Toi 'The Bamboo Shaker'

The third runner-up of Astro’s Akademi Fantasia season six, Khairul Nizam Baharom or Toi, is not just a singer. He is also a multi-talented performer and musician who won 2 Gold Medals in the World Championship of Performing Arts in Hollywood in 2005 for playing the Angklung.

Toi has been playing the scintillating traditional bamboo musical instrument for 13 years and the guitar for 11 years. Singing and dancing are in his blood, especially traditional dances such as zapin and joget. Besides performing in Hollywood, Toi has also played the angklung in Denmark, Dubai and Jakarta.

Nowadays, he is a favourite choice when it comes to cultural performances overseas to help promote the country.

*Credit to nst.com.my

Wednesday, December 17, 2008

"Gathering Ye, Ye, Ahh!!" bersama Toi - JB


Sebahagian Ahli yang masih berada di lokasi, sempat bergambar ramai.



Majlis ini berlangsung pada 5hb Disember yang lalu bertempat di Rumah Limas, Danga Bay, Johor Baharu. Bandaraya ini dijadikan lokasi pilihan kerana di sinilah bermulanya karier Toi sebagai insan seni.

Seramai lebih kurang 70 orang ahli toifc.com dan para jemputan telah hadir bagi memeriahkan majlis tersebut. Sedikit perubahan saat akhir telah berlaku di mana, pada mulanya lokasi dipilih adalah Taman Rekreasi Hutan Bandar, Namun atas sesuatu sebab, lokasi lebih baik dan selesa seperti Rumah Limas ini telah mendapat tempat di hati pihak pengurusan Toifc.



Pelbagai pihak turut terbabit menjayakan aktiviti ini, antaranya ialah Pasaraya TESCO, Restoran makanan segera Mc Donald cawangan Bandar Sri Alam di Masai, Izzi Restaurant, SM Masai Studio, Pengurusan Rumah Limas,Etiqa Insurance dan org perseorangan.

Majlis ini begitu meriah sekali dan berlangsung dalam suasana kekeluargaan walaupun ini merupakan pertama kali ahli-ahli dan pihak pengurusan bertemu muka. Aktiviti di Rumah Limas ini dipenuhi dengan nyanyian dari Toi dan rakan MC beliau En. Mayong. Beberapa orang ahli juga tidak melepaskan peluang menonjolkan bakat sama ada berduet dgn Toi atau secara solo.

Selain itu diadakan juga cabutan bertuah yang diselang-selikan dengan games tertentu misalnya KOTAK BERACUN, lakonan sketsa dan Teka Jawapan yang nyata menghidupkan suasana majlis dengan gelak ketawa ahli-ahli dan para jemputan.

Rata-rata ahli dan tetamu yang datang menyatakan kepuasan dan keseronokkan yang mereka alami dipertemuan itu. Majlis di Rumah Limas ini bermula pada pukul 3.00 petang dan berakhir pada kira-kira pukul 6.30 petang.






















Pada malamnya, Ahli-ahli toifc dari Kuala Lumpur yang menyewa di hotel berdekatan dibawa pula bersiar-siar sekitar bandar Johor Baharu termasuk tempat Toi bekerja dahulu iaitu di Anjung Warisan. Kehadiran Toi di sana mengejutkan para pengunjung hingga ada yang mengambil kesempatan itu dengan bergambar atau membuat permintaan lagu Selamat hari jadi dari Alunan Angklung oleh Toi!





Aktiviti pada keesokkan harinya pula adalah lebih meriah lagi kerana ahli-ahli TOIFC dari KL dan Jb ini ditemukan semula di Daiman Bowl, JB untuk sesi pemilihan peserta yang akan menyertai salah satu pertandingan Boling artis Akedemi Fantasia yang lain pada 25hb Disember ini di Summit USJ.



