Toi 'The Bamboo Shaker'

The third runner-up of Astro’s Akademi Fantasia season six, Khairul Nizam Baharom or Toi, is not just a singer. He is also a multi-talented performer and musician who won 2 Gold Medals in the World Championship of Performing Arts in Hollywood in 2005 for playing the Angklung.

Toi has been playing the scintillating traditional bamboo musical instrument for 13 years and the guitar for 11 years. Singing and dancing are in his blood, especially traditional dances such as zapin and joget. Besides performing in Hollywood, Toi has also played the angklung in Denmark, Dubai and Jakarta.

Nowadays, he is a favourite choice when it comes to cultural performances overseas to help promote the country.

*Credit to nst.com.my

Monday, May 25, 2009

Toi beraksi dalam rancangan BOLOS

Terlalu lama kita semua menanti siaran BOLOS siri 2, yang disertai oleh Toi, Hazama dan Afiq yang menganggotai Team Pelajar AF ini. Jika mengikut rakaman siri tersebut, sepatutnya ia telah lama disiarkan iaitu selepas siaran yang disertai oleh Anu,Taukeh dan sorang lagi yang menganggotai Team Raja Lawak menentang Pos Malaysia dulu. Rupa-rupanya pihak ASTRO tidak menyiarkan sesuatu siri itu mengikut slot rakaman-rakamannya. Ada la sebab musababnya tu..

Melalui siaran tadi Toi dan kawan-kawan 'nakal' nya itu menentang Team Anak-anak Polis. Tapi rancangan ini tidaklah begitu menarik, jika ditonton di TV. Lebih seronok dan melucukan sewaktu menonton pembikinannya di studio pada bulan Januari lalu iaitu ketika siri RAJA LAWAK3 baru bermula.

Di studio WISMA ALI BAWAL itu ada saja adegan-adegan lucu dan 'lucah' yang berlaku. Taukeh yang turut serta di set rakaman ketika itu, sering membuat para penonton dan krew 'nak pecah perut' ketawa ditambah pulak lagi dengan gelagat Toi dan kenakalan Afiq.. Hazama agak kurang 'beraksi' pada hari tersebut kerana beliau demam!

Kepada rakan-rakan yang tak sempat menonton siri BOLOS yang di HOST kan oleh Zizan Raja Lawak ini, rajin-rajinlah menanti siaran ulangannya.

Gambar2 boleh dilihat di:- http://camarz.multiply.com

TOIFC (TTS) at Mines Wonderland, Balakong.


TTS kali ke 3! Baru jer buat TTS ke 2 bulan lepas. Sebenarnya ini adalah cubaan kali ke 2 untuk menghabiskan voucher Izzi, dan rupa-rupaya semua cawangan Izzi telah ditutup. Nampaknyer tak de rezeki lah kami nak bersantap di restaurant tu lagi. Tapi dah alang kepalang semua jemputan kami free malam tu, TTS tetap juga diteruskan. Bincang punya bincang dengan Toi, akhirnya kata putus adalah Mines Balakong. Mudah untuk semua hadir, terutama yang menggunakan perkhidmatan komuter. Kali ni semua tiba awal, berkumpul depan Watson.


Semua dah sampai, tp Mr Ye Ye Arr masih tak nampak nampak lagi. Sangkaan kami meleset rupanya, ingatkan dia belum sampai, rupa-rupanya dia dah mundar-mandir bersendirian di tingkat bawah. Maka, semua pun berjalan lah menuju ke lokasi Mr Ye Ye Arr sedang menunggu.

Bersama kami kali ni ada 3 peminat kecil Toi, yang tak sabar-sabar lagi ingin bertemu dengan "Uncle Toi" mereka. TTS kali ke3 ini juga bertujuan menemukan Toi dengan peminat kecil 3 orang ni. Dua kali juga lah percubaan menjejak kasih ni gagal, sbb masing-masing ada hal yang tak dapat dielakkan. Sebelum ini kami minta toi buat rakaman video message untuk mereka bertiga. Ha! hari-hari budak bertiga ni dengar suara Toi melalui hp ibu mereka, terutama yang kecil sekali, namanya Ajim, sebelum mama pergi kerja, mesti kena perdengarkan dulu video message tu pada dia, beberapa hari kemudian mereka reply pula video message kepada Toi. Bila nampak ajer Uncle Toi di hadapan mereka, seperti mahu diterkam ajer..hehhee..Toi yang pantas dan spontan terus beraksi seakan-akan ingin melarikan diri dari peminat kecil nya itu. Lucu betul masa tu.


Seperti biasa kami membiarkan Toi memilih lokasi santapan. Beliau ditemani Iwan pergi riki kedai-kedai makan di situ, dan akhirnya beliau memilih restaurant Kenny Rogers. Aktiviti malam tu seperti biasa makan dan sembang. Oleh kerana kali ini kami ada tetamu kecil yang sungguh istimewa, perjumpaan kali ini dirasakan amat manis sekali. Si kecil Ajim tidak mahu melepaskan Uncle Toi, cepat-cepat dia duduk di hadapan Uncle Toi, macam-macam soalan dia tanya..Mata nya pula tak berkelip-kelip merenung wajah Uncle Toi, seakan-akan takut betul dia kehilangan Uncle Toi dari pandangan. Toi kata,"....pandang puas puas yer....".

