Toi 'The Bamboo Shaker'

The third runner-up of Astro’s Akademi Fantasia season six, Khairul Nizam Baharom or Toi, is not just a singer. He is also a multi-talented performer and musician who won 2 Gold Medals in the World Championship of Performing Arts in Hollywood in 2005 for playing the Angklung.

Toi has been playing the scintillating traditional bamboo musical instrument for 13 years and the guitar for 11 years. Singing and dancing are in his blood, especially traditional dances such as zapin and joget. Besides performing in Hollywood, Toi has also played the angklung in Denmark, Dubai and Jakarta.

Nowadays, he is a favourite choice when it comes to cultural performances overseas to help promote the country.

*Credit to nst.com.my

Saturday, December 26, 2009

Toi @ TV, Januari 2010

Program : Konsert Retro @ Gempak Astro
Tarikh : 2 Januari 2010
Pukul : 7.30pm
Saluran : Astro Ria

Program : Halimah Jonggang
Tarikh : 13 Januari 2010
Pukul : 9.00pm
Saluran : Astro Prima P105

Saturday, December 19, 2009

Toi: Percutian Cameron Highland 2009



Beberapa minggu yang lalu Toi sempat meluangkan masa bersama keluarga ke Cameron Highland. Beliau sangat gembira dapat bercuti bersama keluarga tersayang kerana telah begitu lama tidak berkesempatan berbuat demikian. Menurut Zana, isteri Toi.. Sejak Suaminya dikenali ramai terutama selepas memenangi anugerah 2 pingat emas di Hollywood dulu, beliau tidak pernah lagi dapat merasai percutian bersama Toi. Ini berterusan hinggalah Toi menjadi finalis Akedemi Fantasia ke-6 dan keluarga semakin berkembang.

Sungguh gembira sekali mereka sekeluarga. Toi sebenarnya menyukai suasana damai di Cameron Highland itu, cuma selama ini tak berapa ingat suasana tempat di sini kerana kali pertama dan terakhirnya ke Cameron Highland adalah sewaktu beliau berada di darjah 5.

Pada awalnya Toi ada mengajak beberapa orang kawan terdekat serta ahli keluarganya yang lain untuk turut serta. Namun bila tiba tempoh akhir yang diberikan... Kesemua mereka terpaksa membatalkannya. Maklumlah percutiannya pada 'weekdays' dan di saat ramai orang membuat persediaan untuk anak-anak sekolah dan pelajar masuk semester yang baru. Dalila pula terpaksa membatalkan hajat untuk turut serta apabila menyedari terpaksa balik kampong kerana persediaan sepupunya kahwin. Ini membuatkan terdapat sebuah bilik apartment yang disewa, terbiar kosong dan Surprise birthday party untuk Dalila terpaksa dibatalkan.

Kehadiran Toi selama 3 hari 2 malam itu disedari oleh orang ramai yang tidak melepaskan peluang berkenalan dengan Isteri Toi, Suzana dan juga anak-anaknya. Mana yang sempat bergambar memang tak melepaskan peluang itu. Malah seorang Doktor di Tanah Rata menjadi terkejut bila seorang artis datang untuk mengambil ubat demam untuk anaknya.

Masa di Cameron Highland sangat pantas berlalu. Sewaktu sampai sahaja di sana beberapa orang ahli keluarga Toi mendapat demam dan sakit kepala termasuk beliau sendiri. Ini adalah akibat perubahan cuaca yang dialami. Namun pada keesokan harinya.. suasana berubah ceria dengan hilai tawa anak-anak Toi di sana. Banyak tempat yang sempat dilawati dan melihat sesuatu yang baru dalam perjalanan hidup keluarga ini. Mereka seronok melawat Taman Rama-rama, memetik Strawberry, melawat ladang teh dan air terjun. Ada tempat-tempat yang terpaksa dilupakan kerana kesuntukan masa.

Perjalanan untuk lawatan ini adalah dengan usaha sendiri.. Lebih murah dan mudah itupun dah kesuntukan masa sampaikan asyik terlewat makan hingga pukul 4petang selama 2 hari berturut-turut. Sekiranya mengikut pakej yang disediakan oleh pihak tertentu dengan menaiki kenderaan mereka, setiap dewasa dikenakan bayaran rm30 dan kanak-kanak rm20 masa dari 9pagi hingga 3petang. membazir rasanya... Bukan payah punnn... beli peta Cameron Highland yang lengkap dengan lokasi-lokasi utamanya (rm8) lalu ronda-rondalah sendiri ikut suka, kawasan mana nak dilawat.

Terima kasih kepada pihak pengurusan Strawberry Park dan staff beliau yang sungguh ramah mesra dan sangat prihatin sepanjang 3 hari 2 Malam Toi dan keluarga berada di sana.

*Gambar-gambar kenangan di Cameron Highland akan dipilih dahulu untuk dimasukkan kemudian di sini... Sabar Ye!!!

Thursday, December 17, 2009

Toi @ Batu Gajah, Perak, 19.12.2009


Gempak Desa Astro minggu ini akan di adakan di Taman SM Nor, Batu Gajah, Perak, yang juga merupakan kampung kepada bekas peserta AF6 iaitu Naim. Pada hari post ini ditulis, Naim turut tersenarai di antara artis-artis yang akan membuat persembahan di acara konsert yang akan di jalankan pada sebelah malam.

Kepada fans Toi yang berada di sekitar Batu Gajah, datanglah beramai-ramai dan saksikan persembahan beliau, kebiasaannya konsert akan bermula dari pukul 8.30 malam hingga 10 malam....orait!

Saturday, December 12, 2009

Toi @ Kulim, Kedah 12.12.2009


Toi berada di Mini Stadium Keladi, Majlis Perbandaran Kulim, Kedah hari ini, untuk memeriahkan program Gempak Desa Astro. Program ini bermula dari pukul 9.00 pagi hingga 10.00 malam. Toi akan beraksi di acara konsert yang akan diadakan pada sebelah malam, lebih kurang pukul 8.30pm.

Kredit to Gempak Astro, Facebook