Toi 'The Bamboo Shaker'

The third runner-up of Astro’s Akademi Fantasia season six, Khairul Nizam Baharom or Toi, is not just a singer. He is also a multi-talented performer and musician who won 2 Gold Medals in the World Championship of Performing Arts in Hollywood in 2005 for playing the Angklung.

Toi has been playing the scintillating traditional bamboo musical instrument for 13 years and the guitar for 11 years. Singing and dancing are in his blood, especially traditional dances such as zapin and joget. Besides performing in Hollywood, Toi has also played the angklung in Denmark, Dubai and Jakarta.

Nowadays, he is a favourite choice when it comes to cultural performances overseas to help promote the country.

*Credit to nst.com.my

Friday, August 28, 2009

Toi @ Temerloh, 29.8.09

Kini giliran penduduk sekitar Temerloh pula berpeluang menyertai karnival Gempak Desa Astro Bazaar Ramadhan. Insyaallah sekiranya tiada perubahan jadual, Toi akan menyertai karnival ini. Program ini bermula lebih kurang pukul 3 petang. Berbagai-bagai aktiviti menarik akan diadakan, seperti yang telah dimaklumkan pada post sebelum ini. Anda juga berpeluang bertemu dan beramah mesra dengan Toi dan rakan-rakan artis yang lain.

Kempen Undi La Li La La di Prelude Hot FM


Kredit: HOTFM, http://www.hotfm.com.my/


Toifc dan semua fans di luar sana, kita boleh mengundi lagu La Li La La setiap hari. Lawati laman web Hot FM, dan klik link HotFM Prelude, login dengan menggunakan emel address anda, masukkan kata laluan, dan seterusnya kita boleh mengundi. Keputusan undian boleh didengar pada hari Sabtu, Segmen Prelude dari pukul 11 malam hingga 12 malam. Undi banyak-banyak, k....Ye Ye Arr Jerrrr........

Frekuensi Hot FM:

97.6 FM - Lembah Klang
88.2 FM - Pulau Pinang/Alor Setar
104.5 FM - Ipoh
90.1 FM - Johor Bahru
87.7 FM - Kota Kinabalu
94.3 FM - Kuching
104.3 FM - Melaka
92.4 FM - Kuantan
105.0 FM - Terengganu
99.5 FM - Seremban
90.1 FM - Singapura
105.1 FM - Kota Bharu

Salam Ramadhan dari Mr Presiden ToiFC

Toi @ Sinar FM, 26.8.09

Toi dijemput hadir ke radio Sinar FM untuk mengisi program Sinar Petang pada pukul 4 petang. Program ini dikendalikan oleh Linda Onn. Antara soalan-soalan yang diajukan adalah aktiviti seni beliau sepanjang bulan puasa seperti program Gempak Desa Astro Bazaar Ramadhan dan lain-lain, serta berkenaan lagu terbaru beliau.

Thursday, August 20, 2009

Salam Ramadhan dari Mr Ye Ye Arr Jerrr.....

Toi @ Pengkalan Chepa, 22.8.09

Pada hari Sabtu ini, Toi akan menyertai Gempak Desa Astro Bazaar Ramadan, bertempat di Pengkalan Chepa, Kelantan. Program ini akan bermula sekitar pukul 3 petang. Aktiviti-aktiviti yang akan diadakan ialah pertandingan mengeja jawi, mewarna, ceramah, nasyid, marhaban dan penulisan kaligrafi untuk golongan remaja, dewasa dan keluarga.

Aktiviti lain seperti kutipan zakat, pemberian sedekah daripada organisasi terpilih, solat terawih berjemaah dan berbuka puasa. Namun demikian, mungkin berlaku perubahan aktiviti bergantung kepada pihak penganjur program.

Artis-artis lain yang turut menyertai program ini ialah Zahid, Abby dan Obri. Penduduk sekitar Pengkalan Chepa bolehlah berkunjung ke tapak Bazaar Ramadhan untuk berjumpa dengan artis kesayangan anda. Selamat berpuasa....




Gambar-gambar ini di ambil dari FaceBook Gempak Astro (Klik, kalau nak tengok gambar2 lagi).Terima kasih dari kami di ToiFC.

