Toi 'The Bamboo Shaker'

The third runner-up of Astro’s Akademi Fantasia season six, Khairul Nizam Baharom or Toi, is not just a singer. He is also a multi-talented performer and musician who won 2 Gold Medals in the World Championship of Performing Arts in Hollywood in 2005 for playing the Angklung.

Toi has been playing the scintillating traditional bamboo musical instrument for 13 years and the guitar for 11 years. Singing and dancing are in his blood, especially traditional dances such as zapin and joget. Besides performing in Hollywood, Toi has also played the angklung in Denmark, Dubai and Jakarta.

Nowadays, he is a favourite choice when it comes to cultural performances overseas to help promote the country.

*Credit to nst.com.my

Sunday, April 19, 2009

GDA, Pantai Irama, Bachok Kelantan

Lokasi GDA seterusnya, Pantai Irama, Bachok Kelantan,
pada 18 April 2009. Toi akan menyertai rakan-rakan
AF yang lain mempersembahkan beberapa lagu pada malam
tersebut.

Saturday, April 11, 2009

Toi - Evening Show at MYDIN HYPERMARKET, Melaka


MYDIN Hypermarket Store Location
MITC (Melaka International Trade Center), Melaka Hypermarket
Lot 15060, 15061 & 15062, Kawasan MITC, Ayer Keroh, 75450 Melaka.


Padat sungguh jadual Toi pada hari itu. Baru saja balik dari Konsert Jelajah Gempak Desa Astro kat Kelantan. Toi terus bersiap sedia petang itu untuk ke Evening Show, Mydin di MITC Melaka. Toi hanya sempat berehat selama 2 jam, sebelum dijemput di rumahnya untuk ke Melaka.Perjalanan petang tu agak mencabar kerana hujan lebat hingga tidak jelas pandangan di hadapan.

Kenderaan kami hampir mengalami kemalangan ketika tiba di suatu lokasi sekitar Senawang, N.Sembilan kerana terdapat lopak air di lane paling kanan. Alhamdulillah, Allah selamatkan kami dari sebarang kemalangan. Kami sampai ke MYDIN tepat pada masanya walaupun dalam perjalanan tadi kami tempuhi 4 kejadian kemalangan jalanraya yang agak serius. Mr. Mukhriz melayan kami dengan begitu mesra bagaikan sahabat lama! NADIA AF6 turut sama dalam Evening Show tersebut dan sampai lebih awal. Lepak-lepak sebentar dan tak lama selepas itu aktivitipun bermula.

Nadia memulakan show selepas artis2 kebudayaan yg dijemput sebelum itu menamatkan persembahan mereka. 3 lagu disumbangkan oleh Nadia dan Toi mengakhiri persembahan malam itu dengan begitu ceria dan para pengunjung rasa sungguh terhibur. 3 lagu dipersembahkan oleh Toi, antaranya 'Cinta Kita', sebuah lagu dari Kumpulan Hujan, dan lagu yang melonjakkan namanya di Akedemi dulu.. "Kau Yang Bernama Seri". Toi sempat berkenalan dengan 3 orang sahabat Bro Camar yang datang dari IPTS berdekatan bagi memeriahkan majlis itu dan bergambar kenangan di belakang pentas.

2 orang rakan kita dari Toifc Melaka pula datang dan join dinner bersama Toi di Restoran D'NANGKA yang sungguh unik lokasinya di mana pondok-pondok pengunjung berada di dalam kawasan kebun nangka.

Kami balik ke KL sekitar pukul 11.00pm dengan selamat kerana cuaca dan suasana jalanraya yang kembali normal.



Sebahagian Gambar lagi boleh didapati di http://camarz.multiply.com/photos/album/78/Evening_Show_for_MYDIN_MITC_Malacca

Thursday, April 9, 2009

GDA di Sabak Bernam


Toi akan menyertai GDA bertempat di
Mini Stadium Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor

bertarikh pada
11 April 2009

Friday, April 3, 2009

Toi di Gempak Desa Astro



Tarikh
4 April 2009

Tempat
Lawar Bt 30, Machang, Kelantan

Ayuh ke Machang... saksikan persembahan Toi dan rakan-rakan di sana.

Selamat Ulang Tahun Toi


Pada 31 Mac 2009 yang lalu, Toi telah menyambut ulang tahun yang ke 32. Semoga segala impian tercapai ...

Majlis ni telah kami rancang 2 minggu lebih awal. Surprise birthday party la di pendekkan cerita. Tapi sukar juga nak menetapkan tarikh, sbb menurut 'spy' kami jadual Toi tak confirm lagi..mungkin ada show...mungkin tidak...hari-hari juga lah kami dok calling calling...JB - KL, KL - JB...Toi balik minggu ni...ok! ok! Tiba-tiba lak dpt info...tak jadi balik la diaaa.....ada meetingg....adeii!...tak pe! tak pe! kita pospon minggu depan.

Tiba-tiba...lebih kurang pukul 3pm, 30.3.2009, kami dapat call dari JB,.."Toi confirm balik JB hari ni...." apa lagi..semua ahli "ops surprise party" tangkas menyiapkan segala keperluan di JB. Kami yang ahli "ops bawa balik" ni, tak putus putus berdoa spy operasi membawa pulang tuan rumah ke kampung halaman selamat sepanjang perjalanan. Ha! kenapa ada "ops bawa balik" ni? sebab kereta dia masuk klinik daaaa..."Kenapa nak gi JB ni?, Toi tanya. "aaa....ada seminar kat UTM!", kami jawab...hik! hik! sori Toi...bohong sunat!.

Malam esoknya, majlis pun berlangsung....oleh kerana majlis ni persediaan nya agak last minute...bukan agak lg...mmg last minit pun hehehhehe...so percubaan nak mensurprisekan toi mcm ala ala tak jadi jek...hahahahaha...tak pe lah..yg penting nyer mlm tu kami semua dapat bertemu dan berkumpul ramai-ramai, sembang-sembang. Toi tiba bersama isteri tersayang, Suzana dan kedua-dua anaknya, Billy dan Ryan. Sebelum bersurai, Mayong buat idea baru....apa lagi! karaoke lah...maka berkaraoke lah Toi berduet dengan Mayong.

Di sini juga kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada seorang hamba Allah yang tidak kami ketahui, kerana sudi dan ikhlas menaja makanan kami pada malam tersebut. Terima kasih banyak-banyak yer...hanya Allah saja yang dapat membalasnyer. Terima kasih kepada semua yang hadir, dan kepada ToiFC, seronok berganding bahu dengan uols semua, next year plan baekk punya k! Ye Ye Arr Jerrrr....