Toi 'The Bamboo Shaker'

The third runner-up of Astro’s Akademi Fantasia season six, Khairul Nizam Baharom or Toi, is not just a singer. He is also a multi-talented performer and musician who won 2 Gold Medals in the World Championship of Performing Arts in Hollywood in 2005 for playing the Angklung.

Toi has been playing the scintillating traditional bamboo musical instrument for 13 years and the guitar for 11 years. Singing and dancing are in his blood, especially traditional dances such as zapin and joget. Besides performing in Hollywood, Toi has also played the angklung in Denmark, Dubai and Jakarta.

Nowadays, he is a favourite choice when it comes to cultural performances overseas to help promote the country.

*Credit to nst.com.my

Tuesday, May 27, 2008

'KETAGIH'

KeLaB PeMiNaT ToI ini pada mulanya dinamakan 'KETAGIH'- (Kelab Peminat Toi Gigih)

Kelab Peminat Toi ini ditubuhkan oleh user forum CARI.COM semasa AF6 sedang hangat berlangsung.

Konsert 8 Akademi Fantasia 6
yang berlangsung pada 10 Mei 2008 telah menyaksikan kebangkitan salah seorang pelajar yg selama ini dianggap 'underdog' oleh sekalian penonton-penonton rancangan realiti TV paling popular di negara ini. Dan pelajar itu ialah TOI atau nama sebenar beliau KHAIRUL NIZAM BIN BAHAROM.

Toi, bapa kepada 2 orang anak, yg juga Pemain Angklung Terbaik Dunia itu telah menimbulkan ketidakpuasan hati kalangan seluruh komuniti peminat AF6 kerana 'kekebalan' beliau setiap minggu akibat persembahan yang tidak berapa menonjol.

Beliau sering menerima kritikan yang sangat pedas dari Tuan Pengetua setiap minggu. Namun, beliau berjaya menyembunyikan kesedihannya setiap kali muncul di dalam Diari AF6. Lebih menyedihkan lagi, hingga ke saat ini(10 Mei 2008), tiada kelab peminat yang ditubuhkan untuk menyokong penglibatan Toi dlm rancangan AF6 ini. Malam tadi telah menyaksikan anjakan paradigma oleh pelajar yg kerap dipandang rendah ini, Mempersembahkan lagu yang dianggap kurang popular, KASIH BERDUKA nyanyian asal allahyarham M. Osman, Toi berjaya menjadikan persembahan beliau sangat menarik dan menghiburkan. Persembahan beliau telah mengundang komen-komen positif dari ketiga-tiga pengkritik pada malam itu, lantas membuang persepsi bahawa Toi tidak akan berjaya di dalam pertandingan ini..

Ketabahan, kegigihan, kejujuran terhadap teman-teman, kesetiaan sahabat-sahabat, para pengundi, doa seorang isteri dan kuasa Allah yang maha Esa, akhirnya mampu meletakkan beliau terus gagah dalam kelompok ELIT. Beliau juga dikatakan hampir-hampir mengeluarkan 'nama-nama hebat' AF6 lebih awal dari yang sepatutnya. Apapun.. Tahniah buat anda semua yang terbabit dalam setiap detik dan ketika yang berlaku sepanjang AF6 berlangsung. Bagi Toi, jasa kalian tidak mudah dilupai, SELAGI HAYAT DIKANDUNG BADAN.. Insya Allah.

*Sebahagian rencana ini adalah hasil penulisan founder KETAGIH (Kelab Peminat Toi Gigih) iaitu Beta Carotene dan saya mengolah semula bagi menambahkan infonya.