Toi @ Pagoh, 20.8.09

Kampus Astro kali ini akan berlangsung di Pagoh, Muar, Johor bertempat di Kompleks Seri PEKEMBAR. Program kali ini dijalankan khas untuk murid-murid sekolah yang berada di sekitar daerah Muar. Jika tiada sebarang perubahan, Toi akan menyertai program ini. Adik-adik di daerah Muar, datanglah beramai-ramai untuk memeriahkan program Kampus Astro ini...selain menambah ilmu di dada, aktiviti-aktiviti menarik juga akan turut diadakan.

Friday, August 14, 2009

Bulan Kemerdekaan


Assalammualaikum...Kami di Toifc ingin mengucapkan kepada semua pengunjung blog ini, SELAMAT MENYAMBUT BULAN KEMERDEKAAN!! Negara kita telah 52 tahun bebas dari penjajah..…tapi adakah jiwa dan fikiran kita telah bebas dari mereka, hargailah hasil karya anak seni Malaysia.

Saturday, August 8, 2009

Toi @ GDA Pontian, Johor, 8.8.09

Awal pagi semalam Toi bersama rakan artis AF yang lain telah memulakan perjalanan mereka ke destinasi Gempak Desa Astro yang seterusnya. Destinasi kali ini bertempat di Padang Awam Pontian, Johor yang berlangsung pada hari ini, 8 Ogos 2009 dari jam 9.30 pagi hingga 10.30 malam.

Berbagai-bagai aktiviti menarik di adakan seperti permainan tradisional dan rakyat seperti karom, congkak dan dam aji. Adik-adik boleh menyertai acara sukaneka dan peraduan mewarna. Bagi yang gemar menyanyi, bolehlah menyertai pertandingan karaoke. Bagai golongan dewasa pula boleh menyertai pertandingan kreatif seperti pertandingan gubahan bunga/tuala/kain, dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah hebat.

Pada sebelah malam pula, sekitar pukul 8.30 malam, pengunjung akan dihiburkan dengan persembahan hebat daripada artis-artis yang terlibat. Jadi jangan lepaskan peluang ini dan datanglah beramai-ramai.

Aktiviti sepanjang GDA (Aturcara ini diambil dari laman web Astro):
• Penjualan dan promosi istimewa Astro
• Pertanyaan dan aduan
• Hiburan dan pembelajaran
- Permainan tradisional & rakyat
- Sukaneka
- Peraduan mewarna
- Pertandingan karaoke
- Pertandingan gubahan bunga/tuala/kain
- Sesi kaligrafi bersama ikon Astro Oasis
- Sesi ceramah motivasi bersama ikon Astro Oasis
- Tazkirah bersama ikon Astro Oasis
- Klinik IT
- Sesi ramah mesra bersama asrtis-artis Astro
- Persembahan pentas artis GDA

Jadual aktiviti mungkin berubah, bergantung kepada pihak penganjur karnival.

Note: Kepada sesiapa sahaja yang hadir dan menyaksikan persembahan Toi dan rakan-rakan di sana, kami amat mengalu-alukan sumbangan spt gambar dan artikel untuk dikongsikan di sini. Sumbangan anda akan kami kreditkan.

Friday, August 7, 2009

Toi @ GDA Gua Musang

Video ini diambil dr youtube, kredit kepada gutterbug, ketika Toi beraksi di Gempak Desa Astro di Felda Chiku 3, Gua Musang, pada bulan Mac 2009.



Tuesday, August 4, 2009

Rekues Lagu La Li La La

Toifc...jum kita rekues lagu La Li La La...

Setiap Khamis 4 ptg di Era.fm,
Contoh: PMT Nama Dedikasi & Muzik Pilihan Anda hantar ke 32555
Ke website, klik -->Era.fm

Setiap Ahad 3 ptg di Sinar Intro
Contoh:- SURIA INTRO TOI hantar ke 33080
Ke website , klik -->Suria Intro

Setiap Ahad 4 ptg di Hot.fm
Tel:03-7710 8822 atau SMS: 33399
Contoh:- masukkan 2 lagu hantar ke 33399
Ke website , klik -->Hot.fm