Toi 'The Bamboo Shaker'

The third runner-up of Astro’s Akademi Fantasia season six, Khairul Nizam Baharom or Toi, is not just a singer. He is also a multi-talented performer and musician who won 2 Gold Medals in the World Championship of Performing Arts in Hollywood in 2005 for playing the Angklung.

Toi has been playing the scintillating traditional bamboo musical instrument for 13 years and the guitar for 11 years. Singing and dancing are in his blood, especially traditional dances such as zapin and joget. Besides performing in Hollywood, Toi has also played the angklung in Denmark, Dubai and Jakarta.

Nowadays, he is a favourite choice when it comes to cultural performances overseas to help promote the country.

*Credit to nst.com.my

Sunday, November 8, 2009

Toi @ Kenali Astro di PKNS Bangi

8.11.2009 (Ahad), Toi menyertai program Kenali Astro dan jadual beliau seperti berikut:

11.00am - Permainan Tom Tom Bak
11.30am - Permainan Macam-Macam Aznil
12.00pm - Persembahan Artis - Toi
02.00pm - Permainan Kelab Pop
03.00pm - Permainan Jangan Lupa Lirik
04.00pm - Persembahan Artis - Toi
05.00pm - Permainan Sepontan
08.00pm - Permainan Jangan Lupa Lirik


Lewat kami tiba di lokasi, dan Toi pun telah selesai dengan persembahan beliau, namun demikian, kami sempat juga mengambil gambar terbaru beliau untuk tatapan semua.

Toi & Hyper Act. @ The GBOB Challenge Malaysia 2009

7.11.09 (Sabtu), Toi bersama kumpulan Hyper Acts. telah menyertai pertandingan GBOB Challenge Malaysia 2009 (The Global Battle Of The Band). Lagu yang dibawakan oleh mereka pada malam itu bertajuk Shines dan Ku Tiba Lagi, dan alhamdulillah persembahan mereka pada malam tersebut telah menarik panel juri, dan terpilih untuk ke final.

Persembahan final akan diadakan seperti berikut:
Tarikh: 14.11.2009 (Sabtu)
Tempat: Titanium Super Dance Club, Phileo Damansara 2, Off Jalan Damansara, PJ (map boleh tengok di sini)
Waktu: 8 malam

Di persembahan final ini, Hyper Acts akan menyampaikan 2 buah lagu baru bertajuk Shines dan Damage Control. Good luck Hyper Act.


Credit to:acaskuncas


Credit to: flywithsoul

Sunday, November 1, 2009

Toi @ Kelab Pop, 28.10.2009


Maaf! Kualiti gambar kurang memuaskan, diambil terus dr tv.

Lucunya menyaksikan gelagat 3 sekawan Toi, Aizat dan Stanley beraksi dalam program Kelab Pop minggu ini. Nama kumpulan yang telah mereka pilih ialah "TAU". Sesuai dengan nama yang dipilih, hampir kesemua soalan yang diajukan oleh Reza kepada mereka, dapat dijawab dengan tepat.

Toi wakili kumpulan beliau untuk acara penutup iaitu, mengubah lirik spontan untuk objek misteri. Objek misteri yang telah diberikan kepada beliau ialah popia goreng. Lagu yang diputarkah oleh Reza, kalau tak silap tajuk nya "Hips Don't Lie, Shakira". Lebih kurang, beginilah lirik spontan yang keluar dari mulut beliau hahahaha...

....Popia goreng!
Ini dia popia goreng kuala Lumpur
mari kita makan popia ini .....

Dan pemenang untuk episod minggu ini ialah Kumpulan TAU dengan 42 markah berbanding kumpulan Wallawe dengan 19 markah. Tahniah Toi, Aizat dan Stanley.

Thursday, October 22, 2009

The Rockin' Toi



Dikhabarkan Toi tetap menyertai pertandingan GBOB Challenge Malaysia 2009 (The Global Battle Of The Band) seperti tahun sudah. Cuma kali ini beliau tidak lagi bersama band Wynken Delirium, finalist GBOB 2008 dari Johor Baharu tersebut. Namun Wynken Delirium juga bertanding untuk GBOB 2009 ini, sementara Toi pula akan mengaggotai sebuah band baru di mana anggotanya juga adalah teman-teman JB yang sekarang menetap di KL ( Siapakah mereka? hahaha.. ) Tidak seperti tahun lepas, kali ini Toi berkemungkinan besar akan bermain Bass Gitar (GBOB 2008, Toi bermain Gamelan).

