Kali ini lagu nyanyian Toi yang bertajuk Rindu Pengubat Luka pula terpilih sebagai lagu Tema untuk drama Kerana Sarah yang mula ditayangkan pada 7 Februari 2013 di slot Azalea TV3. Drama 20 episod ini mengandingkan semula Rita Rudaini dengan Lisdawati. Drama arahan Murali Abdullah ini juga turut menampilkan Fauzi Nawawi. Ia ditayangkan Isnin-Khamis, pukul 4.00 petang. Bagi yang tidak berpeluang menonton diwaktu tayangan, anda boleh menonton drama ini di www.tonton.com.my.