Toi 'The Bamboo Shaker'

The third runner-up of Astro’s Akademi Fantasia season six, Khairul Nizam Baharom or Toi, is not just a singer. He is also a multi-talented performer and musician who won 2 Gold Medals in the World Championship of Performing Arts in Hollywood in 2005 for playing the Angklung.

Toi has been playing the scintillating traditional bamboo musical instrument for 13 years and the guitar for 11 years. Singing and dancing are in his blood, especially traditional dances such as zapin and joget. Besides performing in Hollywood, Toi has also played the angklung in Denmark, Dubai and Jakarta.

Nowadays, he is a favourite choice when it comes to cultural performances overseas to help promote the country.

*Credit to nst.com.my

Saturday, November 12, 2011

Toi antara finalis pertandingan Cipta Lagu Malaysia Ambank 2011




Toi dalam program bual bicara Selamat Pagi Malaysia secara langsung di RTM1, 12.11.2011, 8am.

"11.11.11" cantik tarikh ni kan!!! dan juga amat bermakna kpd Toi, kerana pada tarikh inilah lagu ciptaan beliau bertajuk Lali Lala telah terpilih sebagai salah satu lagu yang akan dipertandingkan di pentas akhir pertandingan Cipta Lagu Malaysia Ambank 2011. Tepat pada jam 9.00mlm di Dewan P.Ramlee, Toi bersaing dengan 20 orang peserta untuk merebut peluang ke pentas akhir, dan alhamdulillah beliau telah disenaraikan ke final bersama 7 lagi peserta yang lain. Lagu Lali Lala adalah single pertama ciptaan beliau selepas selesai program Akademi Fantasia 6. Semoga bulan akhir tahun 2011 ini memberi kejayaan kepada Toi Jangan lupa saksikan Toi beraksi di pentas akhir pada 11.12.2011, RTM2, pukul 9mlm.GOOD LUCK TOI....

Monday, November 7, 2011

Toi @ Cipta Lagu Malaysia Ambank

Artikel diambil dari Utusan online, Oktober 28, 2011
Tajuk: Siapa juara Cipta Lagu Malaysia Ambank?

Oleh MUHAMMAD SYAFIQ ROOS ANNUAR
Gambar AZRUL EDHAM MOHD AMINUDDIN


Antara peserta dan juga tulang belakang pertandingan Cipta Lagu Malaysia Ambank yang hadir di Angkasapuri, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

KEGIGIHAN pihak RTM dalam melahirkan penggiat-penggiat seni yang berkualiti dan mampu menyinar di peringkat antarabangsa tidak pernah padam.

Sejajar dengan cita-cita tersebut, RTM tampil bersama penaja, Ambank, menganjurkan Pertandingan Cipta Lagu Malaysia Ambank.

Menawarkan hadiah wang tunai RM40,000 kepada juaranya, pertandingan ini dilihat sebagai salah satu platform bagi mencungkil bakat baru.

Menurut Pengarah Program TV, Suhaimi Jamalim, pertandingan yang turut mendapat kerjasama Koperasi Industri Muzik Malaysia Berhad (Kopstar) dan Erama TV bertujuan memberi galakan kepada penghasilan lagu berkualiti.

"Dengan adanya pertandingan seperti ini, banyak karya menarik dan kreatif dapat dicipta dan dikumpul untuk membantu mengembangkan seni muzik tanah air.

"Selain itu, muzik yang bersifat sejagat ini dilihat boleh difahami oleh semua manusia.

"Jadi, saya yakin hasil daripada pertandingan ini nanti dapat diterima ramai," katanya pada sidang akhbar pertandingan itu di Angkasapuri, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Sementara itu, Pemimpin Orkestra RTM, Mohd. Asnawi Mutaal memberitahu, pertandingan bertemakan Muzik Bahasa Dunia berjaya menarik lebih 3,000 peserta menghadiri uji bakat yang telah diadakan di seluruh negara sejak Jun lalu.

Menurut beliau, setiap peserta dinilai oleh individu yang berpengalaman dan mahir dalam bidang penciptaan lagu berdasarkan melodi, susunan lagu dan juga lirik yang dipersembahkan.

"Memandangkan setiap peserta diberi kebebasan di dalam pemilihan rentak lagu, kami memilih juri yang betul-betul berpengalaman untuk menilai setiap peserta yang layak.

"Malah pihak kami juga turut berbincang bersama Kopstar selaku rakan penjurian untuk proses pemilihan peserta.

"Kini, hanya tinggal 20 peserta yang akan bertanding bagi melayakkan diri ke peringkat akhir," katanya.

Beliau berkata, daripada 20 peserta, mereka akan memilih lapan orang sahaja yang akan mencuba nasib di final Pertandingan Cipta Lagu Malaysia Ambank yang akan disiarkan secara langsung di TV2 pada pukul 9 malam, 11 Disember nanti.

Selain hadiah wang tunai RM40,000 untuk juara, naib juara bakal membawa pulang wang tunai berjumlah RM25,000, trofi dan sijil.

Manakala pemenang di tempat ketiga akan membawa pulang hadiah wang tunai RM15,000, trofi dan sijil.

Sebagai saguhati kepada peserta yang melayakkan diri ke peringkat akhir, lima peserta akan menerima saguhati RM4,000 setiap seorang.

Hadir sama pada majlis itu, Ketua Hal Ehwal Awam Kumpulan Ambank, Syed Anuar Syed Ali, Pengerusi MACP & Kopstar, Habsah Hassan dan Ketua Pegawai Operasi Erama TV, Shukor Ahmad.

Mereka yang hadir turut dihiburkan dengan persembahan lagu yang bertanding daripada Lufya yang menyampaikan lagu ciptaannya, Kawan Ku, Nabil Zamanhuri (Satu Malaysia Satu Jiwa), Boboi (Segala Hanya), Toi (Lali Lala) dan lagu Tamil, Lets Our Hands Merged ciptaan D. Vijayanathan.