TTS kali ni dihadiri oleh Ila sekeluarga (ibu Ajim), Kingmarul dan isterinya, Eyla dan Seri dari ShawalFC, Ayush, Che'an, Dalila, Iwan, Obi dan Camarz. Sebelum bersurai, aktiviti wajib hehehe bergambar! Ramai yang pulang awal, kerana esoknya adalah hari bekerja, peminat kecil pula mesti tidur awal, esok nak ke sekolah. Dan kami yang tinggal ni menemani Mr Ye Ye Arr pusing pusing Mines. Beliau juga harus pulang awal, kerana esoknya mahu berangkat ke Terengganu, untuk menyertai program Gempak Desa Astro.

ToiFC (TTS) at Jusco AU2, Setiawangsa, Keramat KL

Matlamat asal TTS kali ke2 ni, sebenarnya nak habiskan 2 keping voucher Izzi yg kami dapat masa gathering ToiFC tahun lepas. Keluar makan ramai-ramai baru lah happening. Alih alih bila sampai sana Izzi tutup pula. Sib baik di sebelah tu ada restaurant makanan segera kegemaran Toi, A&W. Pertemuan kali ini disertai oleh beberapa wajah baru, iaitu Paan dan Ieta yang dah lama sangat kami nak temui. Dan beberapa kenalan dari ShawalFC, kak Umi sekeluarga dan rakan-rakannya. Kemudian disertai oleh Shawal, akhir sekali Toi, Obri dan Nadia pun tiba. Kali ni mereka paling lewat. Selalu dia tunggu kami, kali ni kami pula tunggu dia hehehehe.

Aktiviti kami macam biasa… sembang sembang dan sembang, makan dan makan lagi. Bertubi-tubi Obri kena interview oleh Ieta. Lucu juga si Obri ni, memang serasi betul lah dia bersama Toi. Sambil sembang, selit selit juga dengan usikan kami pada Nadia, gadis kesayangan Obri. Malam tu juga kami berpeluang mendengar lagu baru Toi, best gak lagu tu! Pada fans kat luar, sabar ek, hampir nak siap dah lagu baru tu...dan doa-doakan lagu tu akan disiarkan di radio. Bila kami hampir-hampir nak bersurai, rupanya ada lagi tetamu, iaitu Supermel yang tiba dengan 2 rakan manisnyer. Sebelum balik sesi wajib, iaitu bergambar. Nah! Lihat lah gambar-gambar yang sempat kami rakam pada malam tersebut.







Cerita lanjut sila masuk ke:- http://camarz.multiply.com

Sunday, May 24, 2009

"Hari Terbuka Wilayah Iskandar" bersama Toi!




Toi telah mengadakan persembahan sempena "Hari Terbuka Wilayah Iskandar".

Tempat : City Square, Johor Bahru.

Tarikh : 24hb.05.2009 (Ahad)

Antara pukul 5.00-6.00petang

Alhamdulillah, nampaknya rezeki Toi tak pernah putus buat masa ini. Baru saja habis shooting drama '10 Terbakar' beliau kembali masuk studio untuk membaiki susunan muzik single terbaru yang masih tertangguh, kemudian terus menyambung tugasnya ke Jelajah Gempak Desa Astro kat Terengganu. Hari ini pulak beliau dijemput mengadakan persembahan di 'kampung halamannya' iaitu Johor Baharu.

Kesian jugak melihat diri beliau yang nampak tidak segar dan berwajah sedikit kusam kerana kekurangan tidur dan tidak cukup rehat. Kalau dikira-kira mungkin beliau hanya sempat tidur beberapa jam sahaja sejak beberapa hari lalu. Tak apalah Toi... Rezeki datang jangan ditolak!! Tapi kalau boleh tu kurangkanlah aktiviti-aktiviti luar buat sementara waktu..lepas balik dari JB nanti hendaknya.

Melalui gambar yang dikirim oleh cik moderator ToiFC dari JB iaitu Acu Farhana, nampaknya kawan-kawan di JB seronok sungguh dapat bersua kembali dengan Toi dan mengadakan TTS di sana. Tahniahlah, sebab seperti yang kita harapkan agar Silent Reader atau 'peminat senyap' Toi selama ini akan keluar bertemu Toi berhasil juga dengan munculnya muka-muka baru turut sama berkumpul kali ini. Nikmatilah sebahagian gambar yang sempat kami uploadkan!

*Kredit untuk Acu Farhana atas Photo2 yg dikirim.

Saturday, May 23, 2009

Toi di Gempak Desa -Ganu kite'












Kredit foto: PERSATUAN BELIA (MBFM) FELDA BUKIT BADING, Ajil, Terengganu.

