Toi 'The Bamboo Shaker'

The third runner-up of Astro’s Akademi Fantasia season six, Khairul Nizam Baharom or Toi, is not just a singer. He is also a multi-talented performer and musician who won 2 Gold Medals in the World Championship of Performing Arts in Hollywood in 2005 for playing the Angklung.

Toi has been playing the scintillating traditional bamboo musical instrument for 13 years and the guitar for 11 years. Singing and dancing are in his blood, especially traditional dances such as zapin and joget. Besides performing in Hollywood, Toi has also played the angklung in Denmark, Dubai and Jakarta.

Nowadays, he is a favourite choice when it comes to cultural performances overseas to help promote the country.

*Credit to nst.com.my

Thursday, October 22, 2009

The Rockin' Toi



Dikhabarkan Toi tetap menyertai pertandingan GBOB Challenge Malaysia 2009 (The Global Battle Of The Band) seperti tahun sudah. Cuma kali ini beliau tidak lagi bersama band Wynken Delirium, finalist GBOB 2008 dari Johor Baharu tersebut. Namun Wynken Delirium juga bertanding untuk GBOB 2009 ini, sementara Toi pula akan mengaggotai sebuah band baru di mana anggotanya juga adalah teman-teman JB yang sekarang menetap di KL ( Siapakah mereka? hahaha.. ) Tidak seperti tahun lepas, kali ini Toi berkemungkinan besar akan bermain Bass Gitar (GBOB 2008, Toi bermain Gamelan).

Wahh! Dalam sibuk-sibuk terkejar-kejar ke sana kemari untuk urusan seni yang lain termasuk ke lokasi drama HALIMAH JONGGANG di Hulu Langat tu, sempat juga Toi berlatih muzik dengan band boy di studio Gombak!! Kejar semua tu Toi!! Selagi kudrat termampu!! Takde siapa nak bagi kita job kalau kita bukan jenis yang suka berusaha.. Tahniah untuk nko Toi... Bagaimanapun.. Tolong jaga kesihatan tu juga.. Kalau sakit nanti semua akan susah (Especially.... kurangkan merokok tuu!)

Semoga band baru yang Toi anggotai berjaya melepasi setiap halangan untuk berada di puncak GBOB Malaysia 2009!!

Video Final GBOB tahun lepas Wynken Delirium bersama Toi:-

Wednesday, October 21, 2009

Toi @ Hello On 2 (HOT), 21.10.2009

Toi akan muncul dalam program Hello On 2 (HOT) di saluran RTM2 pada pukul 7.30 pagi. Sesi interview ini akan turut disertai dengan persembahan 2 buah lagu iaitu lagu terbaru beliau bertajuk "La Li La La" dan "La Camisa Negra".

Tuesday, October 20, 2009

Jelajah Gempak Astro Retro 2009

Credit to: http://www.sinarharian.com.my

Bagi meneruskan kesinambungan dan inisiatif bagi mengeratkan jenama Astro di samping menawan hati para pelanggan, Astro terus gigih dalam ekspedisinya untuk terus mendekati pelanggan melalui acara promosi bergerak Gempak Astro Retro 2009 yang akan diadakan pada 17 Oktober ini bermula seawal jam 10 pagi hingga jam 10 malam bertempat di Dataran Kluang, Johor.

Ketua Pemasaran Segmen Melayu, Puan Molina Musa berkata, program Gempak Desa Astro akan menjelajahi kawasan pedalaman manakala program Gempak Selebriti pula mensasarkan kepada kumpulan pelanggan yang datang dari kawasan Bandar.

“Sebagai bonus, kami dengan berbesar hati mengembalikan acara Gempak Astro yang akan diadakan secara besar-besaran tahun ini.

“Setiap acara mempunyai sasaran yang tersendiri dalam memenangi hati pelanggan tidak kira mereka datang dari kawasan pendalaman mahupun dari kawasan Bandar. Setakat ini, Astro telah berjaya menguasai kira-kira 51peratus daripada kumpulan sasaran penonton TV dari kediaman Melayu.

Jumlah itu semakin meningkat setiap kali kami menjelajah ke lokasi-lokasi baru seluruh negara pada setiap minggu,” katanya.

Acara promosi bergerak Gempak Astro Retro 2009 yang akan diadakan pada 17 Oktober ini bakal menerima kunjungan oleh artis dan selebriti terkenal seperti Datuk Khatijah Ibrahim, Anuar Zain, Ning Baizura, Zainal Alam Kadir, Farish serta bintang-bintang Akademi Fantasia yang lain seperti Akim, Stacy, Akma, Yazer, Farah, Farhan, Idayu, Nadia, Toi, Zahid, Reza dan ramai lagi yang akan sama-sama turun padang bagi memeriahkan lagi acara.

Pelbagai aktiviti interaktif telah pun diatur khusus untuk semua ahli keluarga tidak kira kanak-kanak mahupun dewasa sepanjang hari bermula dari 10 pagi hingga 10 malam untuk karnival ini. Para pengunjung juga berpeluang untuk beramah mesra dengan barisan artis yang turut hadir sebelum menyaksikan persembahan pentas yang akan berlangsung pada sebelah malam.

Di antara aktiviti-yang telah diatur ialah pertandingan mewarna buat kanak-kanak, pertandingan pakaian beragam, pertandingan nyanyian karaoke, acara sukaneka dan sebagainya. Di samping itu, pentas uji bakat akan turut dibuka bagi mencungkil bakat-bakat baru untuk rancangan Raja Lawak musim keempat.

Tuesday, October 6, 2009

Program Kenali Astro

Program Kenali Astro ini adalah merupakan program di mana pihak Astro akan membuat jelajah atau persinggahan di lokasi-lokasi terpilih serata Malaysia bagi memperkembangkan sayapnya hingga ke ceruk-ceruk rantau. Lokasi yang dipilih kebiasaannya adalah penempatan baru atau kompleks-kompleks baru. Kali ini sebuah TESCO baru di Sg. Petani, Kedah adalah lokasinya. Untuk program ini Toi, Akma AF3 dan Adlin AF2 telah terpilih menjayakannya. Semoga kawan-kawan di kawasan sana mengambil peluang ini bagi memeriahkan majlis. Jangan lupa untuk menemui Toi di sana!!

Program: KENALI ASTRO
Lokasi: TESCO baru, Sungai Petani, Kedah.
Tarikh: 10hb Nov. - 11hb. Nov. 2009