Toi 'The Bamboo Shaker'

The third runner-up of Astro’s Akademi Fantasia season six, Khairul Nizam Baharom or Toi, is not just a singer. He is also a multi-talented performer and musician who won 2 Gold Medals in the World Championship of Performing Arts in Hollywood in 2005 for playing the Angklung.

Toi has been playing the scintillating traditional bamboo musical instrument for 13 years and the guitar for 11 years. Singing and dancing are in his blood, especially traditional dances such as zapin and joget. Besides performing in Hollywood, Toi has also played the angklung in Denmark, Dubai and Jakarta.

Nowadays, he is a favourite choice when it comes to cultural performances overseas to help promote the country.

*Credit to nst.com.my

Tuesday, January 27, 2009

Concorde Gong Xi Fa Cai - Toi Angklung

Persembahan Toi Angklung di Concorde Hotel, Kuala Lumpur siang tadi mendapat sambutan begitu meriah dari masyarakat kaum Cina dan para pelancong asing yang berada di lokasi itu. Ramai yang tertarik dengan peralatan yang Toi gunakan tetapi tidak pernah mengetahui lebih lanjut tentangnya. Di sinilah kami membantu menjadi jurubahasa atau pemberi info tentang setiap pertanyaan mereka.

Persembahan Toi bermula di sana pada pukul 11.00pagi dan beliau dibantu dalam urusan pemasangan perkakasan angklung oleh sahabat dari JB iaitu Brother Max yang kini bermain bagi pihak ANJUNG WARISAN menggantikan tempat yang ditinggalkan oleh Toi di sana. Kebetulan pula Max sedang bercuti di sini, kalau tidak susah juga kerana Toi didapati kurang sihat untuk mengangkat barangan yang berat akibat terseliuh tempohari. Diberitakan pinggang Toi turut tercedera. Bagaimanapun beliau telahpun berjumpa doktor semalam dan masih menunggu keputusan sejauh mana kecederaannya itu. Kita doakan semoga Toi tidak mengalami sesuatu yang serius dan boleh bermain angklung atau menyanyi seperti biasa semula!!

Toi memainkan 7 lagu semuanya. 3 buah lagu semasa di Hotel Lobby dan 4 buah lagu lagi dimainkan di Chineese Restaurant dalam Hotel Concorde itu. Persembahan Toi tamat sekitar pukul 2.00 petang dan kemudian kami dijamu dengan buffet sebagai pelengkap aktiviti hari ini.

Saturday, January 10, 2009

Toi di Jelajah Gempak Desa - Tampin

Toi diberi kepercayaan oleh pihak Astro di Gempak Desa- Tampin, menggantikan tempat Nubhan yg masih dalam proses berkabung. Perkhabaran ini aku dengar sendiri ketika di rumah Nubhan apabila Toi mendapat panggilan telefon dari pihak pengurusan. Suara pemanggil jelas kedengaran dan ada riak-riak terkilan kerana lambat mendapat berita sedih tentang pemergian ayahanda Nubhan. Bagi aku..Siapalah Toi untuk disalahkan dalam hal pemberitahuan itu. Patutnya pihak yang lebih rapat dengan Nubhanlah yang selayaknya menguruskan hal-hal Nubhan tersebut.

Aku ada call Toi.. saja menggatal kata nak datang meriahkan majlis, Bila Toi tanya semula betulkah aku nak ke sana?? Hahaha... Aku tak jawabpun!! Lepas tu saja le sembang2 dengan beberapa orang members lagi. Tak sangka pula diorang siap sedia aja nak berjalan-jalan di malam minggu, sebab masing-masing tiada apa nak dibuat melayan Saturday Night Fever mereka yang membosankan. Lepas maghrib aku Jemput Che An dan sepupunya Ayush dan kemudian kami ke Serdang menjemput Stylo Nemo atau Nyak Reezal itu bersama-sama menuju GEMPAK DESA ASTRO di TAMPIN...

Gerak agak lewat, 9.15pm dan sampai sekitar pukul 10.30pm, betul-betul masa Toi dan kawan-kawannya menyanyi lagu SEROJA! Suasana di sekitarnya agak meriah walaupun waktu kami tiba ramai juga penduduk sana yang beransur-ansur pulang. Sebagai orang tinggi.. aku tak melepaskan peluang memanjangkan tengkuk dan tangan untuk mengambil peluang 'menghunus senjata' lensa kamera ku!

Toi agak popular juga di sini!, ini terbukti apabila Alam sebagai MC bertanya kepada khalayak.. Siapa yg mereka nak untuk show yang seterusnya!! Penonton menjeritkan nama TOI!! TOI!! TOI!! Huhuhu... Megahnya.. Aku lupa pulak nak snap gambo lubang hidung Toi waktu itu!! "Cayo lahh orang Tampin.. Kelian memang best!!

Masa nak penutup show, artis-artis menyanyi sambil berlegar2 sekitar pagar penghadang antara artis dan penonton. Masa itu Toi nampak aku dan lambai-lambai tangan. 2 orang pemuda yg berada di belakang aku berbual sambil perli-perli aku.. "Huh! takat lambai-lambai jo, buek apo??.. Hehehe.." Tersentak jugak aku!

