Thursday, February 19, 2009
Toi di Jusco Cheras Selatan - Movie Upin & Ipin
Semalam adalah hari bersantai bersama rakan-rakan ToiFC bagi menonton filem animasi buatan Malaysia yang mendapat sambutan hebat ketika ini. 5 bintang untuk filem Upin dan Ipin ni, walau bagaimanapun jalan ceritanya yang membabitkan dunia khayalan ular Tedung saiz 50 meter panjang dengan Lintah sebesar Dugong tu rasanya tak perlu adapun. Cukup dengan watak jahat Pak Mail, "Silly"(hehehe) dan Singh itupun dah cukup kuat!
Keseluruhannya filem itu cukup menghiburkan. Kualiti animasi juga boleh tahan. Tak guna jugak kalo kualiti 3d canggih tapi cerita tak ada kekuatan macam filem IGOR. Syabas kepada sesiapa juga tenaga produksi filem ini dan juga buat MOSTI yang mewaklili kerajaan Malaysia. Semoga lepas ini lebih banyak lagi keluaran sebegini akan muncul dan biarlah ianya berlatar belakangkan kehidupan dan norma hidup masyarakat Melayu dan Malaysia. Selain memberi Ranking yang tinggi untuk filem ini.. Dinilai dari penerimaan masyarakat di panggung-panggung, adalah tidak mustahil kalau kami di sini menjangkakan kutipan boleh mencecah rm8 Juta!! Dengan Syarat.... Pastikan penjawat awam yg bertanggung jawab memantau cetak rompak tidak alpa atau bersekongkol dalam industri cetak rompak tersebut!!
Kehadiran semalam adalah 11 orang, walaupun sebelum tu kita dah booking tiket sebanyak 18 keping sebagai awasan takut ada pulak yang tiba-tiba masuk dalam list.Sebenarnya kita sedia terima bukan FC juga join..tapi nak menjemput tu tidak laa.. Kalau nak join PM aja la sesiapa antara kami-kami ni yg rajin online. Tak mau la nanti ada yang kata kita curik members FC dia. Dengan ToiFC ni lain, kita tak pinggirkan sesiapapun. Malah Biasanya orang bukan members pulak lagi diraikan. Yang penting jangan la Sombong Bodoh atau Ego harapkan kami pulak yang sibuk mencari.
Artis kami bukan hak sesiapa.. Dia adalah dirinya, ikut suka dia je.. Kami tak kisah. Siapa yang dah kenal dia tentu akan teringat-ingat kemesraannya, dan menyesal mengutuk-ngutuk Toi seperti di awal kemasukannya dalam AF6 dulu. Dia sering di hina dan dikatakan PLASTIK depan Cik Kutip.. Tapi itulah realitinya.. Memang watak dia begitu kat luar ni pun!! Bukan cik kutip jer dia akan layan.. Kumbang, Ayam dan Lipanpun dia akan layan bercakap.. Sebab dia penyayang, walaupun serangga itu menakutkannya!! Pernah terdengar Toi bercakap dengan serangga seperti Lipan (suara seperti memujuk), "Ee.. Kau pegi la main jauh-jauh..!! Jangan la pegi kat kereta aku yer!! Nanti aku terlanggo ko susah pulakk..!!" Sedangkan Nubhan yang nampak senyap aja tu... "Ko pijak aje Toi!!" Ekekeke..
Bercakap pasal Nubhan tadi terus teringat yang Nubhan dan Naim tak jadi ikut aktiviti ini. Naim ada shooting petang tu, mungkin tak sempat balik kut! Nubhan pulak tak pasti.. Betul ke ada aktiviti?
Apapun semalam rasanya semua orang seronok.. Adalah sakit hati sikit dengan sistem parking Jusco Cheras selatan yang makan duit tu! Waktu Obi bayar parking dia melantak rm4, Toi bayar parking dia lantak pulak rm9.. Lepas tu masa keluar pulak sekali lagi sistem parking diorang macam "Tuttttttt". Kereta Toi dan kereta Dalila pulak sangkut di palang!! Apasal la pulakk ni!!
Ntah camana diorang buat, akhirnya mereka berjaya menyelesaikan masalah tu dan kami berconvoy 3 kereta ke Alif Bistro. Sembang-sembang dan bincang-bincang beberapa perkara sebelum bersurai kul 1.00am.
Wednesday, February 18, 2009
Toi Sakit Tulang Belakang Macam Nubhan?
Artikel di ambil dr http://www.murai.com.my
Teks oleh Razif Rosdi
Sebelum ini, industri hiburan tanah air sedia maklum bintang Akademi Fantasia 6 (AF6), Nubhan, pernah mengidap slip disc iaitu kecederaan tulang belakang dan urat saraf. Atas sebab ini, Nubhan dinasihatkan agar tidak terlalu lasak bergerak.
Terbaru, murai.com.my menerima khabar pula seorang lagi pelajar AF6, Toi, dikhuaitiri mengidap sakit sama.
Mengesahkan berita ini, Toi yang sedang dalam proses penggambaran untuk cover lagu singlenya berkata: "Ya, setakat ini memang doktor cakap saya disyaki menghidap sakit itu. Tapi, semuanya masih kabur lagi. Ini kerana dalam surat berkenaan, doktor menulis penyakit saya ialah trauma tulang.
"Doktor menjelaskan penyakit ini berkenaan tulang yang menghadapi tekanan. Setakat ini, kaki saya masih lagi dalam keadaan baik dan saya tiada masalah untuk bergerak," jelas Toi.
Menjelaskan punca sebenar penyakit ini, Toi berkata ia mungkin berpunca daripada kecederaan.
"Awal Januari lalu, saya ada terjatuh ketika bermain streetboard. Baru sebulan saya bermain permainan itu. Kemalangan itu berlaku di kawasan rumah saya. Ketika menerima rawatan, doktor memberitahu saya sakit trauma tulang.
"Jadi doktor nasihatkan saya memgambil ubat dan kurangkan bergerak serta banyak berehat," ujar Toi.

Wednesday, February 4, 2009
Tuesday, February 3, 2009
Ewah Ewah TV3
Concorde Gong Xi Fa Cai - Toi Angklung (Samb..)
Subscribe to:
Posts (Atom)