Toi 'The Bamboo Shaker'

The third runner-up of Astro’s Akademi Fantasia season six, Khairul Nizam Baharom or Toi, is not just a singer. He is also a multi-talented performer and musician who won 2 Gold Medals in the World Championship of Performing Arts in Hollywood in 2005 for playing the Angklung.

Toi has been playing the scintillating traditional bamboo musical instrument for 13 years and the guitar for 11 years. Singing and dancing are in his blood, especially traditional dances such as zapin and joget. Besides performing in Hollywood, Toi has also played the angklung in Denmark, Dubai and Jakarta.

Nowadays, he is a favourite choice when it comes to cultural performances overseas to help promote the country.

*Credit to nst.com.my

Wednesday, October 21, 2009

Toi @ Hello On 2 (HOT), 21.10.2009

Toi akan muncul dalam program Hello On 2 (HOT) di saluran RTM2 pada pukul 7.30 pagi. Sesi interview ini akan turut disertai dengan persembahan 2 buah lagu iaitu lagu terbaru beliau bertajuk "La Li La La" dan "La Camisa Negra".

Tuesday, October 20, 2009

Jelajah Gempak Astro Retro 2009

Credit to: http://www.sinarharian.com.my

Bagi meneruskan kesinambungan dan inisiatif bagi mengeratkan jenama Astro di samping menawan hati para pelanggan, Astro terus gigih dalam ekspedisinya untuk terus mendekati pelanggan melalui acara promosi bergerak Gempak Astro Retro 2009 yang akan diadakan pada 17 Oktober ini bermula seawal jam 10 pagi hingga jam 10 malam bertempat di Dataran Kluang, Johor.

Ketua Pemasaran Segmen Melayu, Puan Molina Musa berkata, program Gempak Desa Astro akan menjelajahi kawasan pedalaman manakala program Gempak Selebriti pula mensasarkan kepada kumpulan pelanggan yang datang dari kawasan Bandar.

“Sebagai bonus, kami dengan berbesar hati mengembalikan acara Gempak Astro yang akan diadakan secara besar-besaran tahun ini.

“Setiap acara mempunyai sasaran yang tersendiri dalam memenangi hati pelanggan tidak kira mereka datang dari kawasan pendalaman mahupun dari kawasan Bandar. Setakat ini, Astro telah berjaya menguasai kira-kira 51peratus daripada kumpulan sasaran penonton TV dari kediaman Melayu.

Jumlah itu semakin meningkat setiap kali kami menjelajah ke lokasi-lokasi baru seluruh negara pada setiap minggu,” katanya.

Acara promosi bergerak Gempak Astro Retro 2009 yang akan diadakan pada 17 Oktober ini bakal menerima kunjungan oleh artis dan selebriti terkenal seperti Datuk Khatijah Ibrahim, Anuar Zain, Ning Baizura, Zainal Alam Kadir, Farish serta bintang-bintang Akademi Fantasia yang lain seperti Akim, Stacy, Akma, Yazer, Farah, Farhan, Idayu, Nadia, Toi, Zahid, Reza dan ramai lagi yang akan sama-sama turun padang bagi memeriahkan lagi acara.

Pelbagai aktiviti interaktif telah pun diatur khusus untuk semua ahli keluarga tidak kira kanak-kanak mahupun dewasa sepanjang hari bermula dari 10 pagi hingga 10 malam untuk karnival ini. Para pengunjung juga berpeluang untuk beramah mesra dengan barisan artis yang turut hadir sebelum menyaksikan persembahan pentas yang akan berlangsung pada sebelah malam.

Di antara aktiviti-yang telah diatur ialah pertandingan mewarna buat kanak-kanak, pertandingan pakaian beragam, pertandingan nyanyian karaoke, acara sukaneka dan sebagainya. Di samping itu, pentas uji bakat akan turut dibuka bagi mencungkil bakat-bakat baru untuk rancangan Raja Lawak musim keempat.