Bila konsert dah dipenghujung, Toi datang terus kepada aku dan bersalaman sambil dia berkata.. "Mekasih!..Datang jugak korang yer.." Sambil aku memberikan sedikit souvenir yang Toi lupa bawak untuk peminat-peminatnya! Aku lihat 2 orang 'Jang' tadi terkejut dengan kejadian itu!

Ada sorang lagi Jang memakai windbreaker purple/hijau yang berada berhampiran tiang gol tu, asik pandang-pandang aku.. Kejap-kejap aku raba poket dan segala gadjet yg ku bawa.. Hmm masih ada.. Takut kene copet jer.. kang tak balik pulak aku! Ketika Show abis.. kami lepak menunggu rombongan Artis bersiap keluar.

Mamat yg memakai windbreaker purple/hijau tadi menghampiri kami dan bertanya kepada aku.. "Bang, ado kojo kosong tak?" Lahhh... Rupanya dia salah sangka.. Dia ingat aku Manager Astro agaknya.. Hahahaha.. Aku suruh dia bertanya kat krew yang sedang bertugas mengemas barangan pentas tu.. Dia masih berlegar-legar kat area tu.. macam tak puashati jawapan aku.. Ketika kami keluar dari lorong depan Pusat Serenti Tampin tu.. Dia berdiri sendirian dalam gelap jalan itu memerhati kereta kami meluncur dengan wajah penuh mengharap.. Sian dia...

Rombongan Artis jalan dulu bersama escort mereka dari Balai Polis Tampin. Kami tak sempat ikut sebab kereta kami jauh diletakkan dari lokasi diorang.. Kesudahannya kami tersesat hingga 12 batu kerana salah information.

Kami akhirnya sampai juga ke lokasi tersebut, iaitu sebuah Rumah di tepi hutan yang dijadikan Restoran, berdekatan A'Famosa. Suasana Restoran ini sungguh meriah kerana ada karaoke. Hampir semua meja dipenuhi oleh orang ramai yang datang dari jauh dan dekat. Kami dapat meja bersebelahan dengan Artis dan krew betul-betul di depan pentas karaoke. Mereka masih membuat posmotem tentang show mereka tadi.

Suasana kat depan tu syok jugak kerana dapat menonton persembahan dengan jelas. Penyanyi kat sini pulak memang sempoi sungguh! Ada yang berselipar dan berseluar pendek aje bila menyanyi.. Tetapi suaranya...Makkkkkuuunnnndaiii!!!Power Gilo!!

Toi, Hazama dan Afiq datang ke meja kami selepas selesai mereka mengadakan posmotem itu. Che An, Ayush dan Obi dapatlah berkenalan dengan Afiq dan Hazama. Toi berbisik kepada aku mengatakan di belakang sebelah kiri aku ada Amran Tompel. Apa lagi.. aku bangun dan terus pergi mendapatkannya.. Toi terkejut hahaha..

Sebenarnya aku pernah berkerjasama dengan Abang Amran AR Tompel sewaktu beliau mengikat kontrak dengan ASTANA DUGANG di Sungai Merab, Bangi kepunyaan kawanku 'Jack' bekas anggota kumpulan GUYS. Aku pernah dipanggil untuk menjadi juri pertandingan karaoke di sana mewakili syarikat ku. Seperti biasa Abg Amran memang peramah macam Toi juga. Anak dara comel di depannya membuat jantung aku berdetup jugak.. Hahaha rupanya anak kecik dia dulu tu dah besar panjang. "Ko tengok dia gelek kang, baekk punya" kata Abg. Amran.. Haha!

Toi datang dan berkenalan dengan Abang Amran, aku rasa Afiq dan Hazama juga ada datang kat kami..Hmmm tak perasan sebab masa tu aku sibuk menghubungi Ron untuk mendapatkan nombor telefon si Jack untuk Abang Amran. Tokeh Restoran yang bernama Abang ROZI atau Pak Ya dan juga Abang Amran masing-masing memberikan kad perniagaan mereka kepadaku untuk urusan sebagai juri jemputan dalam event masing-masing di masa depan. Huuu.. Dah lama betul tak jadi juri pertandingan neh!!

Rombongan Artis bergerak awal dari kami selepas Hazama mempersembahkan sebuah lagu iaitu 'Antara Hujan dan Airmata'. Kami pula keluar dari Restoran kira-kira pukul 2 pagi.



























Friday, January 9, 2009

TTS with Toi - Izzi Cafe, Jusco AU2


Balik dari rumah Nubhan kami terpaksa bergegas pula ke Jusco AU2 Keramat/Setiawangsa untuk memenuhi jadual yg telah ditetapkan sebelumnya. Port kali ini adalah Izzi Cafe. Kehadiran ialah 9 orang sahaja kerana Faizrin, Apai dan Lock_Man tidak dapat hadir. Lock_Man yg ditemui semasa upacara pengkebumian di Kg. Nubhan ada menyatakan tidak dapat hadir dan Faizrin pula melalui sms memberitahu bahawa beliau terpaksa tinggal di JB kerana Apai akan bertugas ke Melaka pada hari Jumaat. Beliau mengucapkan jutaan terima kasih atas jemputan TTS Mini Gathering itu dan salam sayang untuk semua.

