Toi 'The Bamboo Shaker'

The third runner-up of Astro’s Akademi Fantasia season six, Khairul Nizam Baharom or Toi, is not just a singer. He is also a multi-talented performer and musician who won 2 Gold Medals in the World Championship of Performing Arts in Hollywood in 2005 for playing the Angklung.

Toi has been playing the scintillating traditional bamboo musical instrument for 13 years and the guitar for 11 years. Singing and dancing are in his blood, especially traditional dances such as zapin and joget. Besides performing in Hollywood, Toi has also played the angklung in Denmark, Dubai and Jakarta.

Nowadays, he is a favourite choice when it comes to cultural performances overseas to help promote the country.

*Credit to nst.com.my

Thursday, April 22, 2010

Toi @ Kerteh, Terengganu, 24 Apr 2010

Untuk makluman semua persembahan Toi di Kompleks Bukit Jambul, Penang untuk program Gempak Selebriti Astro pada hujung minggu ini telah dibatalkan. Beliau akan berangkat esok, 23 Apr 2010, Jumaat ke Kerteh, Terengganu sempena hari Hol pada 24 Apr 2010, Sabtu ini.

Friday, April 16, 2010

Toi @ Media Hiburan, Edisi 17-23 April 2010

Tajuk : Toi Kena Tipu Dengan Peminat
Segmen: Selebriti & Fan Club
Kelolaan: Ziera
Foto: Zasphotography
Grafik: Mazlan
No mukasurat: 60

Baru-baru ini, Toi FC telah bergabung dengan beberapa pihak untuk menganjurkan satu majlis bagi meraikan hari jadi penyanyi Toi. Majlis yang diadakan di Rafflesia Coffee House Hotel Midah, Kuala Lumpur ini telah menyaksikan Toi melalui beberapa halangan sebelum menerima kejutan tersebut. Toi yang bertolak daripada Johor Bahru terus ke hotel tersebut kerana menyangka ada pihak yang ingin bertemunya berkaitan dengan 'show' angklung.

Perancangan yang disusun rapi untuk membuat kejutan kepada Toi hampir berkecai akibat beberapa halangan. Banyak peristiwa lucu yang terjadi sebelum majlis bermula. Walau bagaimanapun berkat kebijaksanaan semua pihak yang membuat perancangan akhirnya rahsia kejutan itu berjaya disimpan sehingga majlis bermula.


Majlis yang menyaksikan kehadiran 50 orang jemputan ini turut dihadiri beberapa selebriti seperti Nubhan AF6 dan Obri AF7. Antara aktiviti yang berlangsung sepanjang majlis ialah seperti jamuan hi-tea, cabutan bertuah, sesi potong kek, 'indoor games' dan sesi bergambar.

Ramai penaja yang terlibat untuk menjayakan majlis ini antaranya Hotel Midah, Bogainvilla Resort PD, Chillout Chiller, Cakes Studio, Ocean Optical, PS Communication dan Zamri Mohd Sound and Light.

"Saya rasa agak geram sebab banyak benda yang mereka tipu. Saya jenis 'workholic', jadi bila tau dapat 'job', saya 'excited'. Jadi saya pergi ke hotel tu awal sikit. Itu yang buat rancangan mereka jadi terabur (ketawa). Tapi saya rasa 'surprise' dan seronok sebab ramai orang yang datang berbanding sebelum ini. Saya tak sangka sangat", ujar Toi yang sempat menyanyikan lagu terbarunya 'Lalilala' pada majlis tersebut. MH

Toi & HyperAct @ Suria FM

Hari ini 16 April 2010, pukul 8:00 malam, nantikan Toi keudara bersama band Hyper Act di Suria FM. Cuba-cubalah call heh... :) Mereka mempromosikan single terbaru bertajuk "Ku Tiba Lagi" yang juga merupakan sound track sebuah indi movie.