Wahh! Dalam sibuk-sibuk terkejar-kejar ke sana kemari untuk urusan seni yang lain termasuk ke lokasi drama HALIMAH JONGGANG di Hulu Langat tu, sempat juga Toi berlatih muzik dengan band boy di studio Gombak!! Kejar semua tu Toi!! Selagi kudrat termampu!! Takde siapa nak bagi kita job kalau kita bukan jenis yang suka berusaha.. Tahniah untuk nko Toi... Bagaimanapun.. Tolong jaga kesihatan tu juga.. Kalau sakit nanti semua akan susah (Especially.... kurangkan merokok tuu!)

Semoga band baru yang Toi anggotai berjaya melepasi setiap halangan untuk berada di puncak GBOB Malaysia 2009!!

Video Final GBOB tahun lepas Wynken Delirium bersama Toi:-

Wednesday, October 21, 2009

Toi @ Hello On 2 (HOT), 21.10.2009

Toi akan muncul dalam program Hello On 2 (HOT) di saluran RTM2 pada pukul 7.30 pagi. Sesi interview ini akan turut disertai dengan persembahan 2 buah lagu iaitu lagu terbaru beliau bertajuk "La Li La La" dan "La Camisa Negra".

Tuesday, October 20, 2009

Jelajah Gempak Astro Retro 2009

Credit to: http://www.sinarharian.com.my

Bagi meneruskan kesinambungan dan inisiatif bagi mengeratkan jenama Astro di samping menawan hati para pelanggan, Astro terus gigih dalam ekspedisinya untuk terus mendekati pelanggan melalui acara promosi bergerak Gempak Astro Retro 2009 yang akan diadakan pada 17 Oktober ini bermula seawal jam 10 pagi hingga jam 10 malam bertempat di Dataran Kluang, Johor.

Ketua Pemasaran Segmen Melayu, Puan Molina Musa berkata, program Gempak Desa Astro akan menjelajahi kawasan pedalaman manakala program Gempak Selebriti pula mensasarkan kepada kumpulan pelanggan yang datang dari kawasan Bandar.

“Sebagai bonus, kami dengan berbesar hati mengembalikan acara Gempak Astro yang akan diadakan secara besar-besaran tahun ini.

“Setiap acara mempunyai sasaran yang tersendiri dalam memenangi hati pelanggan tidak kira mereka datang dari kawasan pendalaman mahupun dari kawasan Bandar. Setakat ini, Astro telah berjaya menguasai kira-kira 51peratus daripada kumpulan sasaran penonton TV dari kediaman Melayu.

Jumlah itu semakin meningkat setiap kali kami menjelajah ke lokasi-lokasi baru seluruh negara pada setiap minggu,” katanya.

Acara promosi bergerak Gempak Astro Retro 2009 yang akan diadakan pada 17 Oktober ini bakal menerima kunjungan oleh artis dan selebriti terkenal seperti Datuk Khatijah Ibrahim, Anuar Zain, Ning Baizura, Zainal Alam Kadir, Farish serta bintang-bintang Akademi Fantasia yang lain seperti Akim, Stacy, Akma, Yazer, Farah, Farhan, Idayu, Nadia, Toi, Zahid, Reza dan ramai lagi yang akan sama-sama turun padang bagi memeriahkan lagi acara.

Pelbagai aktiviti interaktif telah pun diatur khusus untuk semua ahli keluarga tidak kira kanak-kanak mahupun dewasa sepanjang hari bermula dari 10 pagi hingga 10 malam untuk karnival ini. Para pengunjung juga berpeluang untuk beramah mesra dengan barisan artis yang turut hadir sebelum menyaksikan persembahan pentas yang akan berlangsung pada sebelah malam.

Di antara aktiviti-yang telah diatur ialah pertandingan mewarna buat kanak-kanak, pertandingan pakaian beragam, pertandingan nyanyian karaoke, acara sukaneka dan sebagainya. Di samping itu, pentas uji bakat akan turut dibuka bagi mencungkil bakat-bakat baru untuk rancangan Raja Lawak musim keempat.