*TTS - 'Teh Tarik Session'

Takziah buat Nubhan dari ToiFC


Nubhan tersenyum bila kawan-kawan cuba hiburkan hatinya dengan membuat lawak!



Wajah Toi berkerut, kerana terkejut dan geli geleman ketika ku 'sakat'!



Rezal yang dari tadi sangap kerana kurang tidur tiba-tiba jadi segar dan melompat lari kerana ku kerjakan haha, saja nak bagi kawan2 happy sikit!



Naim, Bad, Faisal dan 'Pop' beriringan menghala ke rumah Nubhan.



Nubhan dengan wajah yang serius kerana masih bersedih.



Menyedari aku memokas lensa kepadanya, Nubhan masih cuba mempamerkan wajah 'konon cerianya' itu.



Rumah Nubhan dari kejauhan.



Suasana di rumah Nubhan.



Lock_Man yang cuba memperdaya aku dgn statusnya di dunia cyber.. Kantoi Lu!!



Lock_Man, wajah close-up, aku zoom 7X Digital hahaha







Rabu malam,7hb pukul 10.20pm Aku dikejutkan dengan sms balas dari Toi selepas aku menghubunginya berkenaan Majlis kami yg bakal berlangsung Khamis malam(sebentar tadi). Sms yg meminta aku menghadiahkan Fatihah buat Arwah Pak Ahmad bapa Nubhan. Atas permintaan keluarganya berita ini tidak dihebahkan sementara supaya mudah bagi keluarga beliau menguruskan hal-hal yang lebih peribadi. Toi mengajak aku ikut bersama sekiranya tiada sebarang tugas yg penting perlu dilaksanakan.

Setibanya di sana jenazah sedang disembahyangkan. Kelihatan beberapa org kuat FC Nubhan telah lebih dahulu berada di sana termasuk Mr. Manager, Cik Tira dan Lock_Man. Ramai juga org yang berada di sekitar tanah perkuburan itu termasuk Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Mohd Khalid Yunus.

Majlis berjalan dengan lancar walaupun sewaktu Pak Imam membaca Talqin butiran-butiran hujan 'cuba' menitis ke bumi. Yang pasti hujan di mata dan di hati Nubhan sekeluarga tetap berjuraian..

Semoga keluarga itu terutama Nubhan dan Bad menerima kada' dan kadar' Ilahi ini dengan tabah..

Salam.

Tuesday, January 6, 2009

Shawal FC Bowling Tournament

Maaf sebab terlewat untuk mengaktifkan blog ini hinggakan terlepas banyak aktiviti Toi di sana sini yang sepatutnya berada dalam DIARI 2008. Bagaimanapun kami cuba juga untuk menyelaraskan semuanya untuk tahun 2009 ini.

Shawal FC Bowling Tournament telah berlangsung pada 25hb Disember di Ampang Superbowl, Summit USJ dengan gemilangnya. Syabas buat Team ShawalFC yang sangat berdedikasi.
































Team ToiFC datang dengan berkonvoi 3 buah kereta dari Serdang yang dipandu oleh Che An (ahli baru), Stylo Nemo, dan Toi sendiri. Turut serta dalam kereta Toi ialah abangnya Hisbad, Mayong, Soigne dan Moderator Hasrul.

Dalam kereta Stylo Nemo @ Nyak Reezal pulak ialah Wanfee dan sorang lagi star AF6 iaitu Naim sementara penumpang di kereta Che An ialah aku dan Yusof.

Dalila dan abangnya Scotpen_yu@Detektif Haznan sampai lebih kurang sama masa dengan kami. Lin@Faizrin dan suaminya Apai sampai ketika perlawanan baru bermula.

Segan jugak kami sebab Iwan dan sepupunya yang naik kompter lebih dulu sampai ke lokasi.

Peserta dari Team Toifc dianggotai oleh Che An, Yusof, Iwan dan Toi sendiri. Keseluruhannya permainan Team Toifc adalah membanggakan kerana ini adalah kali pertama menyertai event macam ni, tambahan pula kita tidak guna Pemain Import untuk memenangi pertandingan ni. Kita datang untuk berkenalan dengan team lain, bermain secara amatur dengan setiap wakil kita membuat kutipan tertinggi sekitar 170 jatuhan pin.

Tahniah buat player kita yang melalui risikan, dengar-dengarnya dah mula buat latihan keras dengan jatuhan pin yang lebih cemerlang untuk tahun 2009 ini.

Walaupun tidak berjaya menduduki 10 tangga teratas, kita tetap Pasukan Paling ceria sepanjang game itu. Mendapat tempat ke-2, untuk Team Paling Havoc!! Kita tewas kepada Team di lane sebelah, iaitu SAIDAFC kerana mereka 'memekak' dengan belon plastik tu. Tak pe.. kita dah ada plan untuk pertandingan akan datang!! Siap aje la..