Toi 'The Bamboo Shaker'

The third runner-up of Astro’s Akademi Fantasia season six, Khairul Nizam Baharom or Toi, is not just a singer. He is also a multi-talented performer and musician who won 2 Gold Medals in the World Championship of Performing Arts in Hollywood in 2005 for playing the Angklung.

Toi has been playing the scintillating traditional bamboo musical instrument for 13 years and the guitar for 11 years. Singing and dancing are in his blood, especially traditional dances such as zapin and joget. Besides performing in Hollywood, Toi has also played the angklung in Denmark, Dubai and Jakarta.

Nowadays, he is a favourite choice when it comes to cultural performances overseas to help promote the country.

*Credit to nst.com.my

Wednesday, December 17, 2008

"Gathering Ye, Ye, Ahh!!" bersama Toi - JB


Sebahagian Ahli yang masih berada di lokasi, sempat bergambar ramai.



Majlis ini berlangsung pada 5hb Disember yang lalu bertempat di Rumah Limas, Danga Bay, Johor Baharu. Bandaraya ini dijadikan lokasi pilihan kerana di sinilah bermulanya karier Toi sebagai insan seni.

Seramai lebih kurang 70 orang ahli toifc.com dan para jemputan telah hadir bagi memeriahkan majlis tersebut. Sedikit perubahan saat akhir telah berlaku di mana, pada mulanya lokasi dipilih adalah Taman Rekreasi Hutan Bandar, Namun atas sesuatu sebab, lokasi lebih baik dan selesa seperti Rumah Limas ini telah mendapat tempat di hati pihak pengurusan Toifc.



Pelbagai pihak turut terbabit menjayakan aktiviti ini, antaranya ialah Pasaraya TESCO, Restoran makanan segera Mc Donald cawangan Bandar Sri Alam di Masai, Izzi Restaurant, SM Masai Studio, Pengurusan Rumah Limas,Etiqa Insurance dan org perseorangan.

Majlis ini begitu meriah sekali dan berlangsung dalam suasana kekeluargaan walaupun ini merupakan pertama kali ahli-ahli dan pihak pengurusan bertemu muka. Aktiviti di Rumah Limas ini dipenuhi dengan nyanyian dari Toi dan rakan MC beliau En. Mayong. Beberapa orang ahli juga tidak melepaskan peluang menonjolkan bakat sama ada berduet dgn Toi atau secara solo.

Selain itu diadakan juga cabutan bertuah yang diselang-selikan dengan games tertentu misalnya KOTAK BERACUN, lakonan sketsa dan Teka Jawapan yang nyata menghidupkan suasana majlis dengan gelak ketawa ahli-ahli dan para jemputan.

Rata-rata ahli dan tetamu yang datang menyatakan kepuasan dan keseronokkan yang mereka alami dipertemuan itu. Majlis di Rumah Limas ini bermula pada pukul 3.00 petang dan berakhir pada kira-kira pukul 6.30 petang.






















Pada malamnya, Ahli-ahli toifc dari Kuala Lumpur yang menyewa di hotel berdekatan dibawa pula bersiar-siar sekitar bandar Johor Baharu termasuk tempat Toi bekerja dahulu iaitu di Anjung Warisan. Kehadiran Toi di sana mengejutkan para pengunjung hingga ada yang mengambil kesempatan itu dengan bergambar atau membuat permintaan lagu Selamat hari jadi dari Alunan Angklung oleh Toi!





Aktiviti pada keesokkan harinya pula adalah lebih meriah lagi kerana ahli-ahli TOIFC dari KL dan Jb ini ditemukan semula di Daiman Bowl, JB untuk sesi pemilihan peserta yang akan menyertai salah satu pertandingan Boling artis Akedemi Fantasia yang lain pada 25hb Disember ini di Summit USJ.



Pada malamnya, kesemua mereka bertemu lagi di Festive Street Mall, untuk sesi lawatan mengejut Toi dan berbasikal mengelilingi Danga Bay. kehadiran Toi di sana menggembirakan ramai pengunjung. Walaupun kesuntukan masa untuk aktiviti lainnya, namun beliau tidak menghampakan para pengunjung Danga Bay itu untuk sesi bergambar dan beramah mesra. Satu kejutan telah dibuat apabila tiba-tiba munculnya Kek Harijadi untuk salah saorang peminat dari Kuala Lumpur sewaktu singgah minum di Cowboy Cafe. Aktiviti Berbasikal sekeliling Danga Bay juga sungguh menyeronokkan para peminatnya sambil menikmati indahnya kerdipan dan kilauan cahaya lampu-lampu sekeliling Danga Bay.

















Setelah penat berkayuh, kesemua mereka dibawa ke lokasi terakhir iaitu di Dataran Bandaraya bagi menikmati hidangan Steamboat atau lebih dikenali sebagai 'cocok-cocok' di kalangan ahli-ahli Toifc. Aktiviti ini turut disertai Suzana isteri kesayangan Toi. Setelah menikmati hidangan yang menyelerakan itu satu sesi suaikenal dan bertukar-tukar fikiran dijalankan. Hampir kesemua mereka menyatakan keseronokan dan kegembiraan mendapat kenalan baru dan mereka merasakan hubungan itu lebih ikhlas dan kuat seolah-olah suatu hubungan adik beradik.





Walaupun keletihan dengan aktiviti yang amat padat hingga ada yang tertidur di meja makan, namun keceriaan terserlah di wajah masing-masing. Ketika melangkah hendak pulang ada yang melemparkan riak muka kurang puas pada pertemuan sesingkat ini dan siapa tahu mungkin ada yang 'sedih' hendak berpisah..

Sumber:
Camar,
http://toifc.com

No comments: