Toi 'The Bamboo Shaker'

The third runner-up of Astro’s Akademi Fantasia season six, Khairul Nizam Baharom or Toi, is not just a singer. He is also a multi-talented performer and musician who won 2 Gold Medals in the World Championship of Performing Arts in Hollywood in 2005 for playing the Angklung.

Toi has been playing the scintillating traditional bamboo musical instrument for 13 years and the guitar for 11 years. Singing and dancing are in his blood, especially traditional dances such as zapin and joget. Besides performing in Hollywood, Toi has also played the angklung in Denmark, Dubai and Jakarta.

Nowadays, he is a favourite choice when it comes to cultural performances overseas to help promote the country.

*Credit to nst.com.my

Sunday, June 21, 2009

Boling 'UNDERNEATH Pokok Kelapak'

*Terima kasih tidak terhingga kepada Aisyah, Zizi dan paling sporting si Marsha kerana sudi 'berposing' bersama utk tatapan ToiFc dan peminat-peminat lain.







Kita tewas dipertandingan boling antara FC artis yang dianjurkan oleh Marsha FC, di Mid Valley Mega Mall. Pertandingan ini dinamakan Boling 'Underneath Pokok Kelapak' sempena memperingati nostalgia semasa Marsha di dalam AF dulu. Walaupun tewas, namun kami berbangga kerana mata yang dipungut oleh peserta kita sangat memberangsangkan.

Respect dengan sikap peserta kita iaitu Che An, Aming, Niza dan Normah yang menjadi kumpulan peserta yang pertama hadir di 'tempat kejadian'. 9am tepat dah sampai!! Tambah best lagi sikap mereka yang cool. Kehadiran dari ToiFc adalah seramai 14 orang. Tapi yang sempat bergambar bersama hanya beberapa orang sahaja kerana ada yang balik awal dan ada yang sampai kat lobby complex tu dan terus menuju ke destinasi lain sbb majlis sudah selesai!!

Suasana pertandingan kurang 'gempita' jika dibandingkan dgn pertandingan boling yang kita sertai dulu. Nampaknya team masing-masing terlalu fokus kepada game tersebut. Ahli kita cuba juga membikin riuh dengan 'goyangan angklung' yang dibawa khas oleh Camar, tetapi tak cukup korum untuk menjadikannya sangat menarik. Mungkin kelantangan suara MAYONG, DETEKTIF NAN dan Toi sendiri sangat-sangat diperlukan!! Suasana dalam tu jugak suram dan sempit. Tiada ruangan untuk rakan-rakan FC untuk duduk dengan selesa. Suasana suram itu membuatkan tak ada berapa mood untuk mengambil gambar. Biasanya gambar dari kamera Olympus 10.1MP ini tidak dapat berfungsi dgn baik dalam suasana itu. Hadiah pulak nampaknya kurang sangat berbanding dgn pertandingan yg kita sertai dulu. Lalu menjadikan peluang kita untuk merampas salah satu hadiah tidak kesampaian.

Walaupun Toi berada di Trengganu namun dia tetap tidak melupakan para peserta kita. Toi membuat 'Video Call' melalui handset Camar sekitar pukul 1pm ketika team Toifc dan Shawal FC sedang berehat setelah kedua team menamatkan game masing-masing dan duduk dalam satu kelompok.. Biasalah.. ToiFc dgn Shawal FC ni kan macam adik beradik hehehe..!!

Entah apa yang dicakapkan dek Toi.. Ntah laa.. kami semua tidak dapat mendengarnya kerana suasana hinggar-bingar dalam pusat boling itu. Kami cuma dapat menunjukkan wajah masing-masing di screen handset itu, begitu juga Toi telah menayangkan wajah semua kawan-kawan AFnya yg ada bersama di dalam van tersebut. Nampaknya merekapun seronok setelah konsert GDA mereka selesai. Sempat juga menayangkan wajah nadia kepada FC beliau yang ada disebelah kami!!

