

Toi@ Karnival 1001 Rasa Sate Kajang 2010


4 November 2010, Stadium Kajang, 3.30pm, Toi, Maulana dan Fazli Zainal telah dijemput menyertai karnival berikut. Toi telah menyanyikan lagu terbaru beliau yang bertajuk "Catatan Rindu", dan dua buah lagu lain iaitu lagu berbahasa Inggeris (lupa tajuk :)) dan lagu "Lalilala". Karnival ini dianjurkan oleh kerajaan negeri Selangor, Majlis Perbandaran Kajang, Tourisam Selangor dan pengusaha-pengusaha sate di Selangor.

Saturday, November 27, 2010

Toi @ Stompin Sabah 2010


Info aktiviti yang telah berlangsung pada hari tersebut boleh dibaca di SINI

- credit to : kulanzsalleh

Sunday, November 14, 2010

Toi @ SK Bandar Rinching

Pada 13.11.2010 (Sabtu) Toi dan Afiq menghiburkan kanak-kanak di Sekolah Kebangsaan Bandar Rinching, Semenyih sempena karnival yang dianjurkan oleh sekolah tersebut. Maaf kualiti video kurang baik :) ramai sangat kanak2 :)



Nyanyi bergilir-gilir dengan Afiq

Bergambar bersama peminat setelah selesai persembahan

Tiba-tiba penonton `kecil' jadi tidak terkawal, naik ke pentas semuanya :)

Saturday, November 6, 2010

Toi @ Stompin Sabah 2010

Artis yg akan perform Ella, Man kidal, Joe Wings & Toi (angklung) & beberapa artis lain.

Tarikh: 6 November 2010 (Sabtu)
Masa: 7pm - 2am (7/11)
Tempat: Jesselton Park, Kota Kinabalu, Sabah
Tiket: Rm30 - RM100
Stesen radio: hitzfm.com


Kredit: Jejari-Pitik)

Monday, August 30, 2010

Toi @ Harian Metro

Kredit to: myMetro
Segmen : SosehSoseh
Tajuk : Angklung Toi di Impiana
Tarikh: 2010/08/28

Bulan puasa ini ramai artis membuat persembahan di sana sini. SS dengar, bekas bintang Akademi Fantasia musim keenam (AF6) Toi kini bermain angklung di lobi Hotel Impiana Kuala Lumpur.
Baguslah sebab ia satu keunikan sebab dulu memang Toi ada skil bermain angklung sebelum masuk AF. Khabarnya mereka bermain setiap petang dari Isnin hingga Khamis di hotel itu.

Toi bukanlah di situ seorang diri, sebaliknya ditemani sekumpulan pemuzik etnik dari badan kebudayaan. SS pun akan cuba mencari peluang melihat persembahan Toi awal minggu depan sambil buka puasa.

Bagi SS, pada bulan puasa ini, rezeki memang ada di mana-mana kerana ia bulan penuh kenikmatan, cuma terserah kepada artis itu untuk berusaha dan merebut peluang yang ada. Selepas main angklung, Toi sibuk pula dengan program Marhaban Di Astro yang bergerak di merata tempat pada hujung minggu.

SS juga nak puji artis yang rajin turun padang berniaga juadah, kuih raya, barang hiasan rumah, pakaian dan macam-macam lagi pada bulan puasa. Memang setiap hari pun, rakan SS di Rap ada memaparkan kisah artis kita berniaga di ruangan Bazar Selebriti. Antaranya, Nadia AF, Ako Mustapha, Rosnah Johari dan ramai lagi. Senang cerita, siapa rajin dia akan dapat duit poket untuk raya. Bagi yang malas, elok-eloklah sedar diri sikit dan jangan asyik nak meminjam sana-sini.

Pic: From Khalida FB

Wednesday, August 25, 2010

Lokasi GDA Marhaban Ogos - September 2010

GDA Marhaban yang Toi akan sertai adalah seperti berikut:

14/8/2010 - Bazar Ramadan Dataran Shah Bandar, Kuala Terengganu
21/8/2010 - Alor Star
28/8/2010 - Muar
04/9/2010 - Hentian Bas, Temerloh, Pahang

Gambar-gambar Marhaban di Astro, Bazar Ramadan Dataran Shah Bandar, Kuala Terengganu. Klik SINI untuk ke Facebook Marhaban Di Astro



Kredit to: Facebook Marhaban Di Astro

GDA Jitra Kedah 31 Julai


Kredit to Gempak Astro FB

Monday, August 16, 2010

Toi @ Impiana KLCC Hotel

Buka Puasa sambil saksikan Toi di Tonka Bean Cafe, Impiana KLCC Hotel, Kuala Lumpur, hari Isnin hingga Khamis.


