Toi 'The Bamboo Shaker'

The third runner-up of Astro’s Akademi Fantasia season six, Khairul Nizam Baharom or Toi, is not just a singer. He is also a multi-talented performer and musician who won 2 Gold Medals in the World Championship of Performing Arts in Hollywood in 2005 for playing the Angklung.

Toi has been playing the scintillating traditional bamboo musical instrument for 13 years and the guitar for 11 years. Singing and dancing are in his blood, especially traditional dances such as zapin and joget. Besides performing in Hollywood, Toi has also played the angklung in Denmark, Dubai and Jakarta.

Nowadays, he is a favourite choice when it comes to cultural performances overseas to help promote the country.

*Credit to nst.com.my

Thursday, April 29, 2010

Toi @ URTV Edisi 768, 1-15 Mei 2010

Oleh : Shana Ahmad
Tajuk : Toi diraikan TFC
Majalah : URTV Edisi 768
Tarikh : 1-15 Mei 2010
Muka surat : 44 - 45


Finalis akhir AF6, Khairul Nizam Baharom atau Toi diraikan sempena usia baru 33 tahun pada 31 Mac lalu. Majlis itu dirancang tanpa pengetahuan Toi. Ia dilakukan oleh isteri kesayangannya, Suzana Abu Bakar, 33 bersama-sama Toi Fan Club yang diadakan di Rafflesia Coffee House, Hotel Midah, Kuala Lumpur.

"Isteri saya betul-betul buat majlis surprise ni dengan kemas sekali. Tarikh 31 Mac tu asalnya saya merancang nak balik ke Johor nak ziarah emak. Bagaimanapun, isteri cakap saya kena balik semula ke KL hari yang sama. Dia kata saya ada urusan kerja di Hotel Midah. Dia berpakat dengan Nubhan mengatakan ada orang nak ajak saya meeting angklung. Selain masih menyanyi dan berlakon, cinta saya terhadap muzik angklung masih tebal.

"Saya ke sana awal. Pukul 7.30 dah sampai. Tapi masa nak melangkah masuk tu, hati berasa lain macam. Saya bertanya isteri, betul ke ada meeting atau ada sesiapa rancang nak buat birthday party tapi isteri saya berlakon cakap tak ada apa-apa partylah. Tapi bila masuk saja ke bilik. Tak sangka akan begini!

"Saya nak ucapkan terima kasih kepada Toi FC dan isteri yang ingat dan sayangkan saya." katanya terharu.

Banyak dapat hadiah? Apa hadiah isteri?

"Banyak juga. Isteri beri saya jam tangan. Jenama dan harganya.. tak usahkah ditulis! Rahsia. Yang penting, usia ini buat saya sedar tanggungjawab saya semakin besar," tambah Toi.

Toi mengatakan dia tak akan abaikan tugas bukan sebagai suami tetapi ayah kepada dua anak lelakinya, Muhammad Ardabilie, (5) dan Muhammad Armanryan, (2). Katanya, dia belum mahu menambah anak lagi dalam masa terdekat.

"Saya dan isteri merancang nak besarkan Ardabilie dan Armanryan dulu. Bagi mereka berdua perhatian dan kasih sayang secukupnya barulah fikir nak tambah anak baru.
"Membesarkan anak pada zaman sekarang ni bukannya mudah. Selain persiapan diri, soal kewangan tu kena difikirkan. Saya tak kisah tak beranak ramai asalkan kuantiti yang sikit ni mampu saya besarkan dengan penuh kualiti. Tapi, ini cuma perancangan saya dan isteri. Kalau Tuhan dah takdirkan dalam masa terdekat ni kami dapat anak baru, kami tetap menerimanya dengan gembira," katanya yang kini gembira isteri dan anak-anaknya sudah menetap di Kuala Lumpur.

Kumpulan Hyper Act.

Toi mengakui dia kini menyertai kumpulan Hyper Act.

"Anggota kumpulan ini berasal dari Johor Bahru. Nama band baru saja diberi dan antara anggotanya ialah Ronnie yang pernah bersama kumpulan Sunday dan Slam dulu. Dia jadi vokalis utama. Saya pula vokalis kedua dan main gitar bass. Selain tu, ada Akir dari kumpulan Coda dan beberapa anggota lain.

"Saya baru siapkan rakaman lagu single dengan kumpulan ni bertajuk Ku Tiba Lagi. Selain tu, single saya secara solo berjudul Catatan Rindu juga kini dalam proses dan akan muncul tak lama lagi," ujarnya.

