Toi 'The Bamboo Shaker'

The third runner-up of Astro’s Akademi Fantasia season six, Khairul Nizam Baharom or Toi, is not just a singer. He is also a multi-talented performer and musician who won 2 Gold Medals in the World Championship of Performing Arts in Hollywood in 2005 for playing the Angklung.

Toi has been playing the scintillating traditional bamboo musical instrument for 13 years and the guitar for 11 years. Singing and dancing are in his blood, especially traditional dances such as zapin and joget. Besides performing in Hollywood, Toi has also played the angklung in Denmark, Dubai and Jakarta.

Nowadays, he is a favourite choice when it comes to cultural performances overseas to help promote the country.

*Credit to nst.com.my

Thursday, April 29, 2010

Toi @ URTV Edisi 768, 1-15 Mei 2010

Oleh : Shana Ahmad
Tajuk : Toi diraikan TFC
Majalah : URTV Edisi 768
Tarikh : 1-15 Mei 2010
Muka surat : 44 - 45


Finalis akhir AF6, Khairul Nizam Baharom atau Toi diraikan sempena usia baru 33 tahun pada 31 Mac lalu. Majlis itu dirancang tanpa pengetahuan Toi. Ia dilakukan oleh isteri kesayangannya, Suzana Abu Bakar, 33 bersama-sama Toi Fan Club yang diadakan di Rafflesia Coffee House, Hotel Midah, Kuala Lumpur.

"Isteri saya betul-betul buat majlis surprise ni dengan kemas sekali. Tarikh 31 Mac tu asalnya saya merancang nak balik ke Johor nak ziarah emak. Bagaimanapun, isteri cakap saya kena balik semula ke KL hari yang sama. Dia kata saya ada urusan kerja di Hotel Midah. Dia berpakat dengan Nubhan mengatakan ada orang nak ajak saya meeting angklung. Selain masih menyanyi dan berlakon, cinta saya terhadap muzik angklung masih tebal.

"Saya ke sana awal. Pukul 7.30 dah sampai. Tapi masa nak melangkah masuk tu, hati berasa lain macam. Saya bertanya isteri, betul ke ada meeting atau ada sesiapa rancang nak buat birthday party tapi isteri saya berlakon cakap tak ada apa-apa partylah. Tapi bila masuk saja ke bilik. Tak sangka akan begini!

"Saya nak ucapkan terima kasih kepada Toi FC dan isteri yang ingat dan sayangkan saya." katanya terharu.

Banyak dapat hadiah? Apa hadiah isteri?

"Banyak juga. Isteri beri saya jam tangan. Jenama dan harganya.. tak usahkah ditulis! Rahsia. Yang penting, usia ini buat saya sedar tanggungjawab saya semakin besar," tambah Toi.

Toi mengatakan dia tak akan abaikan tugas bukan sebagai suami tetapi ayah kepada dua anak lelakinya, Muhammad Ardabilie, (5) dan Muhammad Armanryan, (2). Katanya, dia belum mahu menambah anak lagi dalam masa terdekat.

"Saya dan isteri merancang nak besarkan Ardabilie dan Armanryan dulu. Bagi mereka berdua perhatian dan kasih sayang secukupnya barulah fikir nak tambah anak baru.
"Membesarkan anak pada zaman sekarang ni bukannya mudah. Selain persiapan diri, soal kewangan tu kena difikirkan. Saya tak kisah tak beranak ramai asalkan kuantiti yang sikit ni mampu saya besarkan dengan penuh kualiti. Tapi, ini cuma perancangan saya dan isteri. Kalau Tuhan dah takdirkan dalam masa terdekat ni kami dapat anak baru, kami tetap menerimanya dengan gembira," katanya yang kini gembira isteri dan anak-anaknya sudah menetap di Kuala Lumpur.

Kumpulan Hyper Act.

Toi mengakui dia kini menyertai kumpulan Hyper Act.

"Anggota kumpulan ini berasal dari Johor Bahru. Nama band baru saja diberi dan antara anggotanya ialah Ronnie yang pernah bersama kumpulan Sunday dan Slam dulu. Dia jadi vokalis utama. Saya pula vokalis kedua dan main gitar bass. Selain tu, ada Akir dari kumpulan Coda dan beberapa anggota lain.

"Saya baru siapkan rakaman lagu single dengan kumpulan ni bertajuk Ku Tiba Lagi. Selain tu, single saya secara solo berjudul Catatan Rindu juga kini dalam proses dan akan muncul tak lama lagi," ujarnya.

Apa komen orang kata Toi kurang publisiti berbanding semasa AF6 dulu.

"Saya mengaku dari segi publisiti dan populariti, memang dah agak kurang tapi saya bersyukur masih ada rezeki. Tawaran menyanyi dan berlakon masih sama seperti dua tahun lalu. Malah, sesekali saya tetap dapat peluang buat persembahan angklung di hotel-hotel. Kiranya makan minum untuk anak isteri tak pernah tak ada.
"Cuma saya sedih bila saya hantar lagu kat radio, tak dimainkan. Bila tak dimainkan macam mana orang nak kenal lagu-lagu saya. Macam tahun lepas, saya hantar single ciptaan saya, Lalilala tapi memang tak dimainkan di radio sedangkan di internet, ramai memberikan reaksi positif terhadap lagu tu," tambahnya.

Apa komen Toi tentang AF8?

"Saya ikut juga dan yakin Adira boleh pergi jauh. Tapi saya rasa AF kurang dapat sambutan. Patutnya, AF direhatkan dalam setahun dua...biar orang ternanti-nanti dan masa itulah dimunculkan kembali.

"Saya tak nampak kekurangan AF musim ni tapi sambutan penonton agak cool. Jadi, adalah yang dah bosan dan sebab tu kena stop sekejap sebelum diadakan semula," katanya.

Toi @ Plaza Angsana JB, 8-9 Mei 2010

Kredit to Gempak Astro FacebookKali ini Toi kembali ke kampung halamannya untuk menyertai program Gempak Selebriti Astro di Plaza Angsana Johor Bahru pada 8 dan 9 Mei 2010.