Kredit: Impiana KLCC Hotel Facebook

Sunday, August 8, 2010

Toi @ Galaksi Sharp


Title : Galaksi Sharp (Sharp Galaxy)
Concept : Celebrity Gameshow
Period : 13 Episodes Weekly May 26 - Aug 18, 2010
Showtime : Every Wednesday, 9.00pm – 9.30pm
Repeat Day : Every Friday, 6.00pm – 6.30pm
Duration : 30 minutes
TV Channel :ASTRO Ria Channel 104
Kredit to Galaksi Sharp

Lokasi Marhaban Di Astro 2010

Masa: 10.30am - 10pm

7-8 Ogos 2010: Kuantan Parade, Kuantan, Pahang
14-15 Ogos 2010: AEON Seberang Perai, Pulau Pinang
21-22 Ogos 2010: Bazaar Ramadhan, Stadium Darul Aman, Alor Setar
28-29 Ogos 2010: AEON Bukit Tinggi, Klang, Selangor

Maklumat lanjut, sila layari laman web Marhaban di Astro 2010.

Saturday, July 3, 2010

Aktiviti Toi bulan Julai 2010

Gempak Selebriti Astro Xrated
03/7 : Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah
10/7 : Padang Kelab Ipoh, Ipoh, Perak
17/7 : Stadium Darul, Kuantan, Pahang
24/7 : Stadium Larkin, Johor Bahru, Johor

Gempak Desa Astro
31/7 : Marang, Terengganu

Monday, June 7, 2010

Toi @ Press Conference LUKISAN HATI, UCSI, 4.6.2010

Pada 4 Jun 2010 (Jumaat) yang lalu, Toi telah menghadiri sidang media sebuah filem bebas adaptasi dari komik, arahan oleh Anshari Rahizan, bertajuk LUKISAN HATI, lakun layar Irwan Idris. Majlis berlangsung di Auditorium University UCSI, Cheras, bermula dari pukul 8.30 malam hingga 12 malam.

Lagu Kutiba Lagi oleh HyperAct dan Catatan Rindu oleh Toi telah dipilih untuk digunakan di dalam filem ini. Catatan Rindu adalah single Toi yang terbaru...best tau lagu ni.

Toi juga telah diminta untuk menyanyikan Lagu "Kutiba Lagi" dalam majlis ini. Dah lama tak dengar dia nyanyi kan... :)

.

Kredit to : SangAyie
Ku tiba lagi by Hyper Act.
Song by Hyper Act & Lyric by frozen

Monday, May 24, 2010

Toi @ GA, 26.6.2010

Aktiviti seterusnya, Toi akan berada di Muar, Johor pada 26 Jun 2010 untuk program Gempak Astro. Nanti kan beliau di sana :)

Monday, May 17, 2010

Toi @ GSA Rockabola, 22.5.2010

Toi berada di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur, untuk Gempak Selebriti Astro Rockabola. Bawah adalah gambar-gambar yang sempat kami ambil di sana. Maaf la kualiti gambar kabur, masa tu hujan...dan pakai phone je ni :)... Toi yang pakai "ketayap cina" tu, hik!



Toifc - LOOK Bowling Tournament

Kredit: Gambar dari lensa Sally Sham

ToiFC yang hadir pada hari tersebut

16 Mei 2010, Ahad yang lalu ToiFC telah menghantar 2 pasukan untuk menyertai L.O.O.K Bowling Tournament anjuran Linda Onn FC di MidValley, KL. Pasukan pertama terdiri daripada Husin, Mell, Sue dan Sally. Manakala pasukan kedua terdiri daripada Fazat, Ikhwan, Nana dan Amy.
Score tertinggi kedua-dua pasukan adalah lebih kurang 490 - 530.

Linda Onn penganjur program, dan hadiah-hadiah yang disediakan

Peserta dari kedua-dua pasukan menunjukkan semangat berpasukan dan berusaha membuat balingan yang baik. Namun kemenangan bukan milik ToiFC kali ini. Insyaallah kita cuba di lain kali. Terima kasih kepada semua peserta, kerana sudi untuk bermain untuk ToiFC dan sporting, serta selamat menyertai ToiFC. Terima kasih juga kepada L.O.O.K (Linda Onn's Orange Klub) dan Linda Onn, yang juga turut hadir pada hari tersebut.

