Persembahan Toi Angklung di Concorde Hotel, Kuala Lumpur siang tadi mendapat sambutan begitu meriah dari masyarakat kaum Cina dan para pelancong asing yang berada di lokasi itu. Ramai yang tertarik dengan peralatan yang Toi gunakan tetapi tidak pernah mengetahui lebih lanjut tentangnya. Di sinilah kami membantu menjadi jurubahasa atau pemberi info tentang setiap pertanyaan mereka.
Persembahan Toi bermula di sana pada pukul 11.00pagi dan beliau dibantu dalam urusan pemasangan perkakasan angklung oleh sahabat dari JB iaitu Brother Max yang kini bermain bagi pihak ANJUNG WARISAN menggantikan tempat yang ditinggalkan oleh Toi di sana. Kebetulan pula Max sedang bercuti di sini, kalau tidak susah juga kerana Toi didapati kurang sihat untuk mengangkat barangan yang berat akibat terseliuh tempohari. Diberitakan pinggang Toi turut tercedera. Bagaimanapun beliau telahpun berjumpa doktor semalam dan masih menunggu keputusan sejauh mana kecederaannya itu. Kita doakan semoga Toi tidak mengalami sesuatu yang serius dan boleh bermain angklung atau menyanyi seperti biasa semula!!
Toi memainkan 7 lagu semuanya. 3 buah lagu semasa di Hotel Lobby dan 4 buah lagu lagi dimainkan di Chineese Restaurant dalam Hotel Concorde itu. Persembahan Toi tamat sekitar pukul 2.00 petang dan kemudian kami dijamu dengan buffet sebagai pelengkap aktiviti hari ini.
Tuesday, January 27, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)