Toi 'The Bamboo Shaker'

The third runner-up of Astro’s Akademi Fantasia season six, Khairul Nizam Baharom or Toi, is not just a singer. He is also a multi-talented performer and musician who won 2 Gold Medals in the World Championship of Performing Arts in Hollywood in 2005 for playing the Angklung.

Toi has been playing the scintillating traditional bamboo musical instrument for 13 years and the guitar for 11 years. Singing and dancing are in his blood, especially traditional dances such as zapin and joget. Besides performing in Hollywood, Toi has also played the angklung in Denmark, Dubai and Jakarta.

Nowadays, he is a favourite choice when it comes to cultural performances overseas to help promote the country.

*Credit to nst.com.my

Monday, May 25, 2009

TOIFC (TTS) at Mines Wonderland, Balakong.


TTS kali ke 3! Baru jer buat TTS ke 2 bulan lepas. Sebenarnya ini adalah cubaan kali ke 2 untuk menghabiskan voucher Izzi, dan rupa-rupaya semua cawangan Izzi telah ditutup. Nampaknyer tak de rezeki lah kami nak bersantap di restaurant tu lagi. Tapi dah alang kepalang semua jemputan kami free malam tu, TTS tetap juga diteruskan. Bincang punya bincang dengan Toi, akhirnya kata putus adalah Mines Balakong. Mudah untuk semua hadir, terutama yang menggunakan perkhidmatan komuter. Kali ni semua tiba awal, berkumpul depan Watson.


Semua dah sampai, tp Mr Ye Ye Arr masih tak nampak nampak lagi. Sangkaan kami meleset rupanya, ingatkan dia belum sampai, rupa-rupanya dia dah mundar-mandir bersendirian di tingkat bawah. Maka, semua pun berjalan lah menuju ke lokasi Mr Ye Ye Arr sedang menunggu.

Bersama kami kali ni ada 3 peminat kecil Toi, yang tak sabar-sabar lagi ingin bertemu dengan "Uncle Toi" mereka. TTS kali ke3 ini juga bertujuan menemukan Toi dengan peminat kecil 3 orang ni. Dua kali juga lah percubaan menjejak kasih ni gagal, sbb masing-masing ada hal yang tak dapat dielakkan. Sebelum ini kami minta toi buat rakaman video message untuk mereka bertiga. Ha! hari-hari budak bertiga ni dengar suara Toi melalui hp ibu mereka, terutama yang kecil sekali, namanya Ajim, sebelum mama pergi kerja, mesti kena perdengarkan dulu video message tu pada dia, beberapa hari kemudian mereka reply pula video message kepada Toi. Bila nampak ajer Uncle Toi di hadapan mereka, seperti mahu diterkam ajer..hehhee..Toi yang pantas dan spontan terus beraksi seakan-akan ingin melarikan diri dari peminat kecil nya itu. Lucu betul masa tu.


Seperti biasa kami membiarkan Toi memilih lokasi santapan. Beliau ditemani Iwan pergi riki kedai-kedai makan di situ, dan akhirnya beliau memilih restaurant Kenny Rogers. Aktiviti malam tu seperti biasa makan dan sembang. Oleh kerana kali ini kami ada tetamu kecil yang sungguh istimewa, perjumpaan kali ini dirasakan amat manis sekali. Si kecil Ajim tidak mahu melepaskan Uncle Toi, cepat-cepat dia duduk di hadapan Uncle Toi, macam-macam soalan dia tanya..Mata nya pula tak berkelip-kelip merenung wajah Uncle Toi, seakan-akan takut betul dia kehilangan Uncle Toi dari pandangan. Toi kata,"....pandang puas puas yer....".

TTS kali ni dihadiri oleh Ila sekeluarga (ibu Ajim), Kingmarul dan isterinya, Eyla dan Seri dari ShawalFC, Ayush, Che'an, Dalila, Iwan, Obi dan Camarz. Sebelum bersurai, aktiviti wajib hehehe bergambar! Ramai yang pulang awal, kerana esoknya adalah hari bekerja, peminat kecil pula mesti tidur awal, esok nak ke sekolah. Dan kami yang tinggal ni menemani Mr Ye Ye Arr pusing pusing Mines. Beliau juga harus pulang awal, kerana esoknya mahu berangkat ke Terengganu, untuk menyertai program Gempak Desa Astro.

No comments: