Toi 'The Bamboo Shaker'

The third runner-up of Astro’s Akademi Fantasia season six, Khairul Nizam Baharom or Toi, is not just a singer. He is also a multi-talented performer and musician who won 2 Gold Medals in the World Championship of Performing Arts in Hollywood in 2005 for playing the Angklung.

Toi has been playing the scintillating traditional bamboo musical instrument for 13 years and the guitar for 11 years. Singing and dancing are in his blood, especially traditional dances such as zapin and joget. Besides performing in Hollywood, Toi has also played the angklung in Denmark, Dubai and Jakarta.

Nowadays, he is a favourite choice when it comes to cultural performances overseas to help promote the country.

*Credit to nst.com.my

Sunday, June 21, 2009

Boling 'UNDERNEATH Pokok Kelapak'

*Terima kasih tidak terhingga kepada Aisyah, Zizi dan paling sporting si Marsha kerana sudi 'berposing' bersama utk tatapan ToiFc dan peminat-peminat lain.







Kita tewas dipertandingan boling antara FC artis yang dianjurkan oleh Marsha FC, di Mid Valley Mega Mall. Pertandingan ini dinamakan Boling 'Underneath Pokok Kelapak' sempena memperingati nostalgia semasa Marsha di dalam AF dulu. Walaupun tewas, namun kami berbangga kerana mata yang dipungut oleh peserta kita sangat memberangsangkan.

Respect dengan sikap peserta kita iaitu Che An, Aming, Niza dan Normah yang menjadi kumpulan peserta yang pertama hadir di 'tempat kejadian'. 9am tepat dah sampai!! Tambah best lagi sikap mereka yang cool. Kehadiran dari ToiFc adalah seramai 14 orang. Tapi yang sempat bergambar bersama hanya beberapa orang sahaja kerana ada yang balik awal dan ada yang sampai kat lobby complex tu dan terus menuju ke destinasi lain sbb majlis sudah selesai!!

Suasana pertandingan kurang 'gempita' jika dibandingkan dgn pertandingan boling yang kita sertai dulu. Nampaknya team masing-masing terlalu fokus kepada game tersebut. Ahli kita cuba juga membikin riuh dengan 'goyangan angklung' yang dibawa khas oleh Camar, tetapi tak cukup korum untuk menjadikannya sangat menarik. Mungkin kelantangan suara MAYONG, DETEKTIF NAN dan Toi sendiri sangat-sangat diperlukan!! Suasana dalam tu jugak suram dan sempit. Tiada ruangan untuk rakan-rakan FC untuk duduk dengan selesa. Suasana suram itu membuatkan tak ada berapa mood untuk mengambil gambar. Biasanya gambar dari kamera Olympus 10.1MP ini tidak dapat berfungsi dgn baik dalam suasana itu. Hadiah pulak nampaknya kurang sangat berbanding dgn pertandingan yg kita sertai dulu. Lalu menjadikan peluang kita untuk merampas salah satu hadiah tidak kesampaian.

Walaupun Toi berada di Trengganu namun dia tetap tidak melupakan para peserta kita. Toi membuat 'Video Call' melalui handset Camar sekitar pukul 1pm ketika team Toifc dan Shawal FC sedang berehat setelah kedua team menamatkan game masing-masing dan duduk dalam satu kelompok.. Biasalah.. ToiFc dgn Shawal FC ni kan macam adik beradik hehehe..!!

Entah apa yang dicakapkan dek Toi.. Ntah laa.. kami semua tidak dapat mendengarnya kerana suasana hinggar-bingar dalam pusat boling itu. Kami cuma dapat menunjukkan wajah masing-masing di screen handset itu, begitu juga Toi telah menayangkan wajah semua kawan-kawan AFnya yg ada bersama di dalam van tersebut. Nampaknya merekapun seronok setelah konsert GDA mereka selesai. Sempat juga menayangkan wajah nadia kepada FC beliau yang ada disebelah kami!!

Setelah majlis selesai, kami ke foodcourt utk menjamu selera dan menyaksikan kembali aksi-aksi sepanjang pertandingan tadi di kamera masing-masing. Sebahagian daripada kami pulang selepas itu. dan sebahagian lagi 'meneruskan perjuangan utk menonton movie' Hehehe.. Cerita yg terpilih... '17 Again' kami memberi 4 Bintang kepada movie ini kerana sangat menyeronokkan. Kisah Seorang bapa yang 'membosankan' kembali ke zaman gemilangnya setelah berlaku peristiwa pelik ketika cuba menyelamatkan orang membunuh diri!! Ok..Kita tunggu pulak tarikh MENONTON BERSAMA TOI untuk movie TRANSFORMER di JUSCO CHERAS SELATAN beberapa hari lagi!! Sampai di sini dulu laporan kali ini.

Gambar selebihnya akan diletakkan di http://camarz.multiply.com