Toi 'The Bamboo Shaker'

The third runner-up of Astro’s Akademi Fantasia season six, Khairul Nizam Baharom or Toi, is not just a singer. He is also a multi-talented performer and musician who won 2 Gold Medals in the World Championship of Performing Arts in Hollywood in 2005 for playing the Angklung.

Toi has been playing the scintillating traditional bamboo musical instrument for 13 years and the guitar for 11 years. Singing and dancing are in his blood, especially traditional dances such as zapin and joget. Besides performing in Hollywood, Toi has also played the angklung in Denmark, Dubai and Jakarta.

Nowadays, he is a favourite choice when it comes to cultural performances overseas to help promote the country.

*Credit to nst.com.my

Monday, May 17, 2010

Toi @ GSA Rockabola, 22.5.2010

Toi berada di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur, untuk Gempak Selebriti Astro Rockabola. Bawah adalah gambar-gambar yang sempat kami ambil di sana. Maaf la kualiti gambar kabur, masa tu hujan...dan pakai phone je ni :)... Toi yang pakai "ketayap cina" tu, hik!



Toifc - LOOK Bowling Tournament

Kredit: Gambar dari lensa Sally Sham

ToiFC yang hadir pada hari tersebut

16 Mei 2010, Ahad yang lalu ToiFC telah menghantar 2 pasukan untuk menyertai L.O.O.K Bowling Tournament anjuran Linda Onn FC di MidValley, KL. Pasukan pertama terdiri daripada Husin, Mell, Sue dan Sally. Manakala pasukan kedua terdiri daripada Fazat, Ikhwan, Nana dan Amy.
Score tertinggi kedua-dua pasukan adalah lebih kurang 490 - 530.

Linda Onn penganjur program, dan hadiah-hadiah yang disediakan

Peserta dari kedua-dua pasukan menunjukkan semangat berpasukan dan berusaha membuat balingan yang baik. Namun kemenangan bukan milik ToiFC kali ini. Insyaallah kita cuba di lain kali. Terima kasih kepada semua peserta, kerana sudi untuk bermain untuk ToiFC dan sporting, serta selamat menyertai ToiFC. Terima kasih juga kepada L.O.O.K (Linda Onn's Orange Klub) dan Linda Onn, yang juga turut hadir pada hari tersebut.

Aksi peserta-peserta ToiFC..:)

Wajah-wajah ceria peserta ToiFC yang sporting :)

Sempat juga bergambar kenangan dgn Eizlan Yusof, Amy Mastura dan Linda Onn

Toi @ Aksi AF8

Muka surat : 31
Segmen: What Up?
Oleh : Faida Rahim
Tajuk: Jelajah Dunia Bersama Angklung


Melihat wajah bintang AF ini mengingatkan kita semua kepada lagenda terkenal dalam dunia komedi, Allahyarham A.R Tompel. Agak sukar sebenarnya bagi seseorang pelajar AF yang berstatus suami untuk memancing undi dari penonton. Umumnya, kebanyakan pengundi lebih gemar membuat pelaburan ke atas pelajar yang berstatus bujang dan paras rupa juga menjadi ukuran. Mungkin dek karakternya yang suka berjenaka membuatkan penonton tidak terlepas pandang akan dirinya sekaligus berjaya memboloskan diri sebgai finalis AF musim keenam. Toi atau nama sebenarnya Khairul Nizam Baharom, sudah berkecimpung dalam arena muzik sebelum menyertai AF musim keenam lagi. Bezanya cuma, dahulu wajahnya tidak berpeluang muncul di media cetak mahupun elektronik seperti sekarang. Lebih membanggakan lagi apabila Toi dinobatkan sebagai pemain Angklung terbaik peringkat dunia pada tahun 2005 malahan bakatnya turut mendapat pengiktirafan di Hollywood! Hebat bukan? Merangkul pingat emas di World Championship of Performing Arts di Los Angeles adalah kenangan terindah buat lelaki kelahiran Johor Bahru ini. Menjadikan Nuno Betterncourt sebagai idola, Toi kini giat mengadakan persembahan bermain angklung di serata tempat termasuk menjelajah ke negara Denmark, Dubai, Switzerland dan terbaru di China. Bukan saja berkebolehan bermain alat muzik serta menyanyi, Toi kini melangkah ke bidang lakonan dalam usaha mempelbagaikan bakat yang sedia ada…

Wajah toi kini dapat dilihat menerusi kaca tv namun bukan sebagai penyanyi tetapi pelakon. Kenapa agaknya berminat untuk bertukar bidang?
Bukan berniat untuk beralih bidang, cuma ada produser yang menawarkan watak, terima sajalah. Bak kata orang, rezeki jangan ditolak, bala jangan dicari, haha… Seronok juga berlakon sebab kita boleh bermain dengan karakter berlainan. Tetapi setakat ini, watak yang diberikan kepada Toi kebanyakannya watak ‘Pak Lawak’. Realitinya memang Toi suka berlawak pun! Terbaru, Toi berlakon dalam drama Halimah Jonggang The Series. Dalam drama itu, Toi bawa watak sebagai Shariff, abang kepada Dhya AF5. Sebelum ini ada juga berlakon dengan bintang AF seperti Khai, Nija dan Aliff yang ditayangkan di Astro Ria. Nampaknya, nama Toi kurang menyerlah dalam bidang seni suara tetapi umumnya ramai yang tahu Toi berbakat dalam bermain angklung.

