Toi 'The Bamboo Shaker'

The third runner-up of Astro’s Akademi Fantasia season six, Khairul Nizam Baharom or Toi, is not just a singer. He is also a multi-talented performer and musician who won 2 Gold Medals in the World Championship of Performing Arts in Hollywood in 2005 for playing the Angklung.

Toi has been playing the scintillating traditional bamboo musical instrument for 13 years and the guitar for 11 years. Singing and dancing are in his blood, especially traditional dances such as zapin and joget. Besides performing in Hollywood, Toi has also played the angklung in Denmark, Dubai and Jakarta.

Nowadays, he is a favourite choice when it comes to cultural performances overseas to help promote the country.

*Credit to nst.com.my

Friday, July 31, 2009

Toi ke Kubang Pasu hari ini

Penduduk sekitar Kubang Pasu akan diraikan dengan Gempak Desa Astro yang bakal berlangsung pada esok hari, 1 Ogos 2009, Sabtu, bertempat di Felda Bukit Tangga. Karnival GDA ini akan bermula sekitar pukul 9.00 pagi, seperti yang telah dimaklumkan pada post yang lalu. Untuk makluman semua, artis kita Toi telah pun memulakan perjalanan beliau ke Kubang Pasu pagi tadi bersama artis-artis yang lain dengan segala kelengkapan yang diperlukan untuk karnival di sana. Semoga perjalanan mereka ke sana berjalan lancar.

Sekiranya anda ingin beramah mesra dengan artis kesayangan anda ini, tunggulah sesi beramah mesra yang biasanya diadakan pada sebelah petang, sekitar pukul 4pm-6pm, anda akan berpeluang bergambar dan mendapatkan tandatangan mereka. Pada waktu malam pula, sekitar pukul 8.30 malam, persembahan nyanyian akan diadakan. Mereka akan menyampaikan lagu secara beramai-ramai, berduet dan solo. Dengar-dengarnya artis kesayangan kita ini, Toi bakal menjadi pengacara di malam persembahan esok. Namun demikian sebarang perubahan mungkin berlaku, bergantung kepada pihak penganjur.

Note: Kepada sesiapa sahaja yang hadir dan menyaksikan persembahan Toi dan rakan-rakan di sana, kami amat mengalu-alukan sumbangan spt gambar dan artikel untuk dikongsikan di sini. Sumbangan anda akan kami kreditkan.

Tuesday, July 28, 2009

Toi @ Era.fm 28.7.09, 4pm

Maaf semua...kerana memaklumkan berita ini last minute sangat sangat. Dapat info, terus jer seberapa pantas post di sini...Kerana peluang ini pun datang secara kebetulan, masa Toi hantar single terbaru beliau "La Li La La" di Era.fm. DJ yang bersiaran ketika itu memberi peluang kepada Toi untuk keudara sebentar. Sempat lah beliau menjawab beberapa soalan. Ni la yang dinamakan rezeki :).

Hari ini adalah antara hari-hari yang amat sibuk bagi Toi. Kan single terbaru beliau bertajuk "La Li La La" telah siap, jadi mestilah kena dihantar ke stesen-stesen radio. Hari ni dia pergi ke Era.fm dan Hot.fm, dan sekiranya sempat, stesen radio lain juga akan dihantar. Rakan-rakan fc dan semua fans di luar sana, kini anda bolehlah membuat permintaan di stesen-stesen radio tersebut.

Ada satu lagi berita yang kami ingin kongsikan di sini. Toi telah menerima tawaran menyertai rakaman Pop Kuiz terbitan TV3, waktu siaran setiap Ahad, jam 5.30 petang, menampilkan Aidid Marcello dan Yatt Hamzah sebagai pengacara. Kami masih belum mendapat info sebenar bila episod Toi akan disiarkan, nantikan saje lah ye, setiap Ahad petang :).