Aksi peserta-peserta ToiFC..:)

Wajah-wajah ceria peserta ToiFC yang sporting :)

Sempat juga bergambar kenangan dgn Eizlan Yusof, Amy Mastura dan Linda Onn

Toi @ Aksi AF8

Muka surat : 31
Segmen: What Up?
Oleh : Faida Rahim
Tajuk: Jelajah Dunia Bersama Angklung


Melihat wajah bintang AF ini mengingatkan kita semua kepada lagenda terkenal dalam dunia komedi, Allahyarham A.R Tompel. Agak sukar sebenarnya bagi seseorang pelajar AF yang berstatus suami untuk memancing undi dari penonton. Umumnya, kebanyakan pengundi lebih gemar membuat pelaburan ke atas pelajar yang berstatus bujang dan paras rupa juga menjadi ukuran. Mungkin dek karakternya yang suka berjenaka membuatkan penonton tidak terlepas pandang akan dirinya sekaligus berjaya memboloskan diri sebgai finalis AF musim keenam. Toi atau nama sebenarnya Khairul Nizam Baharom, sudah berkecimpung dalam arena muzik sebelum menyertai AF musim keenam lagi. Bezanya cuma, dahulu wajahnya tidak berpeluang muncul di media cetak mahupun elektronik seperti sekarang. Lebih membanggakan lagi apabila Toi dinobatkan sebagai pemain Angklung terbaik peringkat dunia pada tahun 2005 malahan bakatnya turut mendapat pengiktirafan di Hollywood! Hebat bukan? Merangkul pingat emas di World Championship of Performing Arts di Los Angeles adalah kenangan terindah buat lelaki kelahiran Johor Bahru ini. Menjadikan Nuno Betterncourt sebagai idola, Toi kini giat mengadakan persembahan bermain angklung di serata tempat termasuk menjelajah ke negara Denmark, Dubai, Switzerland dan terbaru di China. Bukan saja berkebolehan bermain alat muzik serta menyanyi, Toi kini melangkah ke bidang lakonan dalam usaha mempelbagaikan bakat yang sedia ada…

Wajah toi kini dapat dilihat menerusi kaca tv namun bukan sebagai penyanyi tetapi pelakon. Kenapa agaknya berminat untuk bertukar bidang?
Bukan berniat untuk beralih bidang, cuma ada produser yang menawarkan watak, terima sajalah. Bak kata orang, rezeki jangan ditolak, bala jangan dicari, haha… Seronok juga berlakon sebab kita boleh bermain dengan karakter berlainan. Tetapi setakat ini, watak yang diberikan kepada Toi kebanyakannya watak ‘Pak Lawak’. Realitinya memang Toi suka berlawak pun! Terbaru, Toi berlakon dalam drama Halimah Jonggang The Series. Dalam drama itu, Toi bawa watak sebagai Shariff, abang kepada Dhya AF5. Sebelum ini ada juga berlakon dengan bintang AF seperti Khai, Nija dan Aliff yang ditayangkan di Astro Ria. Nampaknya, nama Toi kurang menyerlah dalam bidang seni suara tetapi umumnya ramai yang tahu Toi berbakat dalam bermain angklung.

Mengapa tidak fokus saja dalam bidang alat muzik bebanding nyanyian?
Toi seorang yang suka melakukan eksperimen ke atas diri sendiri. Kalau boleh Toi mahu dikenali sebagai penghibur serba boleh seperti mampu menyanyi, berlakon, bermain alat muzik dan mengacara. Kalau ikutkan semua bidang Toi sudah terokai.

Macam bidang pengacaraan, Toi baru saja pulang dari mengacarakan untuk upacara Le Tour De Langkawi bersama dengan Qhaud AF7. Memang hitam legam kulit dibuatnya! Hahaha. Alat muzik angklung sememangnya sumber `cari makan’ sejak dari dahulu lagi kerana tidak ramai yang berkebolehan dalam mengendalikan alat muzik tradisional ini. Pendek kata, permainan angklung memang sudah sebati dalam diri Toi sendiri. Kalau boleh Toi mahu bermain angklung dan menyanyi pada masa yang sama, boleh?