Tuesday, October 6, 2009

Program Kenali Astro

Program Kenali Astro ini adalah merupakan program di mana pihak Astro akan membuat jelajah atau persinggahan di lokasi-lokasi terpilih serata Malaysia bagi memperkembangkan sayapnya hingga ke ceruk-ceruk rantau. Lokasi yang dipilih kebiasaannya adalah penempatan baru atau kompleks-kompleks baru. Kali ini sebuah TESCO baru di Sg. Petani, Kedah adalah lokasinya. Untuk program ini Toi, Akma AF3 dan Adlin AF2 telah terpilih menjayakannya. Semoga kawan-kawan di kawasan sana mengambil peluang ini bagi memeriahkan majlis. Jangan lupa untuk menemui Toi di sana!!

Program: KENALI ASTRO
Lokasi: TESCO baru, Sungai Petani, Kedah.
Tarikh: 10hb Nov. - 11hb. Nov. 2009

Tuesday, September 29, 2009

Lirik lagu LALILALA nyanyian Toi

Gelang terpatah,
Gelas teretak seribu
janji dunia musnah
terlepas di tapak tanganmu

biarkan menyepi
biarkan masa terhenti
ambil cukup nafasmu
diperlahan kau berdiri

hampir terindah
hampir sudah terapung
harapanmu yg tengelam dulu
dan hampir tinggi
hampir menyanyi lagi
suara hati yg pernah membisu

suaranya
yang mampu mengema segenap suasana
hatimu berlagu lalilala
berlagu lalilala lagi

junjung bahumu
betismu berdiri diam
huuu..terus ke hadapan
lelah mu dahpun kau tinggalkan

hampir terindah
hampir sudah terapung
harapan mu yg tengelam dulu
dan hampir tinggi
hampir menyanyi lagi
suara hati yg pernah membisu

suaranya
yang mampu mengema segenap suasana
hatimu berlagu lalilala
berlagu lalilala lagi di mimpi kita
walau seketika mengejar mimpi sempurna...
Melangkah jauh pergi takkan mengundur
walau untuk sekali

hampir terindah
hampir sudah terapung
harapan mu yg tengelam dulu
dan hampir tinggi
hampir menyanyi lagi
suara hati yg pernah membisu
terbuka bebas sinar warnamu....

suaranya
yang mampu mengema segenap suasana
hatimu berlagu lalilala
berlagu lalilala lagi dengarkan bersama

suaranya
yang mampu mengema segenap suasana
hatimu berlagu lalilala
berlagu lalilala lagi di mimpi kita..Hoo

Saturday, September 19, 2009

Salam Aidil Fitri dari Toi Sekeluarga

Toi @ Cili Padi Cili Kering

Saksikan Toi dalam program Hari Raya Aidil Fitri bertajuk “Cili Padi Cili Kering” pada 21hb September 2009, pukul 11.00 mlm di TV3. Boleh juga tonton program ini di http://www.tv3.com.my



Thursday, September 10, 2009

Toi @ Dungun, 12.9.09

Destinasi Gempak Desa Astro Bazaar Ramadhan yang akan disertai Toi pada Sabtu ini pula bertempat di Dungun, Terengganu. Beliau akan berada di tapak bazaar Ramadhan lebih kurang pada pukul 3.00 petang. Selain melakukan persembahan nyanyian, beliau juga akan menyertai sesi beramah mesra dengan peminat. Datanglah ramai-ramai!!!...

Tuesday, September 8, 2009

Action!!! Cutttt.........

Alhamdulillah, Toi dapat tawaran berlakon lagi. Kalau tak silap ini adalah tawaran lakunan yang ketiga beliau terima selepas keluar dari akademi. Moga bakat beliau semakin menyerlah kali ini. Apa tajuk drama nya, kita sama-sama nantikan ya.... akan kami update kan nanti, tak lama lagi.

Pengambaran drama ni, insyaalah akan dimulakan pada minggu ini...Watak beliau kali ini juga berbeza, berbanding dengan watak di dalam drama "10 Terbakar", yang banyak memerlukan beliau menunjukkan reaksi cemas dan takut. Tak kisah lah watak apa pun, semoga Toi dapat menghayati watak yang diberikan dengan baik. Good luck Toi!!

Thursday, September 3, 2009

Toi @ Jerteh, 5.9.09

Sabtu ini Toi akan menyertai karnival Gempak Desa Astro Bazaar Ramadhan yang seterusnya, bertempat di Jerteh, Terengganu. Sama seperti siri GDA Bazaar Ramadhan yang lalu, berbagai-bagai aktiviti menarik yang sesuai diadakan di bulan Ramadhan akan dijalankan untuk meraikan semua pengunjung yang hadir di tapak karnival. Karnival ini bermula dari pukul 3.00 petang dan berakhir sekitar pukul 8.00 malam. Jangan lepaskan peluang untuk beramah mesra dengan artis kesayangan anda yang sangat peramah ni.....Ye Ye Arrr Jerrrr....