Setelah majlis selesai, kami ke foodcourt utk menjamu selera dan menyaksikan kembali aksi-aksi sepanjang pertandingan tadi di kamera masing-masing. Sebahagian daripada kami pulang selepas itu. dan sebahagian lagi 'meneruskan perjuangan utk menonton movie' Hehehe.. Cerita yg terpilih... '17 Again' kami memberi 4 Bintang kepada movie ini kerana sangat menyeronokkan. Kisah Seorang bapa yang 'membosankan' kembali ke zaman gemilangnya setelah berlaku peristiwa pelik ketika cuba menyelamatkan orang membunuh diri!! Ok..Kita tunggu pulak tarikh MENONTON BERSAMA TOI untuk movie TRANSFORMER di JUSCO CHERAS SELATAN beberapa hari lagi!! Sampai di sini dulu laporan kali ini.

Gambar selebihnya akan diletakkan di http://camarz.multiply.com

Saturday, June 20, 2009

FELDA BUKIT BANDI, 20 Jun 2009

Gempak Desa Astro telah berlangsung di:

Tempat: Felda Bukit Bandi, Kemaman, Trengganu.

Laporan, akan dimasukkan kemudian!

Kami mengalu-alukan

wakil-wakil penyumbang

Gambar dan artikel dari Tapak Lokasi.

Segala sumbangan kami dahului dengan ucapan

Jutaan TERIMA KASIH!!



Wednesday, June 17, 2009

ToiFc dan AF6 Frenz melawat AC MIZAL

Semalam, kami dari ToiFc dan rakan-rakan AF6 iaitu Toi, Naim dan Feisal 'Salaaaam' telah berkunjung ke pejabat baru Pengacara Akademi Fantasia iaitu AC Mizal. Kehadiran kami disambut dengan mesra oleh AC dan sahabat-sahabat serta staf-staf beliau. AC banyak bercerita tentang perniagaan beliau sekarang serta perancangan masa depan. Nampaknya rezeki beliau semakin kencang sekarang ini. Banyak yang kami dapat dalam sesi penerangan tentang peluang perniagaan bersama syarikatnya walaupun penerangan ringkas itu cuma memakan masa 10 minit! Aikk!!! Dah abis cerita??

Selepas sesi penerangan itu kami ditunjukkan demo-demo tertentu yang sangat mengkagumkan kami semua. Biasalah... Kalau dah namanya Si AC Mizal, pasti ada sessi bahasa "..Tuttt!" dan "tembak-menembak" bagi memeriahkan majlis dan membuat kami tak kering gusi!! Perniagaannya mudah, adil dan produknya pun berkualiti.. Mungkin siapa saja sahabat-sahabat di luar sana yg pernah join plan perniagaan lain-lain syarikat, jika dikhabarkan tentang produk, demo dan pelan auto placementnya pasti akan beralih arah. Sehinggakan sepasang Suami-isteri yang dibawa bersama oleh salah saorang kawan kita merasa kagum setelah mendapati produk dan plan pemasarannya sangat mudah lalu terus menyertai syarikat AC ini. Toi dan Feisal juga menyertainya. Naim pulak tengah kumpul duit! Dengar cerita Feisal tambah lagi satu akaun?? Harap-harap ramai lagi rakan-rakan artis akan turut menyertai mereka..

Bila perut dah lapar.. Hahaha... Kami bercadang nak pekena A&W di Kompleks Spectrum tu... Malangnya dah tutup la pulak.. Reezal 'Nemo Stylo' membawa kami ke suatu tempat perniagaan baru berdekatan situ.. pekena Mamak la nampaknya. kami bersurai kira-kira kul 1.00 pagi dengan janji semua akan nonton bersama lagi pada Opening filem terbaru 'TRANSFORMERS' di Jusco Cheras Selatan.. Kepada kawan2 yang nak join tu silalah sms,email atau call utk booking join Nonton nanti! Salam!