Tuesday, October 6, 2009

Program Kenali Astro

Program Kenali Astro ini adalah merupakan program di mana pihak Astro akan membuat jelajah atau persinggahan di lokasi-lokasi terpilih serata Malaysia bagi memperkembangkan sayapnya hingga ke ceruk-ceruk rantau. Lokasi yang dipilih kebiasaannya adalah penempatan baru atau kompleks-kompleks baru. Kali ini sebuah TESCO baru di Sg. Petani, Kedah adalah lokasinya. Untuk program ini Toi, Akma AF3 dan Adlin AF2 telah terpilih menjayakannya. Semoga kawan-kawan di kawasan sana mengambil peluang ini bagi memeriahkan majlis. Jangan lupa untuk menemui Toi di sana!!

Program: KENALI ASTRO
Lokasi: TESCO baru, Sungai Petani, Kedah.
Tarikh: 10hb Nov. - 11hb. Nov. 2009

Tuesday, September 29, 2009

Lirik lagu LALILALA nyanyian Toi

Gelang terpatah,
Gelas teretak seribu
janji dunia musnah
terlepas di tapak tanganmu

biarkan menyepi
biarkan masa terhenti
ambil cukup nafasmu
diperlahan kau berdiri

hampir terindah
hampir sudah terapung
harapanmu yg tengelam dulu
dan hampir tinggi
hampir menyanyi lagi
suara hati yg pernah membisu

suaranya
yang mampu mengema segenap suasana
hatimu berlagu lalilala
berlagu lalilala lagi

junjung bahumu
betismu berdiri diam
huuu..terus ke hadapan
lelah mu dahpun kau tinggalkan

hampir terindah
hampir sudah terapung
harapan mu yg tengelam dulu
dan hampir tinggi
hampir menyanyi lagi
suara hati yg pernah membisu

suaranya
yang mampu mengema segenap suasana
hatimu berlagu lalilala
berlagu lalilala lagi di mimpi kita
walau seketika mengejar mimpi sempurna...
Melangkah jauh pergi takkan mengundur
walau untuk sekali

hampir terindah
hampir sudah terapung
harapan mu yg tengelam dulu
dan hampir tinggi
hampir menyanyi lagi
suara hati yg pernah membisu
terbuka bebas sinar warnamu....

suaranya
yang mampu mengema segenap suasana
hatimu berlagu lalilala
berlagu lalilala lagi dengarkan bersama

suaranya
yang mampu mengema segenap suasana
hatimu berlagu lalilala
berlagu lalilala lagi di mimpi kita..Hoo

Saturday, September 19, 2009

Salam Aidil Fitri dari Toi Sekeluarga

Toi @ Cili Padi Cili Kering

Saksikan Toi dalam program Hari Raya Aidil Fitri bertajuk “Cili Padi Cili Kering” pada 21hb September 2009, pukul 11.00 mlm di TV3. Boleh juga tonton program ini di http://www.tv3.com.my



Thursday, September 10, 2009

Toi @ Dungun, 12.9.09

Destinasi Gempak Desa Astro Bazaar Ramadhan yang akan disertai Toi pada Sabtu ini pula bertempat di Dungun, Terengganu. Beliau akan berada di tapak bazaar Ramadhan lebih kurang pada pukul 3.00 petang. Selain melakukan persembahan nyanyian, beliau juga akan menyertai sesi beramah mesra dengan peminat. Datanglah ramai-ramai!!!...

Tuesday, September 8, 2009

Action!!! Cutttt.........

Alhamdulillah, Toi dapat tawaran berlakon lagi. Kalau tak silap ini adalah tawaran lakunan yang ketiga beliau terima selepas keluar dari akademi. Moga bakat beliau semakin menyerlah kali ini. Apa tajuk drama nya, kita sama-sama nantikan ya.... akan kami update kan nanti, tak lama lagi.

Pengambaran drama ni, insyaalah akan dimulakan pada minggu ini...Watak beliau kali ini juga berbeza, berbanding dengan watak di dalam drama "10 Terbakar", yang banyak memerlukan beliau menunjukkan reaksi cemas dan takut. Tak kisah lah watak apa pun, semoga Toi dapat menghayati watak yang diberikan dengan baik. Good luck Toi!!