Apa komen orang kata Toi kurang publisiti berbanding semasa AF6 dulu.

"Saya mengaku dari segi publisiti dan populariti, memang dah agak kurang tapi saya bersyukur masih ada rezeki. Tawaran menyanyi dan berlakon masih sama seperti dua tahun lalu. Malah, sesekali saya tetap dapat peluang buat persembahan angklung di hotel-hotel. Kiranya makan minum untuk anak isteri tak pernah tak ada.
"Cuma saya sedih bila saya hantar lagu kat radio, tak dimainkan. Bila tak dimainkan macam mana orang nak kenal lagu-lagu saya. Macam tahun lepas, saya hantar single ciptaan saya, Lalilala tapi memang tak dimainkan di radio sedangkan di internet, ramai memberikan reaksi positif terhadap lagu tu," tambahnya.

Apa komen Toi tentang AF8?

"Saya ikut juga dan yakin Adira boleh pergi jauh. Tapi saya rasa AF kurang dapat sambutan. Patutnya, AF direhatkan dalam setahun dua...biar orang ternanti-nanti dan masa itulah dimunculkan kembali.

"Saya tak nampak kekurangan AF musim ni tapi sambutan penonton agak cool. Jadi, adalah yang dah bosan dan sebab tu kena stop sekejap sebelum diadakan semula," katanya.

Toi @ Plaza Angsana JB, 8-9 Mei 2010

Kredit to Gempak Astro FacebookKali ini Toi kembali ke kampung halamannya untuk menyertai program Gempak Selebriti Astro di Plaza Angsana Johor Bahru pada 8 dan 9 Mei 2010.

Wednesday, April 28, 2010

Ibu Toi Meninggal Dunia, 24 April 2010

Innalillahi wa inna illahi rajiun....dan sekali lagi hati merasa hiba dan sebak melihat wajah-wajah yang kehilangan ibunda tercinta. Kepayahan, kepedihan, kehilangan jelas kelihatan dari mata yang layu dan bergenangan air mata. Perjalanan sejauh 300km 4 hari yang lalu terlalu berbeza, dan matlamat cuma satu, moga sampai dengan selamat dan sempat melihat wajah ibunya buat kali yang terakhir. Almarhumah Hasnah menghempuskan nafas terakhir pada pagi 24 April 2010. Al Faatihah, semoga Allah mengampuni segala dosanya, menerima amal kebajikannya dan menempatkan Almarhumah di tempat yang terbaik disisiNYA. Tahziah untuk Toi sekeluarga.

Toi tarik diri, persembahan di Kerteh, Terengganu

Seperti yang telah dimaklumkan pada post sebelum ini, Toi yang sepatutnya membuat persembahan di Kerteh, Terengganu pada 24 April lalu terpaksa menarik diri. Beliau menerima khabar sedih dari saudara mara di Johor Bahru, ibu yang dikasihi telah meninggal dunia. Seandainya ada individu atau peminat yang menanti kemunculan beliau di sana, diharapkan dapat memahami situasi beliau. Salam kemaafan dari Toi.

Thursday, April 22, 2010

Toi @ Kerteh, Terengganu, 24 Apr 2010

Untuk makluman semua persembahan Toi di Kompleks Bukit Jambul, Penang untuk program Gempak Selebriti Astro pada hujung minggu ini telah dibatalkan. Beliau akan berangkat esok, 23 Apr 2010, Jumaat ke Kerteh, Terengganu sempena hari Hol pada 24 Apr 2010, Sabtu ini.

Friday, April 16, 2010

Toi @ Media Hiburan, Edisi 17-23 April 2010

Tajuk : Toi Kena Tipu Dengan Peminat
Segmen: Selebriti & Fan Club
Kelolaan: Ziera
Foto: Zasphotography
Grafik: Mazlan
No mukasurat: 60

Baru-baru ini, Toi FC telah bergabung dengan beberapa pihak untuk menganjurkan satu majlis bagi meraikan hari jadi penyanyi Toi. Majlis yang diadakan di Rafflesia Coffee House Hotel Midah, Kuala Lumpur ini telah menyaksikan Toi melalui beberapa halangan sebelum menerima kejutan tersebut. Toi yang bertolak daripada Johor Bahru terus ke hotel tersebut kerana menyangka ada pihak yang ingin bertemunya berkaitan dengan 'show' angklung.