Menurut Toi, dia satu team dengan Bell, dan yang pentingnya team dia telah MENANG! Hebat sungguh artis kita ni kan...Kelab Pop hari tu pun team dia menang juga...tp kami masih lagi belum dapat info, bila episod Toi untuk rancangan Kelab Pop akan disiarkan di Astro Ria. Yang pentingnya Piala Kelab Pop tu dah ada di tangan beliau :)

Syabas Toi, ...dengan adanya keluarga tersayang di sisi, moga semakin banyak idea untuk berkarya......Ye Ye Arr Jerr....

Undi lagu La Li La La di Suria FM


Kredit to Suria.FM

Untuk makluman semua, untuk mengundi lagu terbaru Toi di Suria FM, ikuti cara berikut:

Taip:-
SURIA INTRO diikuti dengan KOD ARTIS dan hantar ke 33511
Contoh:-
SURIA INTRO TOI hantar ke 33511

Untuk rujukan lanjut mengenai syarat dan terma mengundi, KLIK SINI.


SELAMAT MENGUNDI

Friday, July 24, 2009

"La Li La La" lagu baru Toi @ Suria.fm, 26/7, 3pm







Alhamdulillah, setelah menunggu hampir setahun akhirnya lagu terbaru Toi telah siap sepenuhnya. Lagu bertajuk "La Li La La" ini bakal ke udara buat pertama kalinya di 'corong' radio anda pada 26 Julai 2009, Ahad sekitar pukul 3.00 petang di Suria FM 105.3. Lagu ini berentak ceria sesuai dengan imej Toi yang bersahaja. Diharapkan lagu ini memenuhi citarasa pendengar. Kepada semua fans yang telah lama menunggu tu...lepas ni kita selalu selalu request kat radio, k!

Sebahagian dari lirik lagu La Li La La,

.....Suara nya
.....Yang mampu menggema segenap suasana
.....Hati mu berlagu la li la la
.....terus berlagu la li la la lagi

lama-lama dengar...lagu ni boleh membuatkan kamu bergoyang kaki :)

Single ini diterbitkan oleh Toi sendiri,lagu dan susunan muzik juga oleh beliau manakala lirik oleh Zura dan juru audio oleh Anthony.

Dalam lawatan ke studio SURIA FM, kami disambut dengan mesra sekali oleh staff mereka terutama Abg. Sabie. Menurut Toi, kat Suria FM ni ada sorang 'brader' tu iras-iras dengannya. Ada juga terdengar diorang sebut.. Toi nak jumpa 'kembar dia' Hahhaa.. Tapi malangnya sewaktu kami di sana tidak kelihatan pulak 'kembar Toi' yang dikatakan.

Thursday, July 23, 2009

GDA Kubang Pasu, Kedah, 1 Ogos 2009

Toi dan rakan-rakan akan berada di Kubang Pasu, Kedah pada 1 Ogos 2009 bersamaan hari Sabtu untuk program Gempak Desa Astro di sana.

Pelbagai ativiti menarik bakal berlangsung pada hari tersebut, yang akan bermula lebih kurang 9 pagi dan akan berakhir kira-kira pukul 10.30 malam. Pengunjung juga berpeluang bertemu dan beramah mesra dengan artis pada sesi Beramah Mesra Bersama Artis. Slot program adalah seperti berikut, namun sebarang perubahan mungkin berlaku, bergantung kepada penganjur program.

09.00am: Karnival Gempak Astro bermula

09.30am: Aktiviti untuk kanak-kanak dan dewasa seperti pertandingan mewarna, karom, congkak, sukaneka dan karaoke. Ditutup dengan sesi penyampaian hadiah.

06.00pm: Sesi beramah mesra bersama artis GDA

08.45pm: Persembahan artis GDA

10.30pm: Tamat

Note: Kepada sesiapa sahaja yang hadir dan menyaksikan persembahan Toi dan rakan-rakan di sana, kami amat mengalu-alukan sumbangan spt gambar dan artikel untuk dikongsikan di sini. Sumbangan anda akan kami kreditkan.