Bergelar pemain angklung dunia pastinya satu kebanggaan buat diri Toi sendiri. Tidak berniat untuk menubuhkan kumpulan muzik sendiri?
Toi baru saja menubuhkan kumpulan muzik yang diberi nama Hyper Act di mana ahlinya terdiri daripada Roni (peserta One In A Million musim kedua), Akir (Kumpulan Coda). Kami mempunyai single yang baru saja siap dirakamkan bertajuk Ku Tiba Lagi. Menariknya, single ini dijadikan sebagai soundtrack sebuah drama remaja. Kalau nak tahu bagaimana agaknya jalan cerita untuk single terbaru kami, kenalah tunggu…

Dalam masa lima tahun akan datang, di mana Toi berada…
Barang kali Toi sudah bergelar komposer. Sebelum ini, Toi ada mencipta lagu bertajuk Lalilala nyanyian Toi sendiri yang telah dikeluarkan pada akhir 2009. Kiranya percubaan Toi yang pertama dalam bidang penulisan lagu. Ada beberapa lagu yang Toi tulis dan pernah merancang untuk memberikan pada rakan AF yang lain. InsyaAllah, jika semuanya berjalan dengan baik, Toi akan hasilkan sebuah lagu untuk salah seorang dari rakan seperjuangan di AF6 dahulu.

Dengarnya, sebelum menyertai AF, Toi mendapat tentangan dari isteri. Kenapa agaknya?
Sewaktu Toi menerima tawaran untuk menyertai AF, memang ada tentangan daripada isteri. Maklumlah, tempoh tiga bulan tanpa boleh berhubung dengan dunia luar. Isteri mana yang tidak sedih kan? Tetapi setelah dipujuk secara perlahan dan kami duduk berbincang. Akhirnya dia faham dengan niat Toi untuk menyertai AF bukanlah hanya kerana mahu dikenali semata-mata. Sebelum berkahwin lagi, Toi memang bekerja sebagai pemain bass di merata kelab. Muzik adalah sumber pendapatan Toi untuk menyara keluarga. Syukur, dia memahami diri Toi dan tidak pernah memaksa Toi untuk mencari kerja dalam bidang lain selain muzik.


Majalah: Aksi AF8
Isu : 11 Mei 2010 / No #9

Muka surat : 37
Segmen : Hotties
Oleh : Faida Rahim
Tajuk: Giliran Toi Dirai Peminat


Isu : 11 Mei 2010 / No #9
Bertuahnya badan apabila ada orang sudi mengingat dan menganjurkan majlis hari lahir untuk diraikan bersama keluarga, peminat serta teman-teman. Inilah untungnya menjadi orang popular, apabila tiba hari lahir, sambutannya pasti meriah!

Jika disebut nama Khairul Nizam Baharom, pasti ramai tertanya-tanya siapakah gerangan lelaki ini. Tetapi apabila dipanggil Toi AF6, pasti ramai tahu mengenai lelaki yang berasal dari Johor Bahru ini.

Baru-baru ini, Toi telah diraikan oleh ahli keluarga, rakan serta peminat dalam sambutan penuh meriah ulang tahun kelahirannya yang ke-33 pada 31 Mac lalu di Hotel Midah, Kuala Lumpur.

Sambutan hari lahir Toi ini dirancang sebegitu rapi oleh isteri, Suzana dan beberapa orang teman demi memberi kejutan kepada bapa kepada dua anak ini. Walaupun pada hari itu banyak kejadian yang boleh menyebabkan majlis ini tergendala, berkata kesabaran semua, majlis ini berjalan sempurna.

Seramai 50 jemputan hadir memberikan sokongan kepada Toi yang kini giat berlakon drama. Rakan AF seperti Nubhan dan Obri turut sama meraikan hari lahir kawan baik mereka.

Toi @ Gempak ROCKIN' ROCKABOLA Kuala Terengganu

Hari Sabtu, 15 Mei2010 yang lalu Toi telah menyertai Gempak RockAbOLA di Dataran Shah Bandar Kuala Terengganu bersama Zahid, Hazama, Nadia, Edlin, Alam, Afiq, Akma, Yazer, Farish, Farhan, Idayu, Aishah,Fitri dan penampilan istimewa Adam, Stacy dan Akim.

Toi @ Media Hiburan

-reserved-

Thursday, April 29, 2010

Toi @ URTV Edisi 768, 1-15 Mei 2010

Oleh : Shana Ahmad
Tajuk : Toi diraikan TFC
Majalah : URTV Edisi 768
Tarikh : 1-15 Mei 2010
Muka surat : 44 - 45


Finalis akhir AF6, Khairul Nizam Baharom atau Toi diraikan sempena usia baru 33 tahun pada 31 Mac lalu. Majlis itu dirancang tanpa pengetahuan Toi. Ia dilakukan oleh isteri kesayangannya, Suzana Abu Bakar, 33 bersama-sama Toi Fan Club yang diadakan di Rafflesia Coffee House, Hotel Midah, Kuala Lumpur.