Mengapa tidak fokus saja dalam bidang alat muzik bebanding nyanyian?
Toi seorang yang suka melakukan eksperimen ke atas diri sendiri. Kalau boleh Toi mahu dikenali sebagai penghibur serba boleh seperti mampu menyanyi, berlakon, bermain alat muzik dan mengacara. Kalau ikutkan semua bidang Toi sudah terokai.

Macam bidang pengacaraan, Toi baru saja pulang dari mengacarakan untuk upacara Le Tour De Langkawi bersama dengan Qhaud AF7. Memang hitam legam kulit dibuatnya! Hahaha. Alat muzik angklung sememangnya sumber `cari makan’ sejak dari dahulu lagi kerana tidak ramai yang berkebolehan dalam mengendalikan alat muzik tradisional ini. Pendek kata, permainan angklung memang sudah sebati dalam diri Toi sendiri. Kalau boleh Toi mahu bermain angklung dan menyanyi pada masa yang sama, boleh?

Bergelar pemain angklung dunia pastinya satu kebanggaan buat diri Toi sendiri. Tidak berniat untuk menubuhkan kumpulan muzik sendiri?
Toi baru saja menubuhkan kumpulan muzik yang diberi nama Hyper Act di mana ahlinya terdiri daripada Roni (peserta One In A Million musim kedua), Akir (Kumpulan Coda). Kami mempunyai single yang baru saja siap dirakamkan bertajuk Ku Tiba Lagi. Menariknya, single ini dijadikan sebagai soundtrack sebuah drama remaja. Kalau nak tahu bagaimana agaknya jalan cerita untuk single terbaru kami, kenalah tunggu…

Dalam masa lima tahun akan datang, di mana Toi berada…
Barang kali Toi sudah bergelar komposer. Sebelum ini, Toi ada mencipta lagu bertajuk Lalilala nyanyian Toi sendiri yang telah dikeluarkan pada akhir 2009. Kiranya percubaan Toi yang pertama dalam bidang penulisan lagu. Ada beberapa lagu yang Toi tulis dan pernah merancang untuk memberikan pada rakan AF yang lain. InsyaAllah, jika semuanya berjalan dengan baik, Toi akan hasilkan sebuah lagu untuk salah seorang dari rakan seperjuangan di AF6 dahulu.

Dengarnya, sebelum menyertai AF, Toi mendapat tentangan dari isteri. Kenapa agaknya?
Sewaktu Toi menerima tawaran untuk menyertai AF, memang ada tentangan daripada isteri. Maklumlah, tempoh tiga bulan tanpa boleh berhubung dengan dunia luar. Isteri mana yang tidak sedih kan? Tetapi setelah dipujuk secara perlahan dan kami duduk berbincang. Akhirnya dia faham dengan niat Toi untuk menyertai AF bukanlah hanya kerana mahu dikenali semata-mata. Sebelum berkahwin lagi, Toi memang bekerja sebagai pemain bass di merata kelab. Muzik adalah sumber pendapatan Toi untuk menyara keluarga. Syukur, dia memahami diri Toi dan tidak pernah memaksa Toi untuk mencari kerja dalam bidang lain selain muzik.


Majalah: Aksi AF8
Isu : 11 Mei 2010 / No #9

Muka surat : 37
Segmen : Hotties
Oleh : Faida Rahim
Tajuk: Giliran Toi Dirai Peminat


Isu : 11 Mei 2010 / No #9
Bertuahnya badan apabila ada orang sudi mengingat dan menganjurkan majlis hari lahir untuk diraikan bersama keluarga, peminat serta teman-teman. Inilah untungnya menjadi orang popular, apabila tiba hari lahir, sambutannya pasti meriah!

Jika disebut nama Khairul Nizam Baharom, pasti ramai tertanya-tanya siapakah gerangan lelaki ini. Tetapi apabila dipanggil Toi AF6, pasti ramai tahu mengenai lelaki yang berasal dari Johor Bahru ini.

Baru-baru ini, Toi telah diraikan oleh ahli keluarga, rakan serta peminat dalam sambutan penuh meriah ulang tahun kelahirannya yang ke-33 pada 31 Mac lalu di Hotel Midah, Kuala Lumpur.

Sambutan hari lahir Toi ini dirancang sebegitu rapi oleh isteri, Suzana dan beberapa orang teman demi memberi kejutan kepada bapa kepada dua anak ini. Walaupun pada hari itu banyak kejadian yang boleh menyebabkan majlis ini tergendala, berkata kesabaran semua, majlis ini berjalan sempurna.

Seramai 50 jemputan hadir memberikan sokongan kepada Toi yang kini giat berlakon drama. Rakan AF seperti Nubhan dan Obri turut sama meraikan hari lahir kawan baik mereka.

Toi @ Gempak ROCKIN' ROCKABOLA Kuala Terengganu

Hari Sabtu, 15 Mei2010 yang lalu Toi telah menyertai Gempak RockAbOLA di Dataran Shah Bandar Kuala Terengganu bersama Zahid, Hazama, Nadia, Edlin, Alam, Afiq, Akma, Yazer, Farish, Farhan, Idayu, Aishah,Fitri dan penampilan istimewa Adam, Stacy dan Akim.

Toi @ Media Hiburan

-reserved-