Thursday, July 16, 2009

Latihan Nyanyian, 15.7.2009

Malam semalam, 15 Julai 2009, Toi hadiri sesi latihan nyanyian. Walaupun program Gempak Desa Astro telah ditangguhkan untuk sementara waktu, sesi latihan tetap dijalankan seperti biasa. Latihan ini bertujuan untuk meningkatkan kualiti nyanyian beliau.

Bila Toi tidak ada sebarang aktiviti seni, beliau akan menghadiri latihan nyanyian ini setiap minggu, untuk memantapkan kemampuan vokal beliau. Telah setahun AF6 berlalu, kualiti nyanyian beliau semakin baik dari hari ke sehari. Beliau kini boleh menyanyikan lagu-lagu bernada tinggi dengan lebih baik...terutamanya lagu "Seri", yang sentiasa dinantikan oleh peminat-peminatnya bila beliau mengadakan persembahan. Terus berusaha ye Toi....YE YE ARR JERR...

Kepada fans yang sentiasa mengambil berat tentang kesihatan beliau, untuk makluman semua, alhamdulillah Toi dah sembuh dari demam.

Note: Sekiranya anda ada cadangan lagu-lagu yang menarik dan sesuai dengan suara Toi yang anda ingin Toi nyanyikan, tinggalkan tajuk lagu dan penyanyi di bahagian komen.

Wednesday, July 15, 2009

Photoshot Marhaban di Astro, 14.7.2009

Pada 14 Julai 2009 yang lalu, Toi bersama artis-artis lain telah menjalani sesi photoshot sebagai persediaan untuk program Marhaban di Astro. Seperti tahun-tahun yang lepas program Marhaban ini akan dijalankan di lokasi-lokasi terpilih yang akan dimaklumkan sedikit masa lagi oleh pihak penganjur. Program ini dijangka akan diadakan pada bulan Ramadhan.

Toi berpakaian jubah semasa sesi photoshot ini, sesuai dengan konsep program Marhaban, yang mana mereka akan menyanyikan lagu-lagu yang bersesuaian dengan tema program seperti lagu-lagu nasyid dan ketuhanan. Kepada semua fans, sekiranya program ini di adakan di kawasan berhampiran dengan tempat tinggal anda, pergi ye...jangan tak pergi..:)

Note: Kepada sesiapa sahaja yang akan mengunjungi dan menyaksikan persembahan Toi dan rakan-rakan di lokasi-lokasi marhaban, kami amat mengalu-alukan sumbangan spt gambar dan artikel untuk dikongsikan di sini. Sumbangan anda akan kami kreditkan.

Thursday, July 9, 2009

Kereta Toi di Langgar Lari!!

Kira-kira pukul 3.45 petang, tiba-tiba mendapat sms dari Toi menyatakan bahawa kereta beliau yang diletakkan diluar kawasan Apartmentnya bersama-sama deretan kereta penghuni kawasan berhampiran, telah disondol oleh sang KHINZIR!! Erkkk!!

Kejadian itu mungkin berlaku sekitar pukul 3am ke 4am (iaitu waktu jangkaan) ketika para pemandu mabuk balik dari 'thanik' atau 'mencocok bintang' Ayo-yoo kadawalee!! Menurut Toi kejadian itu disedarinya petang tadi sewaktu hendak keluar dengan berkereta ke suatu tempat. Terdapat sebuah kereta lain yang remuk teruk dan telah diangkut oleh 'penarik kereta'. Kereta Toi juga ada diselitkan Business Card oleh si Penarik Kereta itu. Nampaknya Toi terpaksa mengharapkan rakan-rakan terdekat membantu beliau untuk ke tempat-tempat urusan harian beliau. Sementara itu, kereta Toi yang macam BUMBLEBEE tu pulak akan diuruskan oleh rakannya dari salah sabuah syarikat insuran.

Kesian pulak melihatkan nasib diorang ni. Dah la parking asik tak ada, sedangkan mereka (Toi, Naim dan Nubhan) adalah penghuni Apartment tersebut. Bila balik rumah jer tiap malam mesti masalah parking ini menjadi isu yang tak berkesudahan.