"Isteri saya betul-betul buat majlis surprise ni dengan kemas sekali. Tarikh 31 Mac tu asalnya saya merancang nak balik ke Johor nak ziarah emak. Bagaimanapun, isteri cakap saya kena balik semula ke KL hari yang sama. Dia kata saya ada urusan kerja di Hotel Midah. Dia berpakat dengan Nubhan mengatakan ada orang nak ajak saya meeting angklung. Selain masih menyanyi dan berlakon, cinta saya terhadap muzik angklung masih tebal.

"Saya ke sana awal. Pukul 7.30 dah sampai. Tapi masa nak melangkah masuk tu, hati berasa lain macam. Saya bertanya isteri, betul ke ada meeting atau ada sesiapa rancang nak buat birthday party tapi isteri saya berlakon cakap tak ada apa-apa partylah. Tapi bila masuk saja ke bilik. Tak sangka akan begini!

"Saya nak ucapkan terima kasih kepada Toi FC dan isteri yang ingat dan sayangkan saya." katanya terharu.

Banyak dapat hadiah? Apa hadiah isteri?

"Banyak juga. Isteri beri saya jam tangan. Jenama dan harganya.. tak usahkah ditulis! Rahsia. Yang penting, usia ini buat saya sedar tanggungjawab saya semakin besar," tambah Toi.

Toi mengatakan dia tak akan abaikan tugas bukan sebagai suami tetapi ayah kepada dua anak lelakinya, Muhammad Ardabilie, (5) dan Muhammad Armanryan, (2). Katanya, dia belum mahu menambah anak lagi dalam masa terdekat.

"Saya dan isteri merancang nak besarkan Ardabilie dan Armanryan dulu. Bagi mereka berdua perhatian dan kasih sayang secukupnya barulah fikir nak tambah anak baru.
"Membesarkan anak pada zaman sekarang ni bukannya mudah. Selain persiapan diri, soal kewangan tu kena difikirkan. Saya tak kisah tak beranak ramai asalkan kuantiti yang sikit ni mampu saya besarkan dengan penuh kualiti. Tapi, ini cuma perancangan saya dan isteri. Kalau Tuhan dah takdirkan dalam masa terdekat ni kami dapat anak baru, kami tetap menerimanya dengan gembira," katanya yang kini gembira isteri dan anak-anaknya sudah menetap di Kuala Lumpur.

Kumpulan Hyper Act.

Toi mengakui dia kini menyertai kumpulan Hyper Act.

"Anggota kumpulan ini berasal dari Johor Bahru. Nama band baru saja diberi dan antara anggotanya ialah Ronnie yang pernah bersama kumpulan Sunday dan Slam dulu. Dia jadi vokalis utama. Saya pula vokalis kedua dan main gitar bass. Selain tu, ada Akir dari kumpulan Coda dan beberapa anggota lain.

"Saya baru siapkan rakaman lagu single dengan kumpulan ni bertajuk Ku Tiba Lagi. Selain tu, single saya secara solo berjudul Catatan Rindu juga kini dalam proses dan akan muncul tak lama lagi," ujarnya.

Apa komen orang kata Toi kurang publisiti berbanding semasa AF6 dulu.

"Saya mengaku dari segi publisiti dan populariti, memang dah agak kurang tapi saya bersyukur masih ada rezeki. Tawaran menyanyi dan berlakon masih sama seperti dua tahun lalu. Malah, sesekali saya tetap dapat peluang buat persembahan angklung di hotel-hotel. Kiranya makan minum untuk anak isteri tak pernah tak ada.
"Cuma saya sedih bila saya hantar lagu kat radio, tak dimainkan. Bila tak dimainkan macam mana orang nak kenal lagu-lagu saya. Macam tahun lepas, saya hantar single ciptaan saya, Lalilala tapi memang tak dimainkan di radio sedangkan di internet, ramai memberikan reaksi positif terhadap lagu tu," tambahnya.

Apa komen Toi tentang AF8?

"Saya ikut juga dan yakin Adira boleh pergi jauh. Tapi saya rasa AF kurang dapat sambutan. Patutnya, AF direhatkan dalam setahun dua...biar orang ternanti-nanti dan masa itulah dimunculkan kembali.

"Saya tak nampak kekurangan AF musim ni tapi sambutan penonton agak cool. Jadi, adalah yang dah bosan dan sebab tu kena stop sekejap sebelum diadakan semula," katanya.

Toi @ Plaza Angsana JB, 8-9 Mei 2010

Kredit to Gempak Astro FacebookKali ini Toi kembali ke kampung halamannya untuk menyertai program Gempak Selebriti Astro di Plaza Angsana Johor Bahru pada 8 dan 9 Mei 2010.