Pada malamnya, kesemua mereka bertemu lagi di Festive Street Mall, untuk sesi lawatan mengejut Toi dan berbasikal mengelilingi Danga Bay. kehadiran Toi di sana menggembirakan ramai pengunjung. Walaupun kesuntukan masa untuk aktiviti lainnya, namun beliau tidak menghampakan para pengunjung Danga Bay itu untuk sesi bergambar dan beramah mesra. Satu kejutan telah dibuat apabila tiba-tiba munculnya Kek Harijadi untuk salah saorang peminat dari Kuala Lumpur sewaktu singgah minum di Cowboy Cafe. Aktiviti Berbasikal sekeliling Danga Bay juga sungguh menyeronokkan para peminatnya sambil menikmati indahnya kerdipan dan kilauan cahaya lampu-lampu sekeliling Danga Bay.

















Setelah penat berkayuh, kesemua mereka dibawa ke lokasi terakhir iaitu di Dataran Bandaraya bagi menikmati hidangan Steamboat atau lebih dikenali sebagai 'cocok-cocok' di kalangan ahli-ahli Toifc. Aktiviti ini turut disertai Suzana isteri kesayangan Toi. Setelah menikmati hidangan yang menyelerakan itu satu sesi suaikenal dan bertukar-tukar fikiran dijalankan. Hampir kesemua mereka menyatakan keseronokan dan kegembiraan mendapat kenalan baru dan mereka merasakan hubungan itu lebih ikhlas dan kuat seolah-olah suatu hubungan adik beradik.





Walaupun keletihan dengan aktiviti yang amat padat hingga ada yang tertidur di meja makan, namun keceriaan terserlah di wajah masing-masing. Ketika melangkah hendak pulang ada yang melemparkan riak muka kurang puas pada pertemuan sesingkat ini dan siapa tahu mungkin ada yang 'sedih' hendak berpisah..

Sumber:
Camar,
http://toifc.com

Wednesday, November 19, 2008

Gathering Toi Fc di JB


ToiFC akan mengadakan Gathering yg pertamanya bertempat di HUTAN BANDAR, LARKIN,JOHOR BAHARU.

Tarikh: 5hb. Disember (bersamaan hari Jumaat)

Masa: 3.00petang.

Bayaran: RM50 seorang(Dewasa). Kanak-kanak(rm30), Anak kecil(Percuma)

Pelbagai aktiviti telah diatur. Bermacam-macam hadiah bakal anda bawa pulang dan Tetamu Jemputan,kemungkinan besar adalah kawan-kawan dari Akedemi Fantasia.

Pada malamnya pula; kepada kawan-kawan yang tidak pulang terus dan ada menyewa hotel atau sebarang rumah tumpangan, kalian telah dijanjikan akan dibawa bersiar-siar sekitar bandar JB. Lokasi menarik yang kemungkinan besar akan dituju adalah Anjung Warisan dan lain-lain lagi.

Keterangan Lanjut: Sila hubungi: Soigne: 012-775 7721


CEPAT! JANGAN KETINGGALAN!! TEMPAT ADALAH TERHAD!!

Friday, November 14, 2008

Mengapa - GEMPITA

Mengapa Toi boleh kekal di Tangga 4 ke TERATAS? Ini jawapannya.

Tanpa kita menyedari, di sana sini begitu ramai sebenarnya orang yang menyokong Bapa beranak dua ini dalam memperjuangkan nasibnya di AF6. Mereka-mereka ini, termasuk saya sendiri adalah asalnya para pengundi senyap yang tak ada tempat berbincang mengenai TOI di AF6. Setelah Toi membuat kejutan dan undian 'kita' berjaya meletakkan Toi di ranking teratas dgn lagu KAU YG BERNAMA SERI. Barulah Orang ramai tercari2 di segala search engin yg ada mengenai persembahan Toi itu. Maka masing2 telah terjumpa sebuah topik perbincangan oleh peminat2 Toi di forum CARI. Di sinilah bermulanya penyatuan mereka dalam menubuhkan kelab peminat toi yang gigih. Mereka namakan kelab tu KETAGIH-Kelab Peminat Toi Gigih (Merujuk kepada sikap Toi yg gigih dalam mengharungi AF6 dan Peminat2 yg gigih menaikkan ranking Toi dan menentang sebarang anasir kuran elok oleh 'musuh2').