Lokasi dan Frekuensi Suria FM:
- Lembah Klang - 105.3 fm
- Melaka - 88.5 fm
- Seremban, Negeri Sembilan - 107.0 fm
- Johor Utara - 88.5 fm
- Johor Baharu -101.4 fm
- Kuantan, Pahang - 96.1 fm
- Perlis, P. Pinang, Kedah - 106.9 fm
- Terengganu - 102.4 fm
- Kota Bahru, Kelantan - 106.1 fm
- Ipoh, Perak - 96.0
- Taiping - 91.7 fm
- Kota Kinabalu - 105.9 fm

Suria FM juga boleh didengari di http://www.suriafm.com.my/

Bagi yang belum pernah mendengar lagu "Ku Tiba Lagi"... mereka akan menyampaikan lagu ini secara live, versi recording juga akan dimainkan :)

Monday, April 12, 2010

Toi @ Terengganu, 12 April 2010

Aktiviti : Majlis Sambutan ulang tahun ke-37 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Tempat: Kompleks Sukan Bandar Al-Muktafi Billah Shah, Terengganu
Masa : petang dan malam

Friday, April 2, 2010

Majlis Hari Jadi Toi, 31 Mac 2010


Pada 31 Mac 2010 yang lalu, sekali lagi kami meraikan hari jadi Toi yang ke-33 tahun. Kali ini Hotel Midah Kuala Lumpur menjadi pilihan kami. Konsep majlis ini sama seperti tahun lepas iaitu "SURPRISE PARTY" . Alhamdulillah…walaupun hampir-hampir kami yang terkantoi… namun oleh kerana semua hadirin yang hadir pada mlm itu sporting-sporting belaka….terkantoi juga Toi malam tu :) SELAMAT HARI JADI TOI !!!


Terima kasih kepada penaja-penaja iaitu :
• Toi FC, http://toifc.com & http://toifc.blogspot.com
• Hotel Midah KL, Khuzneeta Khizan : 03-2273 9999
• Bougainvilla Resort, R. Shaheran Shah : 06-6626582
• PS Communication, Kamarul : 016-3768865
• Chillout Chiller, Asra : 012-6484690 / 012-3505896
• Cakes Studio, Lyn @ Seri : 017-2290070
• Ocean Optical, Zarina : 07-5214988
• Photography, Shafiq : 013-3324059
• Zamri Mohamad Sound & Light, Zam: 019-3710007

Terima kasih juga kepada rakan artis Toi yang juga sudi hadir iaitu Nubhan AF6 dan FC beliau, Obri AF7, Seri dan Eyla wakil dari ShawalFC, Paan dan Ieta dan lain-lain. Mohon maaf ye jika ada sebarang kekurangan...diharapkan lain kali uols semua tak serik join aktiviti kami. TERIMA KASIH dari Toi sekeluarga dan semua Urusetia.

Thursday, March 25, 2010

Siri Akhir Halimah Jongang


Saksikan siri akhir Halimah Jongang di Astro Prima Rabu 9.30-10.30mlm 31.3.2010, dan ulangan pada hari Khamis 12.00-1.00ptg 7.4.2010.

Monday, March 8, 2010

Toi @ LTDL 2010, Dataran Merdeka

Seperti yang telah dinyatakan pada post yang lalu, Toi muncul di Dataran Merdeka semalam 7/3/2010 (Ahad). Selama seminggu bertugas dalam program LTDL 2010 ...warna kulit dia pun dah "terbakau" dek kerana bertugas di bawah terik sinar mentari :)

Sesi mewawancara dari gerai ke gerai bersama Qaud

Persembahan nyanyian solo dan bersama Qaud

Rehat dan bersantai seketika:)

Toi @ GDA Pasir Putih, Kelantan, 6.3.2010


Gambar-gambar ehsan dari Facebook Fitri Zainal

Gempak Desa Astro pada Sabtu 6 Mac 2010 yang lalu telah diadakan di 2 lokasi iaitu di Dataran Iskandar, MRCB, Perak Tengah, Perak dan Padang Majlis Daerah Pasir Puteh, Kelantan. Dan Toi telah menyertai kumpulan yang berada di Pasir Putih Kelantan.