Wednesday, April 28, 2010

Ibu Toi Meninggal Dunia, 24 April 2010

Innalillahi wa inna illahi rajiun....dan sekali lagi hati merasa hiba dan sebak melihat wajah-wajah yang kehilangan ibunda tercinta. Kepayahan, kepedihan, kehilangan jelas kelihatan dari mata yang layu dan bergenangan air mata. Perjalanan sejauh 300km 4 hari yang lalu terlalu berbeza, dan matlamat cuma satu, moga sampai dengan selamat dan sempat melihat wajah ibunya buat kali yang terakhir. Almarhumah Hasnah menghempuskan nafas terakhir pada pagi 24 April 2010. Al Faatihah, semoga Allah mengampuni segala dosanya, menerima amal kebajikannya dan menempatkan Almarhumah di tempat yang terbaik disisiNYA. Tahziah untuk Toi sekeluarga.

Toi tarik diri, persembahan di Kerteh, Terengganu

Seperti yang telah dimaklumkan pada post sebelum ini, Toi yang sepatutnya membuat persembahan di Kerteh, Terengganu pada 24 April lalu terpaksa menarik diri. Beliau menerima khabar sedih dari saudara mara di Johor Bahru, ibu yang dikasihi telah meninggal dunia. Seandainya ada individu atau peminat yang menanti kemunculan beliau di sana, diharapkan dapat memahami situasi beliau. Salam kemaafan dari Toi.

Thursday, April 22, 2010

Toi @ Kerteh, Terengganu, 24 Apr 2010

Untuk makluman semua persembahan Toi di Kompleks Bukit Jambul, Penang untuk program Gempak Selebriti Astro pada hujung minggu ini telah dibatalkan. Beliau akan berangkat esok, 23 Apr 2010, Jumaat ke Kerteh, Terengganu sempena hari Hol pada 24 Apr 2010, Sabtu ini.

Friday, April 16, 2010

Toi @ Media Hiburan, Edisi 17-23 April 2010

Tajuk : Toi Kena Tipu Dengan Peminat
Segmen: Selebriti & Fan Club
Kelolaan: Ziera
Foto: Zasphotography
Grafik: Mazlan
No mukasurat: 60

Baru-baru ini, Toi FC telah bergabung dengan beberapa pihak untuk menganjurkan satu majlis bagi meraikan hari jadi penyanyi Toi. Majlis yang diadakan di Rafflesia Coffee House Hotel Midah, Kuala Lumpur ini telah menyaksikan Toi melalui beberapa halangan sebelum menerima kejutan tersebut. Toi yang bertolak daripada Johor Bahru terus ke hotel tersebut kerana menyangka ada pihak yang ingin bertemunya berkaitan dengan 'show' angklung.

Perancangan yang disusun rapi untuk membuat kejutan kepada Toi hampir berkecai akibat beberapa halangan. Banyak peristiwa lucu yang terjadi sebelum majlis bermula. Walau bagaimanapun berkat kebijaksanaan semua pihak yang membuat perancangan akhirnya rahsia kejutan itu berjaya disimpan sehingga majlis bermula.


Majlis yang menyaksikan kehadiran 50 orang jemputan ini turut dihadiri beberapa selebriti seperti Nubhan AF6 dan Obri AF7. Antara aktiviti yang berlangsung sepanjang majlis ialah seperti jamuan hi-tea, cabutan bertuah, sesi potong kek, 'indoor games' dan sesi bergambar.

Ramai penaja yang terlibat untuk menjayakan majlis ini antaranya Hotel Midah, Bogainvilla Resort PD, Chillout Chiller, Cakes Studio, Ocean Optical, PS Communication dan Zamri Mohd Sound and Light.

"Saya rasa agak geram sebab banyak benda yang mereka tipu. Saya jenis 'workholic', jadi bila tau dapat 'job', saya 'excited'. Jadi saya pergi ke hotel tu awal sikit. Itu yang buat rancangan mereka jadi terabur (ketawa). Tapi saya rasa 'surprise' dan seronok sebab ramai orang yang datang berbanding sebelum ini. Saya tak sangka sangat", ujar Toi yang sempat menyanyikan lagu terbarunya 'Lalilala' pada majlis tersebut. MH

Toi & HyperAct @ Suria FM

Hari ini 16 April 2010, pukul 8:00 malam, nantikan Toi keudara bersama band Hyper Act di Suria FM. Cuba-cubalah call heh... :) Mereka mempromosikan single terbaru bertajuk "Ku Tiba Lagi" yang juga merupakan sound track sebuah indi movie.