Saturday, June 13, 2009

GDA Felda Teloi Timur, 13 Jun 2009

Tempat: Felda Teloi Timur, 09300 Kuala Ketil, Kedah.

Gempak Desa Astro telah diadakan di Felda Teloi Timur,Kuala Ketil, bagi menghargai pengguna-pengguna astro dan menarik minat bakal2 Pelanggan barunya di bahagian utara semenanjung. Pelbagai aktivi dijalankan oleh pihak Astro antaranya ialah pertandingan karaoke, gubahan bunga dan tuala, pameran dari Modenas, bercerita bersama Ustaz Wan Astro Oasis, sukaneka dan bermesra bersama artis-artis Astro. Tidak ketinggalan acara kemuncak pada malam tersebut adalah konsert bersama artis-artis Astro. Antara artis yang turut memeriahkan majlis itu ialah Farish, Lotter af4,Obri af7, Tam Suhaimi, Zahid af2 dan tidak ketinggalan TOI AF6 .

Bermula seawal jam 9.00 pagi mereka sudah berada di tapak Gempak Desa tersebut, aktiviti pertama yg dilakukan oleh Toi dan kawan-kawannya ialah sukaneka bersama kanak-kanak disana. Toi kelihatan tidak kekok untuk melayan anak-anak di sana. Toi juga menghadiri majlis kenduri kahwin yg kebetulan diadakan pada hari yang sama. Berpeluanglah Toi untuk makan gulai kawah asli dari Kedah hari tu.

Selepas itu Toi dan kawan dibawa untuk makan bersama pelatih-pelatih Pusat Latihan Dalam Komuniti(PDK) Kuala Ketil. Dalam majlis makan ini selali lagi Toi memperlihatkan sikap sangat ramah dan mesranya bersama anak2 OKU. Toi begitu senang melayan mereka. Selepas jamuan makan mereka pulang ke hotel untuk berehat sebelum menjalankan aktiviti seterusnya.

Pada jam 5 ptg Toi bersama artis2 yg lain sekali lagi berada di sana untuk bersama penduduk felda. Memang meriah dan mendapat sambutan yang hangat.Kali ini semua yg datang berpeluang untuk beramah mesra dan bergambar bersama Toi dan yg lain.

Dan seterusnya acara kemuncak yg ditunggu-tunggu iaitu konsert. Persembahan mereka pada malam itu sangat meriah dan dihebatkan lagi dengan ribuan penduduk Felda yang datang memenuhi padang awam Felda Teloi Timur. Konsert itu bermula pada jam 9 malam.

Pelbagai lagu dinyanyikan oleh mereka dan diselitkan dengan lawak dan aksi spontan dari mereka berenam. Antara lagu yang dinyanyikan mereka adalah seperti I'm Yours, Hayalan, Lauk Ku Cukup Masin oleh Toi, Gadis Melayu dan berbelas lagu lain. Dalam konsert ni jugak Toi menunjukkan bakatnya bermain gitar sehingga terputus tali gitar dibuatnya. Konsert ini adalah yang paling hebat yg pernah diadakan di Felda Teloi Timur dan terhebat diantara konsert2 GDA yg mereka adakan. Ini membuktikan penduduk Felda Teloi Timur mengikuti perjalanan artis2 astro termasuk TOI.

(antara gambar kenangan Toi dan peminat di Felda Teloi Timur dibawah)













Terima kasih yang tidak terhingga buat Bro Rafi Rodzi, Felda Teloi Timur yang menghantar sumbangan gambar-gambar dan Laporan aktiviti Toi di GDA, Teloi Timur.

Saturday, June 6, 2009

Wednesday, June 3, 2009

10 Terbakar - Lokasi (Laporan Akhir)



Sebahagian gambar-gambar di lokasi.


Shooting dan 'Makan Time' di sebuah restoran berhadapan Balai Polis Ampang.



- Antara para pelakon dan krew drama seram '10 TERBAKAR' -

Kelab Pop


- spare -

Rakaman Pondok Pondok

- spare -