Saturday, February 27, 2010

Happy Birthday Muhammad Ardabilie


Tahun ini Billy berumur 5 tahun. Seperti kanak-kanak yang lain, tahun ini Billy memulakan alam prasekolah yang berhampiran dengan tempat tinggalnya. Untuk pengetahuan semua, Billy ni pandai bergaya di hadapan kamera....sama jer macam papanya.

Toi @ Le Tour De Langkawi 2010

27 Februari 2010 Program Le Tour De Langkawi berlangsung di Dataran Stadium Sultan Muhamed IV Kota Bharu. Jadual program pada hari ini ialah:
7:00am - Pendaftaran
8:00am - Perasmian
8:30am - Pelepasan Kayuhan KL
10:30am - Cabutan Bertuah dan Penyampaian Hadiah

Jadual perlumbaan berbasikal adalah seperti berikut (credit to Le Tour De Langkawi 2010) Toi akan muncul di setiap lokasi berikut, namun demikian jadual persembahan beliau mungkin berubah-ubah mengikut pengurusan pihak penganjur.

Stage 1: 1st March 2010, 10am
Kota Bharu - Kuala Berang
START LOCATION : ISTANA BALAI BESAR, Jalan Sultanah Zainab
FINISH LOCATION : JALAN BESAR, Kuala Berang

Stage 2: 2nd March 2010, 10am
Kuala Terengganu - Chukai
START LOCATION : DATARAN SHAHBANDAR, Jalan Sultan Zainal Abidin
FINISH LOCATION : JALAN PADANG, Cukai

Stage 3: 3rd March 2010, 10am
Pekan - Mersing
START LOCATION : DATARAN PEKAN, Jalan Sultan Ahmad Shah
FINISH LOCATION : FERRY TERMINAL, Mersing

Stage 4: 4th March 2010, 10am
Mersing - Parit Sulong • 163.5 kms
START LOCATION : FERRY TERMINAL, Mersing
FINISH LOCATION : PARIT SULONG, Pekan Parit Sulong

Stage 5: 5th March 2010, 9am
Muar - Port Dickson
START LOCATION : DATARAN TANJUNG EMAS, Muar, Jalan Petri
FINISH LOCATION : DATARAN SERI KEMANG, Port Dickson

Stage 6: 6th March 2010, 10am
Putrajaya - Genting Highlands
START LOCATION : BANGUNAN KBS, Persiaran Perdana
FINISH LOCATION : GENTING HIGHLANDS, Theme Park

Stage 7 : 7th March 2010, 11am
Kuala Kubu Baru - Dataran Merdaka
START LOCATION : BUS TERMINAL, KUALA KUBU BARU, Jalan Dato' Muda Jaafar
Finish Location : DATARAN MERDEKA, Jalan Sultan Hishamuddin

Maklumat penuh tentang Le Tour De Langkawi 2010, boleh didapati di SINI.

Friday, January 29, 2010

Happy Birthday Muhammad Armanryan


Hari ni 28 Januari 2010 Ryan genab berumur 2 tahun....

Sunday, January 17, 2010

Toi @ Program Kenali Astro, Jan 2010

Datang berhibur bersama-sama Toi dan rakan artis beliau dalam Program Kenali Astro yang akan bermula lebih kurang pukul 10.00am hingga 5.00pm. Anda berpeluang bersuka-ria dengan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang serta promosi khas Astro. Jadual persembahan Toi adalah seperti berikut:

Lokasi: Tesco, Temerloh
Tarikh: 17 Januari 2010 (Ahad)
Masa: 12.00pm - 1.00pm dan 4.00pm - 5.00pm
Rakan artis: Yana AF6

Lokasi: Parkson Bintang Megamall, Miri.
Tarikh: 23 Januari 2010 (Sabtu), lbh krg 8mlm-10mlm
Tarikh: 24 Januari 2010 (Ahad), lbh krg 2ptg-4ptg
Rakan artis: Yazid AF7

Bintang Megamall, M.C.L.D. Jalan Miri Pujut, Miri, Sarawak

Antara aktiviti yang akan diadakan ialah berkaraoke, teka lirik dan macam-macam lagi. Anda juga berpeluang bermesra dan bergambar dengan artis kesayangan anda ini. Datanglah beramai-ramai yer.... YE YE ARR JERRR..