Lokasi dan Frekuensi Suria FM:
- Lembah Klang - 105.3 fm
- Melaka - 88.5 fm
- Seremban, Negeri Sembilan - 107.0 fm
- Johor Utara - 88.5 fm
- Johor Baharu -101.4 fm
- Kuantan, Pahang - 96.1 fm
- Perlis, P. Pinang, Kedah - 106.9 fm
- Terengganu - 102.4 fm
- Kota Bahru, Kelantan - 106.1 fm
- Ipoh, Perak - 96.0
- Taiping - 91.7 fm
- Kota Kinabalu - 105.9 fm

Suria FM juga boleh didengari di http://www.suriafm.com.my/

Bagi yang belum pernah mendengar lagu "Ku Tiba Lagi"... mereka akan menyampaikan lagu ini secara live, versi recording juga akan dimainkan :)

Monday, April 12, 2010

Toi @ Terengganu, 12 April 2010

Aktiviti : Majlis Sambutan ulang tahun ke-37 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Tempat: Kompleks Sukan Bandar Al-Muktafi Billah Shah, Terengganu
Masa : petang dan malam

Friday, April 2, 2010

Majlis Hari Jadi Toi, 31 Mac 2010


Pada 31 Mac 2010 yang lalu, sekali lagi kami meraikan hari jadi Toi yang ke-33 tahun. Kali ini Hotel Midah Kuala Lumpur menjadi pilihan kami. Konsep majlis ini sama seperti tahun lepas iaitu "SURPRISE PARTY" . Alhamdulillah…walaupun hampir-hampir kami yang terkantoi… namun oleh kerana semua hadirin yang hadir pada mlm itu sporting-sporting belaka….terkantoi juga Toi malam tu :) SELAMAT HARI JADI TOI !!!


Terima kasih kepada penaja-penaja iaitu :
• Toi FC, http://toifc.com & http://toifc.blogspot.com
• Hotel Midah KL, Khuzneeta Khizan : 03-2273 9999
• Bougainvilla Resort, R. Shaheran Shah : 06-6626582
• PS Communication, Kamarul : 016-3768865
• Chillout Chiller, Asra : 012-6484690 / 012-3505896
• Cakes Studio, Lyn @ Seri : 017-2290070
• Ocean Optical, Zarina : 07-5214988
• Photography, Shafiq : 013-3324059
• Zamri Mohamad Sound & Light, Zam: 019-3710007

Terima kasih juga kepada rakan artis Toi yang juga sudi hadir iaitu Nubhan AF6 dan FC beliau, Obri AF7, Seri dan Eyla wakil dari ShawalFC, Paan dan Ieta dan lain-lain. Mohon maaf ye jika ada sebarang kekurangan...diharapkan lain kali uols semua tak serik join aktiviti kami. TERIMA KASIH dari Toi sekeluarga dan semua Urusetia.

Thursday, March 25, 2010

Siri Akhir Halimah Jongang


Saksikan siri akhir Halimah Jongang di Astro Prima Rabu 9.30-10.30mlm 31.3.2010, dan ulangan pada hari Khamis 12.00-1.00ptg 7.4.2010.

Monday, March 8, 2010

Toi @ LTDL 2010, Dataran Merdeka

Seperti yang telah dinyatakan pada post yang lalu, Toi muncul di Dataran Merdeka semalam 7/3/2010 (Ahad). Selama seminggu bertugas dalam program LTDL 2010 ...warna kulit dia pun dah "terbakau" dek kerana bertugas di bawah terik sinar mentari :)

Sesi mewawancara dari gerai ke gerai bersama Qaud

Persembahan nyanyian solo dan bersama Qaud

Rehat dan bersantai seketika:)

Toi @ GDA Pasir Putih, Kelantan, 6.3.2010


Gambar-gambar ehsan dari Facebook Fitri Zainal

Gempak Desa Astro pada Sabtu 6 Mac 2010 yang lalu telah diadakan di 2 lokasi iaitu di Dataran Iskandar, MRCB, Perak Tengah, Perak dan Padang Majlis Daerah Pasir Puteh, Kelantan. Dan Toi telah menyertai kumpulan yang berada di Pasir Putih Kelantan.

Saturday, February 27, 2010

Happy Birthday Muhammad Ardabilie


Tahun ini Billy berumur 5 tahun. Seperti kanak-kanak yang lain, tahun ini Billy memulakan alam prasekolah yang berhampiran dengan tempat tinggalnya. Untuk pengetahuan semua, Billy ni pandai bergaya di hadapan kamera....sama jer macam papanya.