Pada 22-24 Mei yang lalu, Toi dan rakan AF yang lain, Naim, Obri, Dekna, Aswat, Rini, Zila dan Ustaz Wan OASIS terlibat dengan Gempak Desa Astro di Felda Bukit Bading, Ulu Terengganu. Aktiviti dimulakan dengan perasmian oleh YB dan lawatan ke semua booth yang ada di sana. Kemudian mereka bermain sukaneka dengan semua hadirin. Macam-macam aksi lucu terjadi di antara mereka dan orang kampung. Kemudian tengahari, mereka menjamu selera dengan orang-orang kampong di situ, turut tidak ketinggalan beberapa orang OKU. Kemudian bersurai dan balik ke hotel untuk berehat dan menyiapkan diri untuk aktiviti seterusnya.

Pukul 6 petang, sesi bertemu peminat. Kali ini mereka tandatangan atas beg astro. Lebih kurang 8.45 mlm, konsert pun bermula. Di mulakan dengan nyanyian beramai-ramai, kemudian solo. Pada malam tu Toi nyanyi lagu Laukku Cukup Masin dari Spider dan Pagi Yang Gelap dari Hujan. Walaupun kurang rehat kerana jadual beliau yang amat padat sejak akhir-akhir ini, beliau masih tampil dengan ceria dan aktif di pentas, serta mesra dengan penonton-penonton yang hadir pada malam tersebut.

Thursday, May 21, 2009

Drama Seram '10 Terbakar' - Sambungan (SUNTING )Shooting!






Suasana 'sunting' hari ke3 kat Area Ulu Ponsun. Lokasi - Rumah Ali, Pomen motor. Suasana- Siang. Suasana kampong yang nyaman dan damai, memang sesuai untuk buat penggambaran drama atau filem. Petang tu, aktiviti banyak tertumpu pada watak penting terutama Toi ketika di dalam rumah.

Toi ke Udara di radio ERA




Malam kelmarin Toi telah dijemput untuk mengisi salah satu rancangan di Radio Era. Tiada siapa yang dibawa bersama menemaninya. Memang begitulah perangai Toi! Tak suka menyusahkan orang. Dia rela mengangkut sendiri set angklungnya yang GEDABAK itu bersaorangan. Pernah suatu ketika kami bertiga yang settlekan mengemas dan menyusun angklung2 itu selepas persembahan. Kalau bersaorangan, mau 3-4 kali ulang baru siap urusan angkut mengangkut, belum kira nak susun-susun lagi tuu..Apa la.. Last minute baru dia bagitau yang dia akan ke Radio Era. So tak sempat sesiapapun menemaninya. Kesian pulak tengok dia masa menanggalkan set angklung itu selepas sessi beliau selesai. Kalau kita menonton Siaran Web dari PC/Laptop memang nampak segala yang berlaku dalam konti tu!

Dalam sessi temubual, Dj bertugas cuba menguji kemahiran Toi. Mereka memperdengar kan kpd penonton ntah apa2 lagu.. Tau-tau abis lagu jer suruh Toi main secara spontan. So Toi pulak..Apa lagi, terus tunjuk bakat la!! Pihak kami sempat merakam beberapa lagu yang dimainkan oleh Toi termasuk lagu AKU DAH BOSAN dendangan penyanyi baru keluaran AF7 iaitu Zizi. Toi mengiringi Zizi dengan alunan angklungnya.

Sebelum beliau sampai ke Radio Era, pihak kami ada memintanya mengambil beberapa keping gambar untuk laporan. Tapi harapan itu bolehlah dikira mustahil kerana takde siapa yang dibawa bersama menemaninya. Sebagai pelengkap penulisan ini, sempat juga kami rakam gambar-gambar melalui Siaran Web Radio Era biarpun gambar itu kelihatan kabur!

Sunday, May 10, 2009

Toi - Penggambaran drama Seram sekitar Hulu Langat - K.Klawang



Toi sedang sibuk membintangi sebuah drama bertajuk '10 TERBAKAR' yang sedang giat melakukan penggambaran sekitar Hulu Langat, Selangor dan Kuala Klawang, Negeri Sembilan. Dengarnya jalan cerita drama seram ini ialah mengenai sekumpulan pelajar institusi pengajian tinggi yang membuat kajian luar kemudiannya mengalami beberapa perkara ganjil semasa melakukan kajian tersebut. Drama 90 minit ini bakal ditayangkan di kaca TV kita tidak lama lagi. Untuk itu Toi tidak akan turut serta dalam beberapa jelajah GEMPAK DESA ASTRO yang sering disertainya.

Turut sama di lokasi penggambaran ialah beberapa orang bekas pelajar AF antaranya ialah Alif AF6, Khai AF1,Naim AF6 dan beberapa orang artis lain. Drama ini adalah dari team produksi A.AIDA dan pengarahnya ialah saorang artis atau penyanyi 80an iaitu Ali Sobrie yang pernah popular dengan irama RENBA beliau.