Toi 'The Bamboo Shaker'

The third runner-up of Astro’s Akademi Fantasia season six, Khairul Nizam Baharom or Toi, is not just a singer. He is also a multi-talented performer and musician who won 2 Gold Medals in the World Championship of Performing Arts in Hollywood in 2005 for playing the Angklung.

Toi has been playing the scintillating traditional bamboo musical instrument for 13 years and the guitar for 11 years. Singing and dancing are in his blood, especially traditional dances such as zapin and joget. Besides performing in Hollywood, Toi has also played the angklung in Denmark, Dubai and Jakarta.

Nowadays, he is a favourite choice when it comes to cultural performances overseas to help promote the country.

*Credit to nst.com.my

Friday, January 9, 2009

TTS with Toi - Izzi Cafe, Jusco AU2


Balik dari rumah Nubhan kami terpaksa bergegas pula ke Jusco AU2 Keramat/Setiawangsa untuk memenuhi jadual yg telah ditetapkan sebelumnya. Port kali ini adalah Izzi Cafe. Kehadiran ialah 9 orang sahaja kerana Faizrin, Apai dan Lock_Man tidak dapat hadir. Lock_Man yg ditemui semasa upacara pengkebumian di Kg. Nubhan ada menyatakan tidak dapat hadir dan Faizrin pula melalui sms memberitahu bahawa beliau terpaksa tinggal di JB kerana Apai akan bertugas ke Melaka pada hari Jumaat. Beliau mengucapkan jutaan terima kasih atas jemputan TTS Mini Gathering itu dan salam sayang untuk semua.

*TTS - 'Teh Tarik Session'

Takziah buat Nubhan dari ToiFC


Nubhan tersenyum bila kawan-kawan cuba hiburkan hatinya dengan membuat lawak!



Wajah Toi berkerut, kerana terkejut dan geli geleman ketika ku 'sakat'!



Rezal yang dari tadi sangap kerana kurang tidur tiba-tiba jadi segar dan melompat lari kerana ku kerjakan haha, saja nak bagi kawan2 happy sikit!



Naim, Bad, Faisal dan 'Pop' beriringan menghala ke rumah Nubhan.



Nubhan dengan wajah yang serius kerana masih bersedih.



Menyedari aku memokas lensa kepadanya, Nubhan masih cuba mempamerkan wajah 'konon cerianya' itu.



Rumah Nubhan dari kejauhan.



Suasana di rumah Nubhan.



Lock_Man yang cuba memperdaya aku dgn statusnya di dunia cyber.. Kantoi Lu!!



Lock_Man, wajah close-up, aku zoom 7X Digital hahaha







Rabu malam,7hb pukul 10.20pm Aku dikejutkan dengan sms balas dari Toi selepas aku menghubunginya berkenaan Majlis kami yg bakal berlangsung Khamis malam(sebentar tadi). Sms yg meminta aku menghadiahkan Fatihah buat Arwah Pak Ahmad bapa Nubhan. Atas permintaan keluarganya berita ini tidak dihebahkan sementara supaya mudah bagi keluarga beliau menguruskan hal-hal yang lebih peribadi. Toi mengajak aku ikut bersama sekiranya tiada sebarang tugas yg penting perlu dilaksanakan.

Setibanya di sana jenazah sedang disembahyangkan. Kelihatan beberapa org kuat FC Nubhan telah lebih dahulu berada di sana termasuk Mr. Manager, Cik Tira dan Lock_Man. Ramai juga org yang berada di sekitar tanah perkuburan itu termasuk Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Mohd Khalid Yunus.

Majlis berjalan dengan lancar walaupun sewaktu Pak Imam membaca Talqin butiran-butiran hujan 'cuba' menitis ke bumi. Yang pasti hujan di mata dan di hati Nubhan sekeluarga tetap berjuraian..

Semoga keluarga itu terutama Nubhan dan Bad menerima kada' dan kadar' Ilahi ini dengan tabah..

Salam.