Toi @ Le Tour De Langkawi 2010

27 Februari 2010 Program Le Tour De Langkawi berlangsung di Dataran Stadium Sultan Muhamed IV Kota Bharu. Jadual program pada hari ini ialah:
7:00am - Pendaftaran
8:00am - Perasmian
8:30am - Pelepasan Kayuhan KL
10:30am - Cabutan Bertuah dan Penyampaian Hadiah

Jadual perlumbaan berbasikal adalah seperti berikut (credit to Le Tour De Langkawi 2010) Toi akan muncul di setiap lokasi berikut, namun demikian jadual persembahan beliau mungkin berubah-ubah mengikut pengurusan pihak penganjur.

Stage 1: 1st March 2010, 10am
Kota Bharu - Kuala Berang
START LOCATION : ISTANA BALAI BESAR, Jalan Sultanah Zainab
FINISH LOCATION : JALAN BESAR, Kuala Berang

Stage 2: 2nd March 2010, 10am
Kuala Terengganu - Chukai
START LOCATION : DATARAN SHAHBANDAR, Jalan Sultan Zainal Abidin
FINISH LOCATION : JALAN PADANG, Cukai

Stage 3: 3rd March 2010, 10am
Pekan - Mersing
START LOCATION : DATARAN PEKAN, Jalan Sultan Ahmad Shah
FINISH LOCATION : FERRY TERMINAL, Mersing

Stage 4: 4th March 2010, 10am
Mersing - Parit Sulong • 163.5 kms
START LOCATION : FERRY TERMINAL, Mersing
FINISH LOCATION : PARIT SULONG, Pekan Parit Sulong

Stage 5: 5th March 2010, 9am
Muar - Port Dickson
START LOCATION : DATARAN TANJUNG EMAS, Muar, Jalan Petri
FINISH LOCATION : DATARAN SERI KEMANG, Port Dickson

Stage 6: 6th March 2010, 10am
Putrajaya - Genting Highlands
START LOCATION : BANGUNAN KBS, Persiaran Perdana
FINISH LOCATION : GENTING HIGHLANDS, Theme Park

Stage 7 : 7th March 2010, 11am
Kuala Kubu Baru - Dataran Merdaka
START LOCATION : BUS TERMINAL, KUALA KUBU BARU, Jalan Dato' Muda Jaafar
Finish Location : DATARAN MERDEKA, Jalan Sultan Hishamuddin

Maklumat penuh tentang Le Tour De Langkawi 2010, boleh didapati di SINI.

Friday, January 29, 2010

Happy Birthday Muhammad Armanryan


Hari ni 28 Januari 2010 Ryan genab berumur 2 tahun....

Sunday, January 17, 2010

Toi @ Program Kenali Astro, Jan 2010

Datang berhibur bersama-sama Toi dan rakan artis beliau dalam Program Kenali Astro yang akan bermula lebih kurang pukul 10.00am hingga 5.00pm. Anda berpeluang bersuka-ria dengan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang serta promosi khas Astro. Jadual persembahan Toi adalah seperti berikut:

Lokasi: Tesco, Temerloh
Tarikh: 17 Januari 2010 (Ahad)
Masa: 12.00pm - 1.00pm dan 4.00pm - 5.00pm
Rakan artis: Yana AF6

Lokasi: Parkson Bintang Megamall, Miri.
Tarikh: 23 Januari 2010 (Sabtu), lbh krg 8mlm-10mlm
Tarikh: 24 Januari 2010 (Ahad), lbh krg 2ptg-4ptg
Rakan artis: Yazid AF7

Bintang Megamall, M.C.L.D. Jalan Miri Pujut, Miri, Sarawak

Antara aktiviti yang akan diadakan ialah berkaraoke, teka lirik dan macam-macam lagi. Anda juga berpeluang bermesra dan bergambar dengan artis kesayangan anda ini. Datanglah beramai-ramai yer.... YE YE ARR JERRR..

Selamat Hari Jadi Presiden Toifc, En Badrul Hisham Baharom



Toi sekeluarga meminta maaf kerana tidak dapat pulang ke JB untuk meraikan majlis hari jadi mr presiden...sebab ada show di Temerloh pada 17.1.2009, jadi dia meninggalkan coretan istimewa untuk 'uda' :)...Kami wakil warga Toifc juga ingin mengucapkan selamat ulang tahun kepada Mr Presiden, moga sihat dan ceria selalu yeee dan dirahmati oleh yang maha Esa.

Toi @ Rawang, 16.1.2010


Hari ini Toi berada di Tesco Rawang untuk program Kenali Astro. Toi memulakan persembahan nyanyian pada pukul 1pm hingga 2pm. Artis yang turut serta di dalam program ini ialah Pak Cu, Anu dan Shah dari Raja Lawak 2.