Pada awal penubuhannya ada sebuah kelab lagi yg anti kpd Toi(KANTOI) dan sering mencerca dan menganggu thread KETAGIH, tetapi kerana Para peminat Toi di KETAGIH adalah berpribadi mulia seperti Toi juga, mereka melayan segala karenah 'musuh' dengan se 'COOL' yang boleh! Hingga ramai antara mereka yang anti Toi akhirnya masuk menjadi ahli. Antara faktor2 yg menyebabkan ini berlaku ialah kerana:

- Toi berjaya mempersembahkan Yang TERBAIK!!

- Para Peminatnya pulak semua cool-cool belaka

- Mereka di KANTOI (kelab anti Toi) nampak ada agenda ASTRO yg 'tidak elok' so, mereka beralih arah lalu meyokong Toi

- Mereka menyedari perjuangan mereka membenci Toi adalah sia-sia!

Ketika Toi berada di Konsert akhir, para peminat ini mula menukar nama kepada GEMPITA kerana tidak mahu Toi merasa malu dengan nama peminatnya yg 'KETAGIH'. Mana tau kalau2 Toi nak jumpa mereka nanti.. Nak sebut nama KETAGIHpun malu

GEMPITA di sini di Maksudkan:

-GELOMBANG PEMINAT TOI ANTARABANGSA-

Gelombang-
Para-peminat Toi yang hadir secara tiba2 dgn ramainya serta Toi sendiri yg mengalunkan gelombang (ombak besar yg boleh menumbangkan peserta lain) dalam Akedemi!

Antarabangsa-
Para peminat Toi bukan setakat di Malaysia.. Mereka yg masuk menyokong Toi Ada yang dari US, UK dan lain2 tempat. Sementara Toi pula Tidak dapat dinafikan lagi memang International level punya musician. Semua orangpun tau kenyataan itu!

GEMPITA- Siapakah Mereka?

Sehingga nota ini ditulis, inilah senarai ahli2 yang berdaftar dengan Kelab GEMPITA:-

001 : beta_carotene (Founder)
002 : jon_jawa
003 : tipah
004 : shuffeak
005 : artgeex
007 : engenius
008 : harisbee (presiden)
009 : myralupilato
010 : aku_sesuatu
012 : putri22
013 : Ax
014 : one_piece
015 : katabatik
016 : odagiri
017 : mata_bulat
018 : kepoci
019 : obi_dean
020 : suka2
021 : farah_fanz
022 : freekey
023 : nidzrain
024 : kazuyamapi92
025 : posh76
026 : shan3w3stgalz
027 : hang19
028 : bayieng
029 : m8
030 : tomatomam2222
031 : batunilam4a
032 : zehra2
033 : nakaltitude
034 : romiflizz
035 : cikjun_85
036 : jagung_manis
037 : myrih
038 : yna@arabella
039 : hunt_fear
040 : vivirp_25
041 : sarahriz
042 : rabun
043 : Atokskay
044 : noriz
045 : klipklip
046 : sha_n
047 : anak_jati007
048 : mek_ja
049 : syd
050 : cikgu_murni
051 : Shiela
052 : dark_angel90
053 : mad_sagna
054 : WeeseRitherspun
055 : jongkongemas

Namun, apabila AF6 tamat, mereka masing-masing membawa haluan. Begitulah ikhlasnya sokongan mereka terhadap Toi!! Tidak pernah mereka ini meminta Toi menghargainya. Wang dan keringat yang mereka laburkan bagi membantu Toi berada dipuncak bukanlah sedikit. Mereka tidak kisah itu semua. Bagi mereka (mungkin) membantu Toi samalah seperti perjuangan mereka telah berjaya memberikan hak yang sepatutnya Toi dapat!!