Selamat Hari Jadi Presiden Toifc, En Badrul Hisham Baharom



Toi sekeluarga meminta maaf kerana tidak dapat pulang ke JB untuk meraikan majlis hari jadi mr presiden...sebab ada show di Temerloh pada 17.1.2009, jadi dia meninggalkan coretan istimewa untuk 'uda' :)...Kami wakil warga Toifc juga ingin mengucapkan selamat ulang tahun kepada Mr Presiden, moga sihat dan ceria selalu yeee dan dirahmati oleh yang maha Esa.

Toi @ Rawang, 16.1.2010


Hari ini Toi berada di Tesco Rawang untuk program Kenali Astro. Toi memulakan persembahan nyanyian pada pukul 1pm hingga 2pm. Artis yang turut serta di dalam program ini ialah Pak Cu, Anu dan Shah dari Raja Lawak 2.



Saturday, December 26, 2009

Toi @ TV, Januari 2010

Program : Konsert Retro @ Gempak Astro
Tarikh : 2 Januari 2010
Pukul : 7.30pm
Saluran : Astro Ria

Program : Halimah Jonggang
Tarikh : 13 Januari 2010
Pukul : 9.00pm
Saluran : Astro Prima P105

Saturday, December 19, 2009

Toi: Percutian Cameron Highland 2009



Beberapa minggu yang lalu Toi sempat meluangkan masa bersama keluarga ke Cameron Highland. Beliau sangat gembira dapat bercuti bersama keluarga tersayang kerana telah begitu lama tidak berkesempatan berbuat demikian. Menurut Zana, isteri Toi.. Sejak Suaminya dikenali ramai terutama selepas memenangi anugerah 2 pingat emas di Hollywood dulu, beliau tidak pernah lagi dapat merasai percutian bersama Toi. Ini berterusan hinggalah Toi menjadi finalis Akedemi Fantasia ke-6 dan keluarga semakin berkembang.

Sungguh gembira sekali mereka sekeluarga. Toi sebenarnya menyukai suasana damai di Cameron Highland itu, cuma selama ini tak berapa ingat suasana tempat di sini kerana kali pertama dan terakhirnya ke Cameron Highland adalah sewaktu beliau berada di darjah 5.

Pada awalnya Toi ada mengajak beberapa orang kawan terdekat serta ahli keluarganya yang lain untuk turut serta. Namun bila tiba tempoh akhir yang diberikan... Kesemua mereka terpaksa membatalkannya. Maklumlah percutiannya pada 'weekdays' dan di saat ramai orang membuat persediaan untuk anak-anak sekolah dan pelajar masuk semester yang baru. Dalila pula terpaksa membatalkan hajat untuk turut serta apabila menyedari terpaksa balik kampong kerana persediaan sepupunya kahwin. Ini membuatkan terdapat sebuah bilik apartment yang disewa, terbiar kosong dan Surprise birthday party untuk Dalila terpaksa dibatalkan.

Kehadiran Toi selama 3 hari 2 malam itu disedari oleh orang ramai yang tidak melepaskan peluang berkenalan dengan Isteri Toi, Suzana dan juga anak-anaknya. Mana yang sempat bergambar memang tak melepaskan peluang itu. Malah seorang Doktor di Tanah Rata menjadi terkejut bila seorang artis datang untuk mengambil ubat demam untuk anaknya.