Friday, August 28, 2009

Toi @ Temerloh, 29.8.09

Kini giliran penduduk sekitar Temerloh pula berpeluang menyertai karnival Gempak Desa Astro Bazaar Ramadhan. Insyaallah sekiranya tiada perubahan jadual, Toi akan menyertai karnival ini. Program ini bermula lebih kurang pukul 3 petang. Berbagai-bagai aktiviti menarik akan diadakan, seperti yang telah dimaklumkan pada post sebelum ini. Anda juga berpeluang bertemu dan beramah mesra dengan Toi dan rakan-rakan artis yang lain.

Kempen Undi La Li La La di Prelude Hot FM


Kredit: HOTFM, http://www.hotfm.com.my/


Toifc dan semua fans di luar sana, kita boleh mengundi lagu La Li La La setiap hari. Lawati laman web Hot FM, dan klik link HotFM Prelude, login dengan menggunakan emel address anda, masukkan kata laluan, dan seterusnya kita boleh mengundi. Keputusan undian boleh didengar pada hari Sabtu, Segmen Prelude dari pukul 11 malam hingga 12 malam. Undi banyak-banyak, k....Ye Ye Arr Jerrrr........

Frekuensi Hot FM:

97.6 FM - Lembah Klang
88.2 FM - Pulau Pinang/Alor Setar
104.5 FM - Ipoh
90.1 FM - Johor Bahru
87.7 FM - Kota Kinabalu
94.3 FM - Kuching
104.3 FM - Melaka
92.4 FM - Kuantan
105.0 FM - Terengganu
99.5 FM - Seremban
90.1 FM - Singapura
105.1 FM - Kota Bharu

Salam Ramadhan dari Mr Presiden ToiFC

Toi @ Sinar FM, 26.8.09

Toi dijemput hadir ke radio Sinar FM untuk mengisi program Sinar Petang pada pukul 4 petang. Program ini dikendalikan oleh Linda Onn. Antara soalan-soalan yang diajukan adalah aktiviti seni beliau sepanjang bulan puasa seperti program Gempak Desa Astro Bazaar Ramadhan dan lain-lain, serta berkenaan lagu terbaru beliau.

Thursday, August 20, 2009

Salam Ramadhan dari Mr Ye Ye Arr Jerrr.....

Toi @ Pengkalan Chepa, 22.8.09

Pada hari Sabtu ini, Toi akan menyertai Gempak Desa Astro Bazaar Ramadan, bertempat di Pengkalan Chepa, Kelantan. Program ini akan bermula sekitar pukul 3 petang. Aktiviti-aktiviti yang akan diadakan ialah pertandingan mengeja jawi, mewarna, ceramah, nasyid, marhaban dan penulisan kaligrafi untuk golongan remaja, dewasa dan keluarga.

Aktiviti lain seperti kutipan zakat, pemberian sedekah daripada organisasi terpilih, solat terawih berjemaah dan berbuka puasa. Namun demikian, mungkin berlaku perubahan aktiviti bergantung kepada pihak penganjur program.

Artis-artis lain yang turut menyertai program ini ialah Zahid, Abby dan Obri. Penduduk sekitar Pengkalan Chepa bolehlah berkunjung ke tapak Bazaar Ramadhan untuk berjumpa dengan artis kesayangan anda. Selamat berpuasa....




Gambar-gambar ini di ambil dari FaceBook Gempak Astro (Klik, kalau nak tengok gambar2 lagi).Terima kasih dari kami di ToiFC.

Toi @ Pagoh, 20.8.09

Kampus Astro kali ini akan berlangsung di Pagoh, Muar, Johor bertempat di Kompleks Seri PEKEMBAR. Program kali ini dijalankan khas untuk murid-murid sekolah yang berada di sekitar daerah Muar. Jika tiada sebarang perubahan, Toi akan menyertai program ini. Adik-adik di daerah Muar, datanglah beramai-ramai untuk memeriahkan program Kampus Astro ini...selain menambah ilmu di dada, aktiviti-aktiviti menarik juga akan turut diadakan.