Terharu atas sikap pengundi2 yang ikhlas dan jujur itu, lalu aku usahakan supaya mereka ini diingat oleh Toi, walaupun sehingga ini tiada seorangpun yang pernah menjawab pelawaan dariku untuk menyertai http://toifc.com

Tak apalah, keikhlasan kawan-kawan semua tetap kami ingati. Keindahan masalalu sewaktu dipertengahan musim AF6 sungguh sukar dilupakan. Tiap hari kita bertemu di ruangan forum cari.com bergurau senda dan bertegur sapa.. 'BERPERANG' dengan masyarakat anti Toi Termasuk 'blogger-blogger hebat' yang rajin masuk sekali sekala utk menghentam Toi dari sudut Peribadi kerana dari segi persembahan Toi tenyata telah meningkat. Kepada kalian semua yg pernah mengalunkan Gelombang Peminat Toi Antarabangsa.. Terima kasih dan Syabas kerana usaha kalian yang lalu. TOI SENTIASA INGIN MENGENALI KALIAN WALAUPUN KALIAN MASIH MEMBISU..

Tuesday, May 27, 2008

'KETAGIH'

KeLaB PeMiNaT ToI ini pada mulanya dinamakan 'KETAGIH'- (Kelab Peminat Toi Gigih)

Kelab Peminat Toi ini ditubuhkan oleh user forum CARI.COM semasa AF6 sedang hangat berlangsung.

Konsert 8 Akademi Fantasia 6
yang berlangsung pada 10 Mei 2008 telah menyaksikan kebangkitan salah seorang pelajar yg selama ini dianggap 'underdog' oleh sekalian penonton-penonton rancangan realiti TV paling popular di negara ini. Dan pelajar itu ialah TOI atau nama sebenar beliau KHAIRUL NIZAM BIN BAHAROM.

Toi, bapa kepada 2 orang anak, yg juga Pemain Angklung Terbaik Dunia itu telah menimbulkan ketidakpuasan hati kalangan seluruh komuniti peminat AF6 kerana 'kekebalan' beliau setiap minggu akibat persembahan yang tidak berapa menonjol.

Beliau sering menerima kritikan yang sangat pedas dari Tuan Pengetua setiap minggu. Namun, beliau berjaya menyembunyikan kesedihannya setiap kali muncul di dalam Diari AF6. Lebih menyedihkan lagi, hingga ke saat ini(10 Mei 2008), tiada kelab peminat yang ditubuhkan untuk menyokong penglibatan Toi dlm rancangan AF6 ini. Malam tadi telah menyaksikan anjakan paradigma oleh pelajar yg kerap dipandang rendah ini, Mempersembahkan lagu yang dianggap kurang popular, KASIH BERDUKA nyanyian asal allahyarham M. Osman, Toi berjaya menjadikan persembahan beliau sangat menarik dan menghiburkan. Persembahan beliau telah mengundang komen-komen positif dari ketiga-tiga pengkritik pada malam itu, lantas membuang persepsi bahawa Toi tidak akan berjaya di dalam pertandingan ini..

Ketabahan, kegigihan, kejujuran terhadap teman-teman, kesetiaan sahabat-sahabat, para pengundi, doa seorang isteri dan kuasa Allah yang maha Esa, akhirnya mampu meletakkan beliau terus gagah dalam kelompok ELIT. Beliau juga dikatakan hampir-hampir mengeluarkan 'nama-nama hebat' AF6 lebih awal dari yang sepatutnya. Apapun.. Tahniah buat anda semua yang terbabit dalam setiap detik dan ketika yang berlaku sepanjang AF6 berlangsung. Bagi Toi, jasa kalian tidak mudah dilupai, SELAGI HAYAT DIKANDUNG BADAN.. Insya Allah.

*Sebahagian rencana ini adalah hasil penulisan founder KETAGIH (Kelab Peminat Toi Gigih) iaitu Beta Carotene dan saya mengolah semula bagi menambahkan infonya.