Masa di Cameron Highland sangat pantas berlalu. Sewaktu sampai sahaja di sana beberapa orang ahli keluarga Toi mendapat demam dan sakit kepala termasuk beliau sendiri. Ini adalah akibat perubahan cuaca yang dialami. Namun pada keesokan harinya.. suasana berubah ceria dengan hilai tawa anak-anak Toi di sana. Banyak tempat yang sempat dilawati dan melihat sesuatu yang baru dalam perjalanan hidup keluarga ini. Mereka seronok melawat Taman Rama-rama, memetik Strawberry, melawat ladang teh dan air terjun. Ada tempat-tempat yang terpaksa dilupakan kerana kesuntukan masa.

Perjalanan untuk lawatan ini adalah dengan usaha sendiri.. Lebih murah dan mudah itupun dah kesuntukan masa sampaikan asyik terlewat makan hingga pukul 4petang selama 2 hari berturut-turut. Sekiranya mengikut pakej yang disediakan oleh pihak tertentu dengan menaiki kenderaan mereka, setiap dewasa dikenakan bayaran rm30 dan kanak-kanak rm20 masa dari 9pagi hingga 3petang. membazir rasanya... Bukan payah punnn... beli peta Cameron Highland yang lengkap dengan lokasi-lokasi utamanya (rm8) lalu ronda-rondalah sendiri ikut suka, kawasan mana nak dilawat.

Terima kasih kepada pihak pengurusan Strawberry Park dan staff beliau yang sungguh ramah mesra dan sangat prihatin sepanjang 3 hari 2 Malam Toi dan keluarga berada di sana.

*Gambar-gambar kenangan di Cameron Highland akan dipilih dahulu untuk dimasukkan kemudian di sini... Sabar Ye!!!

Thursday, December 17, 2009

Toi @ Batu Gajah, Perak, 19.12.2009


Gempak Desa Astro minggu ini akan di adakan di Taman SM Nor, Batu Gajah, Perak, yang juga merupakan kampung kepada bekas peserta AF6 iaitu Naim. Pada hari post ini ditulis, Naim turut tersenarai di antara artis-artis yang akan membuat persembahan di acara konsert yang akan di jalankan pada sebelah malam.

Kepada fans Toi yang berada di sekitar Batu Gajah, datanglah beramai-ramai dan saksikan persembahan beliau, kebiasaannya konsert akan bermula dari pukul 8.30 malam hingga 10 malam....orait!

Saturday, December 12, 2009

Toi @ Kulim, Kedah 12.12.2009


Toi berada di Mini Stadium Keladi, Majlis Perbandaran Kulim, Kedah hari ini, untuk memeriahkan program Gempak Desa Astro. Program ini bermula dari pukul 9.00 pagi hingga 10.00 malam. Toi akan beraksi di acara konsert yang akan diadakan pada sebelah malam, lebih kurang pukul 8.30pm.

Kredit to Gempak Astro, Facebook

Saturday, November 21, 2009

Gambar Toi @ Gempak Astro Retro, Dataran Kluang, Johor, 17.10.09




Gambar-gambar di ambil dari Gempak Astro, Facebook.

Sunday, November 15, 2009

GBOB Malaysia Final - Toi dan HyperAct tempat ke-3

Baru je sebentar tadi Toi memberitahu bahawa beliau bersama-sama bandnya Hyper Act mendapat tempat ke-3 dalam pertandingan Final GBOB Malaysia. Walaupun gagal menrebut hadiah utama rm50K dan peluang bertanding di UK namun mereka tidak berasa begitu hampa malah berazam akan mencuba lagi di tahun hadapan!!

Kepada pengunjung yang ada merakam gambar-gambar Hyper Act beraksi di Final tersebut bolehlah menghantarnya ke toi.angklung@gmail.com. Gambar2 tersebut
akan diberikan kredit lamanweb /blog anda.( Thanks, in advance )


Lagu: DAMAGE CONTROL



Lagu: SHINE