Lagi berita yang tidak enak untuk dikhabarkan ialah.. Toi sedang demam selsema.. Berkemungkinan besar menjangkit dari Hasrul! Tapi tak pasti lagi demam apa? Khabarnya beberapa orang dari team Gempak Desa telah dijangkiti virus selsema H1N1. Harap-harap Toi tidak tersenarai diantara mereka itu kerana setahu kami group yang dijangkiti dan dikuarantin itu adalah dari team GDA yang tidak bersama-sama Toi.

Sama-samalah kita doakan semoga Toi cepat pulih, dan jangan anggap remeh bila terkena demam.. Segeralah ke hospital atau klinik yang berhampiran!!

Toi bercerita tentang lagu terbarunya

Lagu baru Toi bertajuk “Lalilala”, insyaallah akan ke udara bulan ini. Kepada semua fans yang tertunggu-tunggu tu, diharapkan berita ini dapat mengubat penantian kalian selama ini. Kata Toi mengenai lagu terbaru beliau, …

ToiAF6: die psl siulan lgu dlm ati
ToiAF6: kn kdg2 bile tgh tnsion ke..mara ke..kite siul je lgu ape2 utk tenang kn ati sndri

Lagu “Lalilala” merupakan lagu ketiga dari beliau, selepas lagu final dan lagu raya. Diharapkan lagu ini mendapat sambutan dan memenuhi citarasa ramai. Dapatkan yang original ye!

Saturday, July 4, 2009

GDA, Lubok Merbau, Kedah, 4 Julai 2009

Minggu ini Toi menyertai siri GDA di Lubok Merbau, Kedah. Jadual asal sepatutnya ke Kuala Lipis, tp khidmat beliau lebih diperlukan di sana. Kepada fans di Pahang, insyaalah beliau akan ke sana pula minggu depan. Post kali ini kami paste kan saje sesi chat kami bersama beliau pd 8/7/09….

Obbii: toi, gda kat mana hr tu?
ToiAF6: pdg terap,lubok merbau, kedah
ToiAF6: mgu lps ckp g lipis tp kne 2ka g kdah plk
ToiAF6: mgu lps x bpe sihat,kne slsema..jd nynyi pn tkot2 sore pcah
ToiAF6: team lgi 1 pn sme gk.alam dmam truk,ps2 1blk gn hazama. ps2 bsk ny hazama pn dmam jgk
ToiAF6: yg team kitowg toi sowg je yg kne
Obbii: ish..better gi check...
Obbii: ngan doktor
ToiAF6: naim,tam,ndia,frhan,cndy sume ok
ToiAF6: c farish pn bru kne smlm
ToiAF6: tgk die da stat slseme sume daa
ToiAF6: risao bos tgk
cAmR: berapa lagu ko? lagu apa?
ToiAF6: lgu biase la,SERI.CAMISA.ATI BRDUKA.
ToiAF6: aku main gtar skali utk sesi akstik
ToiAF6: aku nynyi lgu mstika,naim lg cnte 3segi dll.main gn yazer skali la
ToiAF6: mgu ni kt jrntut phg obi
ToiAF6: mgu ni aku,ftri,yazer,naim,ndia n dkna

Toi sempat juga update kita tentang jadual beliau minggu ini.

ToiAF6: mlm ni prktis,bsk pn sme (8/7 - 9/7)
ToiAF6: ....cme tkak jek rs x sdp
ToiAF6: …..g pktis kt dmnsara

Semoga Toi dan rakan-rakan cepat sembuh! Ok, kpd semua fans yang berada di Pahang …. nantikan kehadiran beliau dan rakan-rakan di sana.


Note: Kepada sesiapa sahaja yang telah menyaksikan persembahan Toi dan rakan-rakan di Lubok Merbau, kami amat mengalu-alukan sumbangan spt gambar dan artikel untuk dikongsikan di sini. Sumbangan anda akan kami kreditkan.