Perancangan yang disusun rapi untuk membuat kejutan kepada Toi hampir berkecai akibat beberapa halangan. Banyak peristiwa lucu yang terjadi sebelum majlis bermula. Walau bagaimanapun berkat kebijaksanaan semua pihak yang membuat perancangan akhirnya rahsia kejutan itu berjaya disimpan sehingga majlis bermula.


Majlis yang menyaksikan kehadiran 50 orang jemputan ini turut dihadiri beberapa selebriti seperti Nubhan AF6 dan Obri AF7. Antara aktiviti yang berlangsung sepanjang majlis ialah seperti jamuan hi-tea, cabutan bertuah, sesi potong kek, 'indoor games' dan sesi bergambar.

Ramai penaja yang terlibat untuk menjayakan majlis ini antaranya Hotel Midah, Bogainvilla Resort PD, Chillout Chiller, Cakes Studio, Ocean Optical, PS Communication dan Zamri Mohd Sound and Light.

"Saya rasa agak geram sebab banyak benda yang mereka tipu. Saya jenis 'workholic', jadi bila tau dapat 'job', saya 'excited'. Jadi saya pergi ke hotel tu awal sikit. Itu yang buat rancangan mereka jadi terabur (ketawa). Tapi saya rasa 'surprise' dan seronok sebab ramai orang yang datang berbanding sebelum ini. Saya tak sangka sangat", ujar Toi yang sempat menyanyikan lagu terbarunya 'Lalilala' pada majlis tersebut. MH

Toi & HyperAct @ Suria FM

Hari ini 16 April 2010, pukul 8:00 malam, nantikan Toi keudara bersama band Hyper Act di Suria FM. Cuba-cubalah call heh... :) Mereka mempromosikan single terbaru bertajuk "Ku Tiba Lagi" yang juga merupakan sound track sebuah indi movie.

Lokasi dan Frekuensi Suria FM:
- Lembah Klang - 105.3 fm
- Melaka - 88.5 fm
- Seremban, Negeri Sembilan - 107.0 fm
- Johor Utara - 88.5 fm
- Johor Baharu -101.4 fm
- Kuantan, Pahang - 96.1 fm
- Perlis, P. Pinang, Kedah - 106.9 fm
- Terengganu - 102.4 fm
- Kota Bahru, Kelantan - 106.1 fm
- Ipoh, Perak - 96.0
- Taiping - 91.7 fm
- Kota Kinabalu - 105.9 fm

Suria FM juga boleh didengari di http://www.suriafm.com.my/

Bagi yang belum pernah mendengar lagu "Ku Tiba Lagi"... mereka akan menyampaikan lagu ini secara live, versi recording juga akan dimainkan :)

Monday, April 12, 2010

Toi @ Terengganu, 12 April 2010

Aktiviti : Majlis Sambutan ulang tahun ke-37 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Tempat: Kompleks Sukan Bandar Al-Muktafi Billah Shah, Terengganu
Masa : petang dan malam

Friday, April 2, 2010

Majlis Hari Jadi Toi, 31 Mac 2010


Pada 31 Mac 2010 yang lalu, sekali lagi kami meraikan hari jadi Toi yang ke-33 tahun. Kali ini Hotel Midah Kuala Lumpur menjadi pilihan kami. Konsep majlis ini sama seperti tahun lepas iaitu "SURPRISE PARTY" . Alhamdulillah…walaupun hampir-hampir kami yang terkantoi… namun oleh kerana semua hadirin yang hadir pada mlm itu sporting-sporting belaka….terkantoi juga Toi malam tu :) SELAMAT HARI JADI TOI !!!


Terima kasih kepada penaja-penaja iaitu :
• Toi FC, http://toifc.com & http://toifc.blogspot.com
• Hotel Midah KL, Khuzneeta Khizan : 03-2273 9999
• Bougainvilla Resort, R. Shaheran Shah : 06-6626582
• PS Communication, Kamarul : 016-3768865
• Chillout Chiller, Asra : 012-6484690 / 012-3505896
• Cakes Studio, Lyn @ Seri : 017-2290070
• Ocean Optical, Zarina : 07-5214988
• Photography, Shafiq : 013-3324059
• Zamri Mohamad Sound & Light, Zam: 019-3710007

Terima kasih juga kepada rakan artis Toi yang juga sudi hadir iaitu Nubhan AF6 dan FC beliau, Obri AF7, Seri dan Eyla wakil dari ShawalFC, Paan dan Ieta dan lain-lain. Mohon maaf ye jika ada sebarang kekurangan...diharapkan lain kali uols semua tak serik join aktiviti kami. TERIMA KASIH dari Toi sekeluarga dan semua Urusetia.