Thursday, September 3, 2009

Toi @ Jerteh, 5.9.09

Sabtu ini Toi akan menyertai karnival Gempak Desa Astro Bazaar Ramadhan yang seterusnya, bertempat di Jerteh, Terengganu. Sama seperti siri GDA Bazaar Ramadhan yang lalu, berbagai-bagai aktiviti menarik yang sesuai diadakan di bulan Ramadhan akan dijalankan untuk meraikan semua pengunjung yang hadir di tapak karnival. Karnival ini bermula dari pukul 3.00 petang dan berakhir sekitar pukul 8.00 malam. Jangan lepaskan peluang untuk beramah mesra dengan artis kesayangan anda yang sangat peramah ni.....Ye Ye Arrr Jerrrr....

Friday, August 28, 2009

Toi @ Temerloh, 29.8.09

Kini giliran penduduk sekitar Temerloh pula berpeluang menyertai karnival Gempak Desa Astro Bazaar Ramadhan. Insyaallah sekiranya tiada perubahan jadual, Toi akan menyertai karnival ini. Program ini bermula lebih kurang pukul 3 petang. Berbagai-bagai aktiviti menarik akan diadakan, seperti yang telah dimaklumkan pada post sebelum ini. Anda juga berpeluang bertemu dan beramah mesra dengan Toi dan rakan-rakan artis yang lain.

Kempen Undi La Li La La di Prelude Hot FM


Kredit: HOTFM, http://www.hotfm.com.my/


Toifc dan semua fans di luar sana, kita boleh mengundi lagu La Li La La setiap hari. Lawati laman web Hot FM, dan klik link HotFM Prelude, login dengan menggunakan emel address anda, masukkan kata laluan, dan seterusnya kita boleh mengundi. Keputusan undian boleh didengar pada hari Sabtu, Segmen Prelude dari pukul 11 malam hingga 12 malam. Undi banyak-banyak, k....Ye Ye Arr Jerrrr........

Frekuensi Hot FM:

97.6 FM - Lembah Klang
88.2 FM - Pulau Pinang/Alor Setar
104.5 FM - Ipoh
90.1 FM - Johor Bahru
87.7 FM - Kota Kinabalu
94.3 FM - Kuching
104.3 FM - Melaka
92.4 FM - Kuantan
105.0 FM - Terengganu
99.5 FM - Seremban
90.1 FM - Singapura
105.1 FM - Kota Bharu

Salam Ramadhan dari Mr Presiden ToiFC

Toi @ Sinar FM, 26.8.09

Toi dijemput hadir ke radio Sinar FM untuk mengisi program Sinar Petang pada pukul 4 petang. Program ini dikendalikan oleh Linda Onn. Antara soalan-soalan yang diajukan adalah aktiviti seni beliau sepanjang bulan puasa seperti program Gempak Desa Astro Bazaar Ramadhan dan lain-lain, serta berkenaan lagu terbaru beliau.

Thursday, August 20, 2009

Salam Ramadhan dari Mr Ye Ye Arr Jerrr.....

Toi @ Pengkalan Chepa, 22.8.09

Pada hari Sabtu ini, Toi akan menyertai Gempak Desa Astro Bazaar Ramadan, bertempat di Pengkalan Chepa, Kelantan. Program ini akan bermula sekitar pukul 3 petang. Aktiviti-aktiviti yang akan diadakan ialah pertandingan mengeja jawi, mewarna, ceramah, nasyid, marhaban dan penulisan kaligrafi untuk golongan remaja, dewasa dan keluarga.

Aktiviti lain seperti kutipan zakat, pemberian sedekah daripada organisasi terpilih, solat terawih berjemaah dan berbuka puasa. Namun demikian, mungkin berlaku perubahan aktiviti bergantung kepada pihak penganjur program.

Artis-artis lain yang turut menyertai program ini ialah Zahid, Abby dan Obri. Penduduk sekitar Pengkalan Chepa bolehlah berkunjung ke tapak Bazaar Ramadhan untuk berjumpa dengan artis kesayangan anda. Selamat berpuasa....




Gambar-gambar ini di ambil dari FaceBook Gempak Astro (Klik, kalau nak tengok gambar2 lagi).Terima kasih dari kami di ToiFC.

Toi @ Pagoh, 20.8.09

Kampus Astro kali ini akan berlangsung di Pagoh, Muar, Johor bertempat di Kompleks Seri PEKEMBAR. Program kali ini dijalankan khas untuk murid-murid sekolah yang berada di sekitar daerah Muar. Jika tiada sebarang perubahan, Toi akan menyertai program ini. Adik-adik di daerah Muar, datanglah beramai-ramai untuk memeriahkan program Kampus Astro ini...selain menambah ilmu di dada, aktiviti-aktiviti menarik juga akan turut diadakan.

Friday, August 14, 2009

Bulan Kemerdekaan


Assalammualaikum...Kami di Toifc ingin mengucapkan kepada semua pengunjung blog ini, SELAMAT MENYAMBUT BULAN KEMERDEKAAN!! Negara kita telah 52 tahun bebas dari penjajah..…tapi adakah jiwa dan fikiran kita telah bebas dari mereka, hargailah hasil karya anak seni Malaysia.

Saturday, August 8, 2009

Toi @ GDA Pontian, Johor, 8.8.09

Awal pagi semalam Toi bersama rakan artis AF yang lain telah memulakan perjalanan mereka ke destinasi Gempak Desa Astro yang seterusnya. Destinasi kali ini bertempat di Padang Awam Pontian, Johor yang berlangsung pada hari ini, 8 Ogos 2009 dari jam 9.30 pagi hingga 10.30 malam.

Berbagai-bagai aktiviti menarik di adakan seperti permainan tradisional dan rakyat seperti karom, congkak dan dam aji. Adik-adik boleh menyertai acara sukaneka dan peraduan mewarna. Bagi yang gemar menyanyi, bolehlah menyertai pertandingan karaoke. Bagai golongan dewasa pula boleh menyertai pertandingan kreatif seperti pertandingan gubahan bunga/tuala/kain, dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah hebat.

Pada sebelah malam pula, sekitar pukul 8.30 malam, pengunjung akan dihiburkan dengan persembahan hebat daripada artis-artis yang terlibat. Jadi jangan lepaskan peluang ini dan datanglah beramai-ramai.

Aktiviti sepanjang GDA (Aturcara ini diambil dari laman web Astro):
• Penjualan dan promosi istimewa Astro
• Pertanyaan dan aduan
• Hiburan dan pembelajaran
- Permainan tradisional & rakyat
- Sukaneka
- Peraduan mewarna
- Pertandingan karaoke
- Pertandingan gubahan bunga/tuala/kain
- Sesi kaligrafi bersama ikon Astro Oasis
- Sesi ceramah motivasi bersama ikon Astro Oasis
- Tazkirah bersama ikon Astro Oasis
- Klinik IT
- Sesi ramah mesra bersama asrtis-artis Astro
- Persembahan pentas artis GDA

Jadual aktiviti mungkin berubah, bergantung kepada pihak penganjur karnival.

Note: Kepada sesiapa sahaja yang hadir dan menyaksikan persembahan Toi dan rakan-rakan di sana, kami amat mengalu-alukan sumbangan spt gambar dan artikel untuk dikongsikan di sini. Sumbangan anda akan kami kreditkan.

Friday, August 7, 2009

Toi @ GDA Gua Musang

Video ini diambil dr youtube, kredit kepada gutterbug, ketika Toi beraksi di Gempak Desa Astro di Felda Chiku 3, Gua Musang, pada bulan Mac 2009.



Tuesday, August 4, 2009

Rekues Lagu La Li La La

Toifc...jum kita rekues lagu La Li La La...

Setiap Khamis 4 ptg di Era.fm,
Contoh: PMT Nama Dedikasi & Muzik Pilihan Anda hantar ke 32555
Ke website, klik -->Era.fm

Setiap Ahad 3 ptg di Sinar Intro
Contoh:- SURIA INTRO TOI hantar ke 33080
Ke website , klik -->Suria Intro

Setiap Ahad 4 ptg di Hot.fm
Tel:03-7710 8822 atau SMS: 33399
Contoh:- masukkan 2 lagu hantar ke 33399
Ke